Monday, September 29, 2014

CERITA DI SEBALIK BIAWAK YANG GANAS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

*****

Kecoh satu Malaysia angkara si biawak yang biadap melakukan satu kesalahan yang amat besar di luar batasan akal fikiran manusia. Kesalahan tersebut, menyebabkan si biawak telah dihadapkan ke muka pengadilan. 

Dalam perjalanan ke mahkamah, si biawak berasa agak malu akan perbuatannya, lalu ingin menutup wajahnya dari kenali oleh orang ramai dan biawak-biawak se-Malaysia. 

Rancangannya ingin menutup wajah dengan seluar dalam RENOMA, namun ia kehabisan stok akibat digunakan oleh pesalah-pesalah lain. Justeru, si biawak telah mengambil keputusan untuk menutup wajahnya dengan menggunakan TIN SARDIN.



  
Semasa perbicaraan, entah di mana silapnya, mahkamah mendapati si biawak tidak bersalah dalam kes tersebut. Si biawak berasa agak gembira dengan keputusan ini. Isteri si biawak masih tidak mengetahui keputusan ini kerana hanya duduk di luar disebabkan tidak mahu mendengar hukuman yang bakal menimpa suaminya.

Bagi menyampaikan berita gembira ini, si biawak lantas keluar dari kamar bicara untuk bertemu dengan isterinya yang menunggu di seberang jalan. Kini si biawak keluar tanpa menutup wajahnya lagi.

Maka berlakunya saat-saat yang paling mengharukan. Si suami dan isteri berpeluk-pelukan antara satu sama lain dan rasa bersyukur kerana mahkamah telah melepasnya dari melakukan kesalahan.

Saat-saat yang indah ini telah dirakamkan oleh para wartawan dan juga orang-orang yang berlalu lalang di situ.





Walaupun keputusan mahkamah telah berpihak kepada si biawak, namun sebenarnya terdapat ramai orang yang memendam dendam kesumat terhadap si biawak. Bagi mereka, salah tetap salah! Mahkamah telah membuat satu keputusan yang salah! 

Kemudian, bermulalah episod di mana, para pendendam biawak mula memburu biawak tersebut untuk membuat perhitungan. Dari longkang ke sungai, dari semak samun ke hutan, habis semua orang mencari si biawak tersebut. Perasaan marah membara akibat perbuatan biawak dan ianya harus dihukum!!

Dalam beberapa ketika, agak malang bagi biawak tersebut. Ia telah ditemui bersama-sama isterinya. Tanpa ada perasan belas kasihan, si biawak dan isteri telah dibakar hidup-hidup sehingga rentung. 




Begitulah pengakhiran riwayat hidup si biawak. Yang amat memilukan ialah isterinya juga terheret menjadi mangsa sedangkan yang melakukan kesalahan adalah suaminya.

Akan tetapi, ia tidak berakhir di situ. Manusia masih belum berpuas hati! Seorang penunggang basikal lasak telah terserempak dengan abang ipar arwah si biawak. Tanpa rasa gerun dan curiga, dengan pantas si penunggang basikal menangkap biawak tersebut dan menyelitkannya di celah roda basikal. 

Dalam keadaan tersepit di roda basikal, biawak tersebut di bawa ke hulu ke hilir, naik bukit dan turun bukit. Akibatnya, biawak tersebut mati di celahan roda basikal.




Begitulah ceritanya serba sedikit berkenaan biawak. Apa yang dapat disimpulkan ialah, cukup-cukuplah berdendam, ia tidak akan membawa ke mana-mana. Manusia dan biawak haruslah bersatu-padu kembali seperti suatu ketika dahulu... Sekian.

Wednesday, September 24, 2014

Tuesday, September 23, 2014

RESEPI UNTUK ANAK-ANAK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI.  Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.



Dulu seperti resepi ni pernah jadi viral di Facebook. ramai yang share dan ramai juga yang komen. 

Walaupun begitu, resepi yang menjadi viral tu, tidak sama dengan apa yang aku buat ni. Memang nampak serupa, tapi tak sama. Resepi tu menggunakan intinya telur dan ia rotinya digoreng.

Resepi aku pulak, intinya adalah dari telur dan juga daging burger yang dicincang halus dan rotinya tidak digoreng. Aku tak goreng pasal taknak berminyak. Intinya tu, aku taruklah sedikit lada sulah dan lada hitam. Kemudiannya aku apitkan dengan acuan karipap.

Sebenarnya kalau nak makan begitu aje pun boleh, tak perlu nak apitkan dengan acuan karipap bagai. Tapi, kalau begitu saja, anak-anak kurang selera nak makan. Namun sekiranya dibuat begini, ia nampaklah sedikit unik, anak-anak pun suka makan. Bukan saja nak makan, mereka pun sama lorat nak buat sama-sama mengapit roti tu.

Sekian saja resepi Chef Fairus untuk hari ini.. :)

Monday, September 22, 2014

BERSEPAI KEPALA KALAU KENA!!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.


Kat kampung aku panggil benda ni GUNDU. Gundu ni boleh dibuat 2 perkara. Yang pertama boleh dibuat main jentik getah, yang keduanya ialah tembak cicak. 

Masa aku kecil-kecil, tak selalu main jentik getah. Yang biasanya ialah melastik cicak dengan menggunakan gundu. Kebiasaannya, kitorang buat operasi mencari cicak pada hari Jumaat. Masa dulu dengar orang kata, bunuh cicak pada hari Jumaat dapat pahala. Erm.., tak pastilah kebenarannya.

Benda ni jangan buat pasallah... Kalau kena kepala cicak boleh bersepai dibuatnya. Cicak kalau nampak benda ni, memang langkah seribu le jawabnya.

Inilah saja cerita buat hari ni.. Sekali teringat zaman silam kecil-kecil dahulu. Nostalgia sungguh.

Wednesday, September 10, 2014

PAMERAN 3 SELATAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Pameran ini sedang diadakan di Bastion House, Bandar Hilir, Melaka. Menampilkan 3 orang artis iaitu Dr. Rosli Zakaria, Zuwairi Rahman dan Norazlan Ahmad.

Pameran akan tamat pada 27 September 2014. Sesiapa yang berminat dengan seni visual, bolehlah berkunjung ke sini. terdapat beberapa teknik seni seperti arca, lukisan cat minyak, lukisan cat air dan banyak lagi.







Monday, September 8, 2014

GAMBAR DITANGKAP BERKHALWAT DI TANGGA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Lama betul tak kemaskini blog. Kemaskini blog aje, keluar tajuk entri yang agak suspend. Hehehe..


Ha!!! Binatang nilah yang sempat aku tangkap gambar. Bukan orang yang berkhalwat, tapi belalang kunyit yang sedang mengawan. Orang kampung aku panggil ni belalang kunyit, tempat lain tak pasti le pulak.

Uiiii... Bukan senang nak ambil gambar belalang ni mengawan. Nak snap sekali, dia melompat. Snap sekali lagi, dia melompat. Akhirnya, snap yang ketiga barulah dapat tangkap gambarnya.. Siap berbaring lagi tu. 

Kesimpulannya, bukan senang nak ambil gambar binatang mengawan.. :)

Tuesday, September 2, 2014

MERDEKA 57 - DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.



Tiap-tiap tahun masuk perarakan kemerdekaan. Memang seronok. Bersemangatpun ada. Berkawad bagai anggota berunifom. Kiri kanan kiri... Kiri kanan kiri... 

Di Melaka tidak kurang meriahnya.. Lebih 100 jabatan / agensi swasta yang menyertai perbarisan. Nasib baik jabatan aku di nombor 23, tiadalah lama mahu menunggu untuk berbaris. 

Mari lihat beberapa keping gambar yang telah diambil oleh juru gambar jabatan aku. 














Ok.. Yang akhir sekali ni sila abaikan rupa paras yang mula mengembang selepas Hari Raya.. Nampaknya selepas ini kena turun bersenam.. 

Sumber gambar : >> KLIK << Tolong LIKE sekali ye. T. kasih.

BERHATI-HATI DENGAN PENIPUAN TERANCANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Berhati-hatilah.. Kini banyak penipuan terancang sama ada di jalanan mahupun dengan panggilan telefon. Yang paling 'jahat' sekarang ialah melalui telefon sehingga kita tidak perasan sebenarnya kita ditipu. 

Jadi, sentiasa berwaspadalah. Kalau ada panggilan yang meragukan, jangan dilayan.. Ikuti pesanan dari Bank Negara Malaysia.


Ps : Dulu nyaris kena tipu juga...