Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Di dewan Meng Seng, Melaka itu terdapat lebih kurang 300 orang yang hadir untuk mendengar ucapan daripada Tunku Abdul Rahman dalam mesyuarat tergempar UMNO Malaya setelah kegagalan Tanah Melayu dalam rundingan untuk mendapatkan persetujuan Inggeris bagi mengadakan pilihanraya pada tahun 1955.
Dengan tekad untuk mengecap kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman terus berusaha untuk berunding dengan Inggeris di London. Namun apakan daya, dana yang diperlukan untuk Tunku ke London tidak mencukupi.
Bersaksikan dewan Meng Seng, seorang wanita dalam lingkungan usia 22 - 23 tahun, seorang ustazah dari Rembau, Negeri Sembilan yang juga bersuamikan seorang ustaz telah membuka gelang emas perkahwinan yang baru setahun dipakainya untuk didermakan bagi memberi dana untuk Tunku Abdul Rahman ke London. Beliau adalah Datuk Siti Rahmah binti Kassim yang juga dikenali sebagai Tokoh Gelang Kemerdekaan.
Dewan Meng Seng di Jalan Bendahara masih kekal sehingga kini |
Bertitik tolak dari itu, ramai yang berada di dalam dewan itu turut mendermakan barang kemas, wang dan jam tangan untuk mencukupkan dana untuk Tunku ke London untuk mengadakan perundingan kemerdekaan.
Kutipan derma tidak terhenti di situ, mereka telah pergi ke seluruh pelusuk negeri untuk mendapatkan dana. Derma yang disebut 'Derma Merdeka' ini mendapat sokongan rakyat jelata.
Walaupun rakyat Tanah Melayu pada ketika itu hidup dalam kemiskinan kerana cengkaman penjajah, namun mereka tetap memberikan sumbangan dalam menjayakan misi rundingan kemerdekaan Tunku Abdul Rahman. Antara bentuk sumbangan yang diberikan ialah padi, buah-buahan, pakaian dan getah keping yang kemudiannya dijual untuk didermakan ke tabung Derma Merdeka.
Pada 27 Julai 1955, setelah mendapat persetujuan dari Inggeris, pilihanraya pertama telah diadakan di Tanah Melayu. Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi.
Lantaran itu, pada Januari 1956 satu rombongan disebut 'Rombongan Kemerdekaan' yang diketuai oleh Tunku telah berangkat ke London bagi memulakan rundingan bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Rundingan tersebut telah berjaya dan Inggeris bersetuju untuk memerdekakan Tanah Melayu.
20 Februari 1956, sekembali dari London, Tunku dan para Rombongan Kemerdekaan telah singgah ke Melaka. Mereka disambut oleh lebih 100,000 orang dari seluruh pelusuk tanah air bagi mendengar pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku.
Perarakan Tunku semasa pulang dari London |
Bersaksikan Padang Pahlawan, Bandar Hilir dan ratusan ribu rakyat, Tunku telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu iaitu pada 31 Ogos 1957.
salam. I LOVE MALAYSIA <3
ReplyDeleteWE LOVE MALAYSIA..
DeleteSemangat juang untuk mendapatkan Kemerdekaan Negara ketika itu sangat kuat...macam-macam cara dan acara untuk meluahkan rasa cinta negara ....
ReplyDelete#doauntukmalaysia
BENAR TU..
DeleteSayang Malaysia... kemerdekaan yg dicapai dgn susah payah nenek moyang kita terdahulu... siap buat kutipan derma.. ya Allah! baru plak tau.. moga anak2 zaman ini tahu menghargai dan paham erti MERDEKA yg sebenar...
ReplyDeleteSalam singgah khamis :)
DeleteBENAR TU..
Deletelawatan perdana.. :)
DeleteSalam buat author serta pembaca sekelian. Menarik fakta yang dinyatakan seorang ustazah dari Gemencheh mendermakan gelang perkahwinan beliau bagi mejayakan misi Tunku ke London, mohon admin kongsikan nama Ustazah tersebut. Sangat menghargai, terima kasih admin
ReplyDeleteTerima kasih atas komen ini. Entri ini telah lama saya terbitkan, dan saya lupa dari sumber mana saya dapatkan untuk menulis entri ini. Namun, setelah saya meneliti semula, nyatalah bahawa wanita tersebut adalah Datuk Siti Rahmah Kassim yang berasal dari Rembau, bukanlah Gemencheh sepertimana saya tulis pada awalnya. Beliau juga digelar ustazah kerana beliau pernah mengajar agama di sekolah.
Delete