Wednesday, July 16, 2014

GADIS PEUGEOT 208


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Kesalahan diri kita sendiri mungkin tidak dirakam oleh insan lain untuk dijadikan 'bahan' kejian, makian, gelakan, kutukan untuk seantero dunia. Tetapi kita perlu ingat, kesalahan kita yang tidak dirakam di dunia telah 'dirakam' oleh Allah S.W.T untuk dipertontonkan di hari penghisapan kelak.

Aku bukanlah mahu mempertahankan perbuatan Gadis Peugeot 208 yang sedang hangat diperkatakan sekarang, tetapi sekadar mengingatkan kepada semua. Tapi terpulanglah sama ada mahu menerima sedikit nasihat dari aku yang tak seberapa ni.

Kesalahan adalah tetap kesalahan. Sekiranya Gadis Peugeot itu bersalah dan berdosa lalu dia memohon maaf kepada warga tua yang melanggarnya itu maka dosanya akan diampunkan. Tapi bagaimana pula dosa-dosa setiap pengguna Facebook, Blog dan laman sosial yang lain yang turut sama menambah dosa dengan memaki, mengherdik, memalukan Gadis Peugeot 208 itu.

Janganlah disebabkan kerana kesalahan Gadis Peugeot 208 kita turut terbabit sama dengan melakukan kesalahan.

Apa-apapun, semoga Gadis Peugeot 208 itu sedar akan kesilapannya dan segera menginsafi diri.

8 comments:

  1. Jangan buka aib orang.. nanti aib kita pula dibuka orang.. sepatutnya nasihatkan ajer gadis ini.. bukan dihina ..

    ReplyDelete
  2. apa pun, selain daripada marah, aku boleh tergelak tengok kelakuan dia tu. hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun tergelak juga dengan gambar2 edit yang diorang buat tu.. Nak buat camne...

      Delete
  3. Assalamualaikum fairus, betul tu. sheila doakan semoga gadis tu dapat bertaubat nak mohon maaf pada pakcik tersebut. sama2 kita bersangka baik dan tidak terus menerus maki hamun dia. singgah menabung zalora sini~~~

    ReplyDelete
  4. salam. dia mengamuk kalahkan lelaki hukhuk buat malu ja..at least jaga la adab kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. Nak jaga adab macam mana lagi kalau sedang marah..

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.