Thursday, July 24, 2014

JANGAN MAIN SALAM JE HARI RAYA NANTI YE...


Assalamualaium dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Sikap saling kunjung-mengunjung, salam-menyalam dan saling bermaafan pastinya menjadi aktiviti utama di hari raya kelak.

Namun...

Janganlah kita bersalam-salaman tanpa memikirkan hukum yang terkandung di dalam Islam. Bersalamanlah dengan mahram dan elakkan bersalaman dengan bukan mahram. Bak kata seorang ilmuan :

"Sekiranya kita terpegang babi, boleh disamak, tapi sekiranya bersalaman dengan bukan mahram, berdosa dan perlu bertaubat"

Jom lihat, siapakah mahram dan bukan mahram kita yang boleh kita bersalaman dan bergaul. Rujukan gambar >> KLIK <<

Klik untuk tumbesaran sempurna

Klik untuk tumbesaran sempurna

Huhu.. Nampak macam boleh salam, sebab sudah terbiasa. Rupa-rupanya tak boleh salam. Jadi, sebarkan kebaikan ini. Selamat beramal.

Wednesday, July 23, 2014

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1435 H


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tak salah rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin awal-awal ni kan.. Bukan apa, takut tak sempat saja nak tulis entri lagi kerana sudah nak dekat raya.

Kepada semua sahabat-sahabat bloggers yang hanya berkomunikasi di alam maya, aku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya tulisan aku selama ini ada menyentap atau menyakitkan hati kalian.

Kepada yang memandu pulang ke kampung, berhati-hatilah ketika memandu kenderaan. Semoga selamat sampai ke destinasi yang ditujui.


Monday, July 21, 2014

APABILA WHATSAPP MULA MEMBERAT


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Dalam minggu lepas aku perhatikan, aplikasi Whatsapp kat telefon bimbit aku agak berat nak buka. Lama.. Kadang-kadang terjadi system error. Erm.. Kenapalah agaknya erk.. Mula-mula aku fikirkan Whatsapp sedang mengemaskini aplikasinya, tapi bukan sebab tu.


Kemudiannya aku mendapat satu akal. Aku mula men'delete' semua mesej-mesej yang lepas yang masih tersimpan. Kalau di dalam group, bolehlah dibuang semua mesej dengan mengklik pada clear conversation.

Selepas buat segala hal tu, barulah Whatsapp di telefon bimbit aku kembali ringan. Barulah best nak berchattingkan..

Bagi sesiapa yang mengalami keadaan yang serupa dan tidak tahu apakah sebabnya, bolehlah gunakan tips yang aku berikan tadi. Semoga ia dapat memberikan manfaat kepada semua. 

Friday, July 18, 2014

MH17


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan nabi Muhammad S.A.W



Satu lagi sejarah hitam terpalit dalam arena penerbangan negara, lebih tepat lagi iaitu Malaysia Airlines System (MAS). Salam takziah buat kesemua keluarga nahas MH17. Tak tau nak kata apa.

Semoga Malaysia terus bertahan dengan dugaan yang datang bertubi-tubi ini. 

Wednesday, July 16, 2014

WORDLESS : SORRY, I'M BREAKING THE RULES #2



GADIS PEUGEOT 208


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Kesalahan diri kita sendiri mungkin tidak dirakam oleh insan lain untuk dijadikan 'bahan' kejian, makian, gelakan, kutukan untuk seantero dunia. Tetapi kita perlu ingat, kesalahan kita yang tidak dirakam di dunia telah 'dirakam' oleh Allah S.W.T untuk dipertontonkan di hari penghisapan kelak.

Aku bukanlah mahu mempertahankan perbuatan Gadis Peugeot 208 yang sedang hangat diperkatakan sekarang, tetapi sekadar mengingatkan kepada semua. Tapi terpulanglah sama ada mahu menerima sedikit nasihat dari aku yang tak seberapa ni.

Kesalahan adalah tetap kesalahan. Sekiranya Gadis Peugeot itu bersalah dan berdosa lalu dia memohon maaf kepada warga tua yang melanggarnya itu maka dosanya akan diampunkan. Tapi bagaimana pula dosa-dosa setiap pengguna Facebook, Blog dan laman sosial yang lain yang turut sama menambah dosa dengan memaki, mengherdik, memalukan Gadis Peugeot 208 itu.

Janganlah disebabkan kerana kesalahan Gadis Peugeot 208 kita turut terbabit sama dengan melakukan kesalahan.

Apa-apapun, semoga Gadis Peugeot 208 itu sedar akan kesilapannya dan segera menginsafi diri.

Tuesday, July 15, 2014

MUTIARA KATA





Thursday, July 10, 2014

APABILA LAGU BOIKOT BERKUMANDANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Subhanallah.. Allahuakbar... Gaza diserang lagi!! Banyak nyawa yang tidak berdosa tumbang walaupun tidak bersenjata. Orang awam, kanak-kanak menjadi mangsa kezaliman rejim Yahudi. 



Kita di Malaysia hanya mampu mendengar berita keperitan mereka disamping memberikan sumbangan berbentuk kewangan bagi membantu mereka. Di laman-laman sosial pula masing-masing menukar gambar profil kepada gambar Gaza / Palestin sebagai tanda sokongan bagi mereka.

Tidak ketinggalan juga suara-suara yang menyuruh para pengguna memboikot produk-produk keluaran Israel. Namun sejauh manakah usaha memboikot ini berjaya? Adakah kita sekadar memboikot namun setelah keadaan kembali reda, kita tidak memboikot lagi?

Memboikot seharusnya dibuat lebih sistematik. Kejayaan memboikot seharusnya dapat diukur. Bukan sekadar kita memboikot tetapi tiada apa-apa kejayaan yang dapat dicapai. 

Dalam pasaran Malaysia sendiri terdapat banyak barangan keluaran Amerika yang ditunjangi Israel. Adakah kita mampu untuk memboikot kesemua produk ini sedangkan ia telah digunakan oleh segenap isi rumah sejak berdekad yang lalu.

Kita seakan tidak mampu untuk memboikot kesemua produk Israel dalam masa terdekat. Untuk jangka masa pendek, apa kata kita boikot satu sahaja produk. Kita fokus pada satu produk dahulu. Sekiranya produk tersebut 'bungkus' dalam pasaran kita, bermakna usaha memboikot telah berjaya. Sekiranya tidak, jangan mimpilah untuk memboikot kesemua produk Israel.

Setelah berjaya 'membungkuskan' satu produk Israel, kita teruskan dengan produk yang lain. Buat satu persatu. Sekiranya berjaya, itulah kayu pengukurnya kejayaan usaha memboikot. 

Insya-Allah, sekiranya setiap rakyat di Malaysia berbuat begini, pastinya kejayaan menyebelahi kita.


Monday, July 7, 2014

8 GOLONGAN ASNAF YANG LAYAK MENERIMA WANG ZAKAT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tiba musim bulan Ramadhan, teringatlah juga pasal Zakat Fitrah walaupun setiap bulan memang telah membuat potongan Zakat Pendapatan. 

Di sini aku nak kongsikan serba sekikit maklumat berkenaan 8 golongan asnaf yang layak untuk menerima wang zakat. Jadi, mungkin ia boleh jadi panduan sekiranya kita tidak mahu terus membayar kepada Pusat Zakat negeri masing-masing dan sebaliknya hendak membayar sendiri kepada asnaf-asnaf yang layak.

1. Fakir (Al-Fuqara)

Adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM 10.00 sehari tetapi hanya mampu RM 3.00 sahaja.

2. Miskin (Al-Masakin)

Mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM 10.00 tetapi hanya memperoleh RM 8.00.

3. Amil

Orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.

4. Muallaf

Seseorang yang baru memeluk agama Islam.

5. Riqab

Seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.

6. Gharimin

Penghutang Muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajid ke atasnya.

7. Fisabilillah

Orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.

8. Ibnus Sabil

Musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.

Sumber rujukan >> KLIK <<

Friday, July 4, 2014

KOLEKSI LAGU RAYA SEPANJANG ZAMAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Bulan-bulan puasa ni kerja tak banyak sangat. Banyak buat kerja-kerja di pejabat saja. Kurang kerja luar. 



Dalam melepak dalam pejabat ni, tak semena-mena buka You Tube layan lagu-lagu raya. Oklah juga kan.. Ada sedikit hiburan masa nak buat kerja. Aku pun baru dapat PC baru. Dulu PC aku takde speaker. Sekarang dah ada speaker, so bolehlah dengar lagu.

Berikut merupakan lagu hari raya yang aku anggap sebagai lagu raya terbaik sepanjang zaman atau boleh dikatakan sebagai lagend.

Dendang Perantau
(P. Ramlee)

Musafir di Aidilfitri
(S. Jibeng)

Aidilfitri
(Sanisah Huri)

Selamat Hari Raya
(Ahmad Jais)

Seloka Hari Raya
(Uji Rasyid & Hail Amir)

Balik Kampung
(Sudirman)

Kepulangan Yang di Nanti
(Aman Shah)

Suasana Hari Raya
(Anuar Zain & Ellina)

Menjelang Hari Raya
(DJ Dave)

Pulanglah
(Aishah)

Suara Takbir
(DJ Dave)

Salam Aidilfitri
(Jamal Abdilah)

Suatu Hari di Hari Raya
(M. Nasir)

Ku Pohon Restu Ayah Bonda
(Mamat)

Tulis punya tulis, rasanya banyak lagi lagu-lagu raya lagend yang tak sempat nak masukkan. Korang paling suka lagu yang mana?

Wednesday, July 2, 2014

WORDLESS : KALAU AKU KAYA



RENUNGAN DI BULAN PUASA


Tuesday, July 1, 2014

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN MENJALANI IBADAH PUASA




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Hai.. Agak terlewat nampaknya entri ini. Apa-apapun, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca-pembaca tegar mahupun pembaca tidak tegar blog ini.




Semoga puasa kita tahun ini lebih hebat amalanya dari tahun-tahun yang sudah. Insya-Allah.