Thursday, April 3, 2014

CERITA DULU... MASA DIA BERUMUR 3 TAHUN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Semalam buat entri pasal hasil seni. Hari ini teringat pula kisah lalu tentang anakku Muhammad Fahim yang menghasilkan suatu seni yang aku sendiri amat kagum. 

Masa itu Muhammad Fahim berusia 3 tahun. Kejadian berlaku pada tengah malam. Dia tersedar dari tidur dan sukar untuk tidur semula. Aku yang berjaga pada waktu itu, memberikan warna, berus dan kertas lukisan dan hasilnya...........









Terhasillah satu lukisan abstrak yang lahir dari pemikiran dan kreativiti seorang kanak-kanak. Kini, lukisan itu sudah siap dibingkaikan dan sudah lebih 3 tahun tergantung di rumah aku. Kalau orang kata "jual ke?", oh tidak, lukisan ni bukan untuk dijual. Biar ia menjadi kenangan buat selama-lamanya.

Ha.. Yang bawah ini siapa berminat, saya akan jual. 


Title : Untitled
Medium : Acrylic
Size : 21 x 21 inch
Size with frame : 29 x 29 inch
Price : RM ***,**.00

12 comments:

  1. Like father like son ☺

    Cantik lukisan tu.

    ReplyDelete
  2. Dulu 3 tahun ...sekarang dah berapa tahun umo Muhammad Fahim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. M. FAHIM ANAK PERTAMA SAYA.. SEKARANG BERUMUR 6 TAHUN..

      Delete
  3. kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. KADANG-KADANG KUAH TUMPAH KAT ATAS MEJA.. ADA JUGA TUMPAH KAT LANTAI.. EMM..

      Delete
  4. ke mana tumpahnya bakat kalau tak ke anak. cuma aku nak tau apa peranan air kotak dutch lady tu. sebagai pembakar semangat kot. heheee...

    untitled? boleh tak kawan2 bagi cadangan untuk nama lukisan tu? aku perasan, kau suka buat bentuk2 yang ada unsur geometri kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AIR KOTAK ITU MEMBUAT SEL-SEL OTAKNYA BERHUBUNG.. AGAKNYALAH.. :)

      Delete
  5. adakalanya kita akan rilek sebentar dari berblog ataupun sedikit merundum berhobi. apapun ianya naik turun seperti pasaran saham agaknay ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA.. ITU DAH BETUL BANG.. SAMALAH DENGAN SAYA..

      Delete
  6. wahhh...kreatif nya Fahim...berjiwa seni mcm ayahnya kot...hehe... cantik..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HARAPNYA SI M. FAHIM DAPAT JADI PELUKIS TERKENAL SUATU HARI NANTI..

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.