Sunday, April 13, 2014

CARA MEMBUAT COCONUT SHAKE YANG LAZAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Dulu masa mula-mula berkahwin, aku tak minum Coconut Shake. Seingat aku, dulu orang rumah ada membungkuskan secawan Coconut Shake yang dibeli di Klebang Original Coconut Shake, aku hanya rasa sedikit dan ia tidak selari dengan tekak aku. Aku tidak boleh bayangkan rasa air kelapa yang dicampur dengan isi kelapa dan ais krim vanila dan di blend bersama ketulan-ketulan ais. Bagi aku ia sesuatu yang memualkan.

Namun, entah bila agaknya dengan tiba-tiba aku telah menyukai Coconut Shake. Sekarang, kalau berlalu di kedai-kedai yang menjual Coconut Shake, perasan untuk membeli memang ada. Kini, tekak aku sudah sebati dan menerima keenakan Coconut Shake.

Nak dijadikan cerita, hari ini sedara mara dari Kuala Lumpur dan Singapura telah bertandang ke rumah mak aku kerana menziarah bapa aku yang kurang sihat. Selain menjamu mereka dengan makanan yang lazat-lazat, abang aku dan aku bercadang untuk membuat Coconut Shake.

Apalagi, operasipun bermula. Mula-mula kami memetik buah kelapa muda yang terletak berdekatan rumah. Semasa abang aku mula mengupas buah kelapa, aku pergi ke kedai untuk membeli ais dan ais krim vanila.

Untuk membuat Coconut Shake, bahan-bahannya adalah :

1. Air kelapa muda
2. Ais krim vanila
3. Isi buah kelapa
4. Ais
5. Air gula

Air kelapa muda
Ais krim perisa vanila
Ais

Cara membuat :

1. Sediakan blender.
2. Masukan semua bahan-bahan; air kelapa muda, isi buah kelapa, ais krim perisa vanila dan ketulan ais ke dalam blender.
3. Masukkan juga sedikit air gula secukup rasa.
4. Kemudian blend semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
5. Siap sedia dihidang dan diminum.

Begitulah mudahnya menyediakan Coconut Shake yang lazat berkrim dan disukai ramai.

Coconut Shake

Eh! Kalau dibaca di tajuk, Cara Membuat Coconut Shake yang lazat. Jadi, mana kelazatannya? Sebenarnya kelazatan Coconut Shake adalah yang dibuat sendiri. Sendiri buat, sendiri minum dan sendiri merasa kelazatannya. Hehehe.. Jangan marah ye..

33 comments:

  1. chop! semua jenis kelapa muda ke? atau ada yang tertentu je boleh buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. NI AIR KELAPA MUDA YANG BIASA DIJUAL.. TAK PASTI PULA SAMA ADA KELAPA PANDAN ATAU KELAPA GADING PON BOLEH..

      Delete
    2. Guna kelapa pandan lagi umphhh. Tgh banyak kelapa muda pandan ni kt kebun. Terasa nak jd pesaing pasangan ni jual coconut shake kt taman. Haha.

      Delete
  2. sy beli blander yg jenis heavy duty khusus unuk buat ice blanded....anak suka nak buat mcm mana... , pernah beberpa kali sy buat coconut shake sendiri, memang mudah rasa puas hati memakannya..berbaloi !

    ReplyDelete
  3. wah dah boleh ganti coconut shake klebang hihi

    ReplyDelete
  4. wahhh..sedappp nya ni, apatah lg klu minum masa cuaca panas2 ni...:)

    ReplyDelete
  5. Semlm kakak aku singgat restoran Coconut Shake, beli pau. Mahal. Tepung keras. Tak sedap! Huhuhu.

    Tak kena mengena pun dengan entry kau, cuma kongsi sama nama aje. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DEKAT MELAKA NI PON ADA JUGA ORANG JUAL COCONUT SHAKE YANG TIDAK SEDAP..

      Delete
    2. Setuju, CCS kat Mydin Melaka sodapppp

      Delete
  6. Assalamualaikum fairus, fuyohh macam tahu2 je sheila skrg dah wajib minum air kelapa hujung2 pregnancy ni. hehe terliur tengok.. singgah menabung digi sini~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'SALAM.. JANGAN LUPA MINUM COCONUT SHAKE SEKALI.. :)

      Delete
  7. salam. nice entry..thanks share
    nanti sy cuba hehe

    ReplyDelete
  8. Pernah minum sekali jer. Sedap klo dpt minum time cuaca panas kann.

    ReplyDelete
  9. Sedap coconut shake.. Klu letak ais cream lebih lagi superb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu tak suka, sekarang dah suka pulak..

      Delete
  10. sedap ye coconut shake..biasa nak beli je..ni dah boleh buat la..:)

    tq sharing

    jemput ke blog nana

    ReplyDelete
  11. Air gula jgn lupa d masak bsama daun pandan. Lebih aroma dan rasa

    ReplyDelete
  12. kalau letak aiskrim lepas blender boleh jugak kan?

    ReplyDelete
  13. assalam xde sukatan ker nk buat coconut shake ni

    ReplyDelete
  14. sedapkan , lagi sedap dapat buat sendiri coconut shake ni

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.