Tuesday, March 11, 2014

PUISI BUAT MH370


8 Mac 2014,
dinihari ini,
bulan bintang jadi saksi,
lenyapnya pesawat penuh misteri,
dihuni insan-insani,
dalam juga luar negeri.


Seantero dunia memandang ini,
bantuan dihulur tanda kasihi,
Namun, 
hari-hari terus meniti,
tiada bayang tiada temui,
tiada bukti tiada erti,
pesawat terbang kian dirindui.

Duhai insan-insani,
asal kejadian kehendak Illahi,
Qada' Qadar harus diimani,
Sabar, redha semat di hati,
Allah Ta'ala ingin menguji,
Keimanan insan dunia kini.

Duhai MH370 pesawat misteri,
saban hari dicari-cari,
muncullah kamu munculkan diri,
jangan lagi mengaburi diri,
kasihanilah yang merindui.

Mengharap keajaiban dari Illahi,
selamat kamu mendarat di bumi,
hanya itu pinta kami,
hentikanlah kerinduan ini.

F.B. Mamat
11 Mac 2014
Bukit Katil, Melaka

22 comments:

  1. Very well said Fai, well said.

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan... MH370 akan selamat mendarat hendaknya...

    ReplyDelete
  3. Kembalilah MH370...kami tetap disini menantimu.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum fairus, sedihnya baca. btw sheila klik tabung nuff awak ya ~~~

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah didinihari...sambil mata tertumpu berita MH370 dikaca tv...

    ReplyDelete
  6. amiiinnnn... Ya Allah KAU permudahkan lah usaha mencari... :(

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.