Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Rasanya dah berbelas tahun aku tak makan buah ciku hingga terlupa bagaimana rasanya. Semalam dapat aku makan buah ciku yang dipetik dari rumah abang aku hujung minggu yang lalu.
Kebetulan hujung minggu yang lalu abang aku membersihkan belakang rumahnya yang dengan mencantas pokok-pokok tumbuhan yang ada, aku pun tolonglah juga, alang-alang dah pergi sana.
Pokok buah ciku antara pokok yang dicantas kerana dahan-dahannya sudah meninggi. Lepas mencantas, aku dan sedara mara yang lain memetik buah ciku, yang mana yang besar-besar ditaruk dalam bakul.
Ni dah 4 hari diperam, sudahpun masak. Dapatlah aku merasa buah ciku. Aku berilah juga beberapa biji pada jiran sebelah rumah.
Buah ciku ni mungkin tidak popular sepertimana buah-buah yang lain. Dalam survey ringkas aku di Facebook, terdapat ramai juga orang yang dah lama malahan bertahun-tahun (seperti aku) tak makan buah ciku.
Agaknya korang pulak bagaimana? Biasa makan buah ciku?
kat rumah saya ada pokok ciku. dah merasa jugak la hasil nya tapi tak kerap la. asal berbuah je, monyet tupai dah santap dulu
ReplyDeleteKASI TEMBAKLAH ITU TUPAI DAN MONYET.. :)
DeleteAssalamualaikum fairus, sheila suka makan ciku ni.. biasa beli yang dah siap potong. teringin nak tanam ciku dekat rumah. heheee ~~~
ReplyDeleteRASANYA MACAM SENANG KOT TANAM POKOK CIKU..
DeleteSedapnya ciku. Feveret ni. Last makan beberapa bulan yg lepas.
ReplyDeleteSECARA PERIBADI, SAYA AGAK KURANG GEMAR RASANYA.
DeleteBaru perasan sy pun dah lama tak makan buah ciku ni... rasanya pun dah ingat2 lupa..haha
ReplyDeleteCUBA INGATKAN SEMULA RASANYA..
DeleteKerap jugak makan. Tapi dah lama tak makan. Some says kalau petik ciku jangan sampai jatuh ke tanah, nanti busuk. Tak pasti pulak sejauh mana kebenarannya.
ReplyDeleteERM.. TAK PASTI PULAK PETUA TU..
DeleteSinggah khamis..:)
ReplyDeleteOOO... TERIMA KASIH.
Deletebetul. dah lama sangat tak makan. adei
ReplyDeletePERGI LE CARI.. :)
Deleteermmmm moon plak....xpernah makan buah ciku.... ermmm apa rasanya ehh? manis ke masam2?
ReplyDeleteSUKAR NAK GAMBARKAN RASANYA..
Deletesaya macam xpenah lagi makan buah ciku (ok this is weird). mgkin penah makan tp x sedar, sebab buah2an dkt sabah ni ada nama berbeza..
ReplyDeleteCUBA CARI KAT SABAH ADA TAK..
Delete