Sunday, November 24, 2013

JUMAAT SEBAGAI CUTI HUJUNG MINGGU?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam but nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Alhamdulillah.. Tahniah kepada rakyat Johor terutamanya bagi mereka yang beragama Islam kerana cuti mingguan negeri tersebut telah ditukarkan kepada hari JUMAAT dan Sabtu sepertimana negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Hari JUMAAT merupakan hari kebesaran bagi umat Islam, memang berpatutanlah sekiranya hari JUMAAT diiktiraf sebagai cuti mingguan. Antara rasionalnya ialah :

a) Bagi pekerja lelaki, tidak perlu terkejar-kejar ke masjid untuk menunaikan Solat JUMAAT oleh kerana waktu rehat yang singkat.

b) Kaum lelaki yang bekerja boleh membersihkan diri dan memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian untuk menunaikan Solat JUMAAT.

c) Waktu rehat bagi kakitangan kerajaan pada hari JUMAAT ialah selama 2 jam 30 minit. Peruntukan waktu rehat yang panjang boleh menjejaskan produktiviti dan perkhidmatan, justeru adalah lebih elok hari JUMAAT Adalah hari cuti.

d) Tiada alasan bagi pekerja yang tidak tidak boleh meninggalkan tempat bertugas untuk tidak bersolat JUMAAT.



Semoga suatu hari nanti, kesemua negeri di Malaysia dapat melaksanakan cuti mingguan pada hari JUMAAT dan Sabtu.

Wallahuaklam.

8 comments:

  1. Yang (c) tu aku setuju sangat. Sebab tu aku malas nak berurusan dengan pejabat kerajaan hari jumaat. Masing2 buat kerja ala kadar, lembab...

    ReplyDelete
  2. Setuju jugak cuti hari Jumaat ni. kat area rumah aku beberapa buah kedai milik cina hari Jumaat depa tutup. Ahad depa kerja macam biasa. memang dari dulu macam tu. kalau kita buat lagi bagus kan?

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.