Monday, November 11, 2013

BUTIK CHENTA CREATIVE : IMPIAN MENJADI KENYATAAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan  NABI MUHAMMAD S.A.W.

Alhamdulillah.. Nampaknya impian isteri aku untuk mempunyai sebuah butik telahpun menjadi kenyataan. Butik Chenta Creative telah mula dibuka semalam iaitu pada 10 November 2013.

Maaflah kerana tidak berkesempatan nak menjengok blog kawan-kawan. Dalam 2 minggu ni, setiap hujung minggu aku duk di butik untuk membuat persiapan. Dari pagi sampailah ke malam. Mana yang boleh buat, aku buatlah sendiri, dapatlah juga menjimatkan perbelanjaan. 

Aku sisipkan juga beberapa gambar Butik Chenta Creative untuk tatapan semua. Tapi hingga kini belum siap lagi 100%, namun ianya telahpun dibuka.






Bukan hanya pakaian dan tudung saja, kami juga menjual kain ela English Cotton yang datangnya dari Vietnam. Apa yang seronoknya, dalam 3 hari stok sampai, sudah 20 pasang terjual apabila ianya diiklankan di Facebook Chenta Creative Hijab.

Ni ada beberapa pasang lagi yang tinggal. Harganya sepasang hanya RM 70.00, atau 2 pasang RM 130.00. Kalau berminat bolehlah buat pesanan di Chenta Creative Hijab










12 comments:

  1. Alhamdulillah. Tahniah. Jdk usahawan tu sbnrnya impian sy. Heheheh....sblm ni, wife awak mmg ta bekerja ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ORANG RUMAH MASIH BEKERJA SEPERTI BIASA.. SEBELUM NI JUAL ONLINE DAN MASUK KE EXPO / PROGRAM / KARNIVAL.. SAYA MENGGAJI ORANG UNTUK JAGA BUTIK..

      Delete
  2. Tahniah Fairus dan isteri...impian menjadi kenyataan ..tggu org Banting dtg melawat nanti insyaAllah. dah buat majlis ke pembukaan ke ? hihi

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...semoga perniagaan wife terus maju yer...

    ReplyDelete
  4. tahniah, moga sukses brader!

    ReplyDelete
  5. Tahniah. Bestnya dah ada butik sendiri. SMoga business bertambah maju.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.