Tuesday, October 8, 2013

MENCARI REDHA ILLAHI


Dinihari ini,
sayup sayu kedengaran,
alunan Qalam Allah menerjah cuping telinga,
sesedap mendengar,
menusuk hati,
menyuci jiwa,
menginsafi diri diselubung dosa.

Manusia pelupa,
perlu diingati,
perlu mengingati,
kala hati dan jiwa mula keliru,
dekati diri pada Illahi,
dengar,
baca,
hadiri,
cari,
redha Illahi.

F.B. Mamat
8 Oktober 2013
Bukit Katil, Melaka

14 comments:

  1. ego yang selalu menutup hati untuk mendengar sesuatu

    ReplyDelete
  2. Manusia mudah lupa.

    Surah Al-Asr:
    Demi Masa,
    Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian,
    Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh
    Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran.

    Sodakallahul 'azim..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. aku perlukan sahabat dan bagus adanya sahabat yg saling sentiasa mengigatkan akan kebaikan.

    ReplyDelete
  4. manusia pelupa!!
    sentiasa perlu didiingati..
    hehehe

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.