Friday, October 11, 2013

KITAKAH MANUSIA ITU


Kitakah manusia itu,
menghambat dunia tak berpenghujung,
menegakkan kekotaan,
kosmopolitan,
serba berlebih,
membina raksasa,
sedang ada kebuluran,
berumah laksana reban,
ke situ, ke mari,
meminta, memohon, merenggek,
keroncong perut diisi.

Kalau-kalau inilah kepesatan, 
tidak aku perlu,
bernusa terkedepan, peradaban terundur.

F.B. Mamat
11 Oktober 2013
Bandar Hilir, Melaka

4 comments:

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.