Panasnya hari ini,
mungkinkah hujan esok hari,
atau mungkin tak berpenghujung,
mana mungkin...
Terik mentari memanah kulit nan sawo matang,
hangat, pijar, mendedar tubuh,
lalu menyelinap di balik bayang,
mengharap redup,
ihsan si pohon Melaka,
setulus ikhlas mahligai istana.
Panas di sini tak sama dengan di sana,
di sana Maha dahsyat,
di sini kita mengeluh,
perlu juga bersyukur
setiap kejadian atas kehendak-Nya.
F.B. Mamat
24 September 2013
Bandar Hilir
sejak akhir-akhir ni memang panas kan
ReplyDeleteYE.. INGAT NAK HUJAN, TAPI TAK HUJAN JUGAK..
Deletepagi tadi hujan kejap. kejap aje. tapi Alhamdulillah dari tak hujan langsung.
DeleteSINI MASIH BELUM HUJAN..
Deletecuaca kat sabah pun akhir akhir ni agak panas..
ReplyDeleteSAMALAH..
Deletetp arini sya rasa sejuk jer dr pg... ;)
ReplyDeleteSYUKUR ALHAMDULILLAH..
DeleteAlhamdulillah, rasa sejuk di dalam rumah, menandakan cuaca di luar pon tidak sepanas apa yang awak katakan. Kalau cuaca panas di luar, dalam rumah pon boleh jadi panas (tapi taklah sepanas).
ReplyDeleteEh, faham ke. Ayat tunggang-langgang.
FAHAM LE SIKIT-SIKIT.. :P
DeletePuisi pulak. hehehe. is puisi part of the cabang seni. it is right?
ReplyDeleteYA BETUL... MANA TAU NI? :)
Deletekau memang minat berpuisi ke?
DeleteMasih tak dapat lawan kepanasan hati uncle akibat kenaikan harga petrol hari tu! Huh!
ReplyDeletePUN TAK LEH LAWAN BILA HATERS KUTUK MASA MAN. UTD. KALAH DENGAN MAN. CITY.. :(
Deletealamak, bila man utd kalah memang ramai tunggu nak bahan. kalau team lain kurang pulak. team power memang ramai haters bro...
DeleteTU LA PASAL..
Deletedi Sabah khasnya di Tawau mengharapkan kepanasan..kami mahu bersukan...huhuhu...asyik hujan je...bikin risau dengan keadaan padang
ReplyDeleteHUJAN RAHMAT.. SYUKUR.
Deletehari ni hujan.... lebat pula ...
ReplyDeleteALHAMDULILLAH..
Delete