Monday, September 30, 2013

KUTIP SAMPAH PUN BOLEH DAPAT DUIT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Kita mesti pernah mendengar, "ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula kita manusia". Ha, biasa dengarkan? Sebenarnya aku ingin merungkai sedikit tentang hal orang kita yang kerap memilih pekerjaan sehingga tidak bekerja dan seolah-olah mahu menunggu kerja yang datang kepadanya.

Satu hari aku terlihat satu status di dalam Facebook di mana sebuah majikan melalui wakilnya mahu mengambil pekerja dengan bayaran gajinya sekian-sekian. Namun, ramai orang kita yang seakan-akan menolak pelawaan itu dengan menyatakan bayarannya murah, kerja berat, gajinya rendah dan bermacam-macam lagi. Pendek cerita, orang kita ni nak kerja ringan tapi bergaji mahal. 

Pernah satu hari aku berborak dengan seorang kenalan yang juga seorang pengumpul dan penjual barangan lama dan barangan yang boleh dikumpul (collectible item). Kami berborak mengenai sikap sesetengah remaja-remaja yang baru tamat persekolahan yang malas untuk mencari kerja. Masih bergantung pada ibu bapa dan amat memilih kerja. Sudah tu, bila tiada duit, asyik merungut tiada duit tetapi pada hakikatnya, dia malas mencari kerja.

Sebenarnya aku amat kagum dengan rakan aku tu. Bermula dari mencari barangan di dalam tong-tong sampah, kini telah berupaya untuk membuka kedai sendiri bagi menjual barang-barang yang boleh dikumpul (collectible item) atau lebih tepat aku gelarkan sebagai barangan hobi. Kalau dilihat di Facebooknya, boleh dikatakan setiap hari ada saja orang membeli barangan yang dijualnya. Sekiranya 1 hari boleh untung RM100.00, satu bulan sudah berapa boleh dapat? Kiralah sendiri.. Kerja pun enjoy saja. Kerja sendiri, sendiri bos sendiri kuli.

Sebenarnya aku memang menggalakkan sekiranya para remaja agak sukar mencari kerja, cubalah menceburi bidang ini. Tidak kisahlah kalau perlu bermula dari bawah walaupun terpaksa mengutip sampah (barang-barang kitar semula) untuk dijual. Yang penting, ada duit untuk berbelanja dan tidak menyusahkan ibu bapa.

Tak semua orang ditakdirkan untuk berjaya di dunia. Tak semua orang ditakdirkan untuk menjadi pegawai, ahli perniagaan atau lain-lain kerja yang mewah. Kalau sudah dapat pekerjaan yang sudah boleh menyara diri dan keluarga, itu sudah cukup baik. Namun, perlu juga terus berusaha untuk memajukan diri.  


Kagum dengan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang ada motivasi diri.. Rujukan gambar KLIK

10 comments:

  1. yang penting, semangat utk mencari rezeki..

    saya setuju...bebudak skang ni.. keje nak senang, tapi gaji kalo bleh nak mahal.. huk huk... =.=' pastu memilih kerja... kalo keje kilang tu... seboleh xmoh.. kononnyer x de standard... keje pasar raya pon dia kata xde standard.. adoiyai... utk permulaan, apa salahnya... timba pengalaman dulu....

    ReplyDelete
  2. kerja banyak bersepah Bro, nak tak nak sahaja , tetapi sebelum mereka menamatkan persekolahan, adakah mereka telah bersedia ke alam pekerjaan?, atau di dedahkan?. Mungkin jika mereka di dedahkan lebih awal tentang tangga gaji, skop kerja, kepentingan bekerja dalam kehidupan dan agama dari cita cita di alam persekolahan mungkin juga ianya boleh menukar landskap pekerjaan di negara kita. Apapun semuanya pada kemahuan diri sendiri dan ada juga atas faktor sekitar seperti pengaruh kawan dan keluarga.

    ReplyDelete
  3. mertua sy yang sudah berusia masih lagi mengumpul barang-barang terpakai,dan sy rasa saya tak malu melihat dia sebegitu,cuma tanggapan orang pada saya dan keluarga jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TANGGAPAN ORANG MEMANG BANYAK.. ADA YANG PANDANG PENGUTIP NI MACAM NTAH APA, TAPI SECARA PERIBADI SAYA MENYATAKAN, SAYA TIDAK MENGHINA ORANG SEDEMIKIAN RUPA.. SAYA LAGI MEMUJINYA, SELAIN MEREKA DAPAT BERDIKARI UNTUK MENDAPATKAN SUMBER KEWANGAN, MEREKA JUGA PENJAGA ALAM SEKITAR DENGAN MENGGALAKKAN KITAR SEMULA..

      Delete
    2. sama juga macam orang kerja majlis bahagian tukang angkut sampah. jangan dipandang rendah. jika tiada mereka, tiada la berangkut sampah kita.

      Delete
  4. budak zaman skrg ni semua nk mudah & cepat jer.. xnk berssh2 mcm kita dulu..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.