Monday, September 9, 2013

HAMPIR-HAMPIR BERKAHWIN KALI KEDUA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.


Gambar sekadar hiasa. Rujukan gambar sila KLIK


Entah kenapa selepas aku mempunyai isteri dan dua orang anak, si dia yang pernah aku kenali dulu hadir pada aku dan ingin kembali menjalinkan hubungan seperti satu masa dahulu.

Aku agak pening memikirkannya. Dahulu, hubungan aku terputus dengannya pun tanpa sebarang alasan yang kukuh. Tiba-tiba dia diam membisu tanpa sebarang berita. Begitulah dikatakan perhubungan jarak jauh. Ketika itu, aku menyambung pelajaran di Shah Alam dan dia pulang ke kampung halaman lantaran tidak dapat melanjutkan pelajaran.

Sudah agak lama... Sudah lebih 10 tahun aku tidak pernah menghubungi dan berjumpa dengannya. Aku pun sudah lama melupakannya. Tetapi kini, kami bertemu di satu majlis reunion sekolah. Semasa bertemu, masing-masing seakan malu-malu. Namun akhirnya kami sudah mula berbual-bual dan kembali mesra.

Dalam perbualan dia ada menyatakan bahawa dia masih single. Biar betul? Kami sebenarnya sekelas dan seusia. Maksudnya di sini umurnya sudah awal 30-an namun masih belum berkahwin. Namun aku tak mahulah bercerita dengannya mengapa dia tidak kahwin lagi. Mungkin belum jodoh dia.

Aku pun tak pasti mengapa selepas reunion tu, hubungan kami kembali intim. Saling berhubungan melalui telefon. Namun, hubungan aku ini tidak diketahui oleh isteri aku. Kalau dia dapat tahu, mahunya goyang juga rumah tangga aku.

Dalam beberapa bulan aku berhubungan dengan dia, sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku. Dia mengajak aku bernikah. Dia menyatakan bahawa dia sanggup hidup bermadu dengan isteri aku. Aduh.. Biar betul!! Macam mana aku nah handle semuanya ni?

Dalam 2,3 hari aku puas memikirkannya sama ada mahu mengangkat dirinya sebagai isteri kedua aku atau sebaliknya. Bagaimana pula penerimaan isteri aku? Pasti perang besar akan berlaku. Tapi mengenangkan si dia masih belum berkahwin, kesian pula. Bagaimana pula dengan sumber kewangan.., mampukah aku?

Dalam asyik memikir, aku terlena di atas sofa di rumah aku. Isteri dan anak-anak tidur di dalam bilik. Aku pun taknaklah isteri aku perasan yang aku asyik memikir sesuatu yang serius, jadinya aku memang sengaja mahu melenakan diri di sofa di ruang tamu.

Tiba-tiba pada satu pagi yang nyaman terdengar suara isteri aku, "bang bangun dah pagi, ma dah masak nasi lemak". Huh.. rupa-rupanya aku bermimpi. Belum sempat nak kahwin nombor dua, dah kena kejut. :) Hehehe.. Jangan marah ye.


**********

Buat isteriku yang ku sayang dan cintai, kaulah satu-satunya bagiku, tiada dua, tiada tiga. Harapanku, kau kan menjadi bidadariku di syurga kelak. Insha Allah...

25 comments:

  1. haha lawak la. nasib baik mimpi. kalau tak ada yang kene mandikan dengan sambal bilis nasi lemak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEHEHE.. NASI LEMAK DENGAN SAMBAL UDANG TU..

      Delete
  2. Replies
    1. HEHE.. INI BUKAN CERITA HANTULAH TEACHER.. :)

      Delete
  3. Sakit hati juga baca ni bro. Nasib mimpi jer tau ☺☺

    Setialah pada yang satu. Kalau berkemampuan, tak salah. Tapi kalau tak mampu tu, cermin lah diri tu dulu.

    So sweet ayat yg last tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AYAT TERKHIR TU MEMANG SATU PERKATAAN YANG PERNAH SAYA UCAPKAN PAD ISTERI SYA MULA-MULA DAHULU.. SAMPAI SEKARANG SAYA INGAT.. \^o^/

      Delete
  4. adoi kasi saspen la derrrrrrrrrrrrr hohoho

    ReplyDelete
  5. “.. but we both realized things would end badly. As a small-town lawyer, I saw a lot of divorces, and I was constantly amazed at the awful ways men could screw up their lives and families simply because they couldn’t resist temptation.”

    The Racketeer by John Grisham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan. petikan dari novel The Racketeer oleh John Grisham.

      cerita pasal married man bermain cinta dengan perempuan lain.

      Delete
    2. OO.. OK.. INGATKAN LIRIK LAGU.. MAKLUMLAH, TAK BACA NOVEL OMPUTEH.. :)

      Delete
    3. oo tu yang kau try cakap omputeh kat blog aku tu eh. hahaha

      Delete
    4. AKU BIASA BROKEN ENGLISH JE ..

      Delete
  6. sekali mimpi da... kalau lambat bangkit, mesti wife masuk dalam mimpi tu sekali sambil pegang penyapu...

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum sahabat ...

    Betul2 buat suspen laa .. Hahahaha ^_^ .. Ingat betullah tadi ..

    ReplyDelete
  8. Dulu saya pernah menulis mengenai hal nie.. tapi time tu
    x cukup maklumat... artikel nie benar2 menjelaskan
    isu mengenai hal nie.. terima kasih atas penulisan awak...


    My site; Tips Puaskan Pasangan

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.