Tuesday, September 17, 2013

CONTENG-CONTENG JE...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Aku teringat ada seorang artis (pelukis) menyatakan, lukisan bukanlah sesuatu yang terlalu menekankan produk akhir yang dihasilkan namun ianya menitikberatkan seni semasa menyiapkan sesuatu hasil seni. 

Pada pengalaman aku, pernah sekali melihat seorang omputeh dari Belanda yang melukis abstrak dengan menggunakan tangan dan hanya memakai seluar dalam semasa menghasilkan karya seni tersebut. Selain itu, ada juga pelukis yang lagak gayanya seperti hendak bersilat, dan berbagai-bagai lagi. 

Produk akhir biasanya agak subjektif dari pandangan mata manusia. Ada yang menyatakan sesuatu hasil seni itu cantik dan menarik, ada pula sebaliknya. Justeru, kecantikan merupakan dari mata siapa yang memandangnya seperti bak kata omputeh, beautiful is in the eye of beholder

Bagi artis yang sememangnya mencari rezeki dengan menjual karya seni, menjual lukisan adalah matlamat utamanya. Tetapi bagi diri aku sendiri, apabila lukisan-lukisan aku terpamer di dinding rumah, ia merupakan satu kepuasan yang tidak terhingga. Sekiranya ada terjual, ia merupakan satu bonus. Alhamdulillah, bagi diri aku yang baru nak belajar ni, sudah 2 buah lukisan aku terjual. 

Baru-baru ni, aku hasilkan lagi sebuah lukisan abstrak bersaiz kecil seperti di bawah :



Tajuk : Untitle
Saiz : 6 x 6 inci
Media : Akrilik

Mungkin ada yang melihat lukisan ini akan mengatakan "uuiiiiii.... cantiknya..." atau ada juga yang mengatakan ianya adalah sebuah hasil seni "sampah". Jadi terpulanglah pada mata masing-masing yang melihat dan menilainya. 

:: Lihat juga >> KLIK <<

26 comments:

  1. honestly saya tak pandai menilai lukisan hihi

    ReplyDelete
  2. sesungguhnya aku bukan orang seni... mana mampu nak menilai sama ada cantik atau sebaliknya, namun aku hargai karya anda fairus..

    ReplyDelete
  3. Subhanallah. Tak pe, seni ni merupakan cerminan diri. Hihihi belajar dari akak abang form 6 kat sekolah ^^". Macam pakcik miza ada seorang ahli seni lukis ni dia lukis banyak-banyak lepas tu buat pameran. Alhamdulillah. tapi dia dah tiada lagi di dunia. Abanag fairus cuba lah ^_^ Miza doakan abang fairus dimurahkan rezeki. Amin. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. KALAU DAH BANYAK KARYA NANTI BOLEHLAH BUAT SOLO EXIBITION.. HEHE.. TAK MUNGKIN.

      Delete
  4. kreatif! bg deno apa jua kita buat adalah seni, tak kira apa.. kita sama kan fairus, minat art :) mungkin org tak faham dia melihat biasa tp bg deno, ia adalah satu karya seni^^

    maaf ya bertanya, seni apa yang fairus guna kat atas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEBENARNYA IA ADALAH SENI ABSTRAK. SAYA INSPIRASIKAN DARI PERMAINAN DAM AJI. ADA ORANG BERMAIN DAM AJI SECARA SUKA-SUKA, ADA YANG BERMAIN DENGAN BERJUDI, ADA YANG MEMBUANG MASA LAMA-LAMA DENGAN BERMAIN DAM.. BEGITULAH TAFSIRAN SAYA PADA HASIL KARYA INI..

      Delete
    2. wahhhh... memang fairus kreatif!!!! :)

      Delete
  5. Lukisan adalah lukisan,seni yang memberi kepuasan kepada pelukis dan pemiliknya, manakala sampah pada waktu ini adalah lebih bernilai memandangkan ianya juga sebagai sumber pendapatan :).

    ReplyDelete
  6. ada sentimental value kat situ..:)
    org yang melukis lebih mengetahui maknyanya..

    ReplyDelete
  7. aku imagine di dalam setiap kotak itu mewakili warna kehidupan setiap penghuninya. ada yang kosong, ada yang berpenghuni. ada yang sedih, gembira, pilu, kabur, was-was. ada juga yang cuba lari keluar dari kotak kehidupan itu. ada yang hanya mempamerkan diri pada kehidupan. tapi apa pun itu adalah kehidupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAHSYAT IMIGINASI KAU.. TERBAIK DER..

      Delete
    2. aku tak pandai berseni tangan macam kau, jadi nya bila aku berimaginasi tu kira seni juga eh?

      Delete
    3. TAK PANDAI BOLEH BELAJAU.. :)

      Delete
  8. setiap lukisan ada makna sendri kot bg pelukisnya kan.. bg sya conteng2 pun nampak kreatif je lukisan ni.. kalo sya yg lukis ntah jd ape la gamaknya

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.