Friday, August 2, 2013

PERGINYA SEBUTIR BINTANG YANG BERSINAR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Chua Boon Huat... Siapa tidak kenal beliau, anak kelahiran Bukit Cina, Melaka yang beraksi dalam skuad hoki Malaysia sejak umurnya 17 tahun.

Chua Boon Huat
1980 - 2013

Kita dikejutkan dengan kematian beliau apabila beliau telah terlibat dalam kemalangan maut di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) seawal 3 pagi (1 Ogos 2013) apabila keretanya berlanggar dengan sebuah lori.

Aku yang minat bidang sukan, agak terkejut dengan berita ini. Bagi aku, beliau merupakan seorang hero. Hero rakyat Malaysia dalam bidang sukan hoki. Negara kehilangan sebutir bintang yang begitu bersinar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 

Kehilangannya dapat dirasai oleh segenap insan tak kira apa bangsanya sama ada Melayu, India dan Cina. Dengan personaliti dan watak perwatakannya, jelas beliau merupakan seorang yang sangat disenangi. Pastinya sumbangannya kepada negara akan dikenang.

Sumber gambar : KLIK

14 comments:

  1. deno pun ada tengok berita pasal ni tadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA PERASAN BERITA INI DI FACEBOOK SEMALAM..

      Delete
  2. hilangnya seorang permata berharga negara... memang dia ni saya kagum bila dia ada atas padang hoki :)

    ReplyDelete
  3. hai.. salam kenal,
    follower no.406
    done follow sini,
    jom follow teman yea..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete
  4. Dulu makcik saya main hoki juga, punya susah sebelum dapat beli kayu hoki, pakcik terpaksa buat satu kayu menggunakan kayu hutan, dia tiru dengan kemas.

    ReplyDelete
  5. RIP Chua....
    Sedih AJ tengok berita pasal kematian dia....
    Ramai yang menangisi pemergian dia......
    Hilang sudah sebutir permata di usia 33 tahun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. AJ, SYA PERNAH TERBACA, KITA ORANG MUSLIM TAK DIGALAKKAN MENYEBUT R.I.P.. CUKUPLAH SEKADAR MENYATAKAN UCAPAN TAKZIAH BUAT KELUARGANYA..

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.