Monday, August 19, 2013

MARI MEWARNA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi Muhammad S.A.W.

Esok budak-budak sekolah sudah akan kembali ke sekolah, termasuklah anak lelaki aku yang sulong ni, Muhammad Fahim. 

Dari awal sekolah bercuti, aku sudah bertanya kepada anak aku ni, ada kerja sekolah ke tidak. Dia menjawab tiada. Namun, di dalam hati aku tidak mempercayainya. Mana mungkin cuti yang agak panjang tapi cikgu tidak memberikan kerja sekolah.  

Kesilapan aku ia tidak memeriksa beg sekolah dia. Agak terlupa dek teruja berhari raya. Kebiasaannya pada hujung minggu pasti aku akan memeriksa beg sekolahnya untuk memastikan sama ada mempunyai kerja sekolah atau tidak.

Malam tadi setelah dari petang pergi berhari raya, balik saja rumah aku memeriksa beg anak aku. Rupa-rupanya ada 3 kerja sekolah yang harus disiapkan. Nasib baiklah anak aku tidak tidur lagi, terus aku menyuruhnya siapkan kerja sekolah tersebut. Seperti biasa, akulah yang selalu membantu dia dalam membuat kerja sekolahnya. 

Mari mewarna... Hehehe

Sekejab saja kerja sekolahnya siap. Tidak banyak mana pun. Tapi memang macam inilah selalunya. Kalau dia buat kerja sekolah memang kena 'mengadap', kalau tidak memang susah dia nak buat sendiri. Maklumlah, dia ni pun baru TADIKA. 

Peringatan pada diri sendiri dan para pembaca, sila periksa beg sekolah anak anda. Periksalah sama ada dia mempunyai kerja sekolah ke tidak, supaya anak kita kelak tidak tertinggal pelajarannya. Sekian terima kasih. :) 

16 comments:

  1. olo sweetnya papa tolong mewarna sekali... :) baru2 ini, deno pun ada tolong anak buah buat kerja seni .. banyak tampal2 kertas warna.. siap juga akhirnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KALAU AYAHNYA TAK TOLONG, SIAPA LAGI NAK TOLONG KAN.. :)

      Delete
  2. aha, ni dah kira kes subahat ni. haha...

    ReplyDelete
  3. a'ah da kembali ke sekolah dah..tak sedar cuti diorang dah habis ..heran pagi tadi adik bangun awal huhuhu baru sedar rupanya cuti sekolah da habis huhu

    ReplyDelete
  4. ayah pon kena sekolah jugak..hari2 kena check bag sekolah anak..parent yg baik memang begitu caranya..

    p/s sy dah terima kad raya dari anda. terima kasih dgn tulus ikhlas.

    ReplyDelete
  5. setiap hari balik sekolah mmg queen akan cek beg sekolah dia. so far cuti sekolah kali ni xde keje sekolah sbb cikgu sibuk beraya kot.. hehehe

    ReplyDelete
  6. ada sediakan rotan tak bro??hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. DULU ADA BELI.. TAPI NTAH MANA DIA PERGINYA.. ENTAH2 ANAK AKU SOROKKAN..

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.