Wednesday, August 28, 2013

KOLEKSI TOPI = COLLECTION OF CAPS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Sebenarnya aku ni bukanlah yang gemar memakai topi (cap) yang ada jenama-jenama, lebih-lebih lagi yang dapat percuma. Kalau aku dapat, mungkin aku akan beri pada orang lain, tak pun letak saja di rumah entah ke mana arah aku letakpun tak tau..

Memang beberapa kali apabila aku dapat topi bagi sesuatu acara atau program, aku akan beri pada orang lain. Ada satu kali tu, lepas sahaja habis suatu program, aku singgah ke sebuah kedai mencuci kereta, apabila habis kereta aku dicuci, aku beri topi yang aku dapat tu kepada seorang warga Bangladesh yang mencuci kereta aku tu. Huh, nampak sangat aku ni jenis yang tak ambil kisah tentang topi

Akan tetapi..., sehari dua ni aku terperasan beberapa topi yang terdapat di rumah aku. Ada yang terletak di dalam setor, laci dan ada juga tercampak di bawah katil. Aku duk kumpul-kumpul, eh! banyak juga rupanya. Mulalah dalam benak fikiran aku ni untuk memulakan hobi mengumpul topi pula. Barangkali kalau disusun satu persatu di dinding pun nampak menarik.

Gambar di bawah ni merupakan beberapa topi yang sempat aku cari di dalam rumah aku. Aku rasakan ada lagi yang tersembunyi entah ke mana yang masih belum aku jumpai. Takpe, lepas ni boleh cari lagi. Dah jom! layan saja gambar-gambar topi aku ni...

Topi Perodua.. Abang aku yang bagi ni..

BN A.K.A Barisan Nasional... Merupakan sebuah parti politik di Malaysia :)

Sony Walkman.. Pemberian sepupu kepada anak aku..

Topi jabatan aku semasa perbarisan kemerdekaan 2012

Topi Dulux semasa program mengecat bangunan warisan di Melaka

Melaka World Heritage Site.. Ada siapa tak tau?

1Malaysia bro... 1Malaysia...

Ini topi yang akan aku pakai pada perbarisan kemerdekaan pada tahun ini (2013)

Malaysia Truly Asiaaaaaa....................

Milo.. Topi lama ni.. Ha! yang ni aku beli.

Ops!! Ni bukan topi, tapi tengkolok.. Ini hadiah dari JKKN Melaka.

16 comments:

  1. macam2 collection ada ye. rajin mengumpul. saya rajin mengumpul novel je haha

    ReplyDelete
  2. wahh..banyaknya koleksi topi..nak satu? hehe

    ReplyDelete
  3. aduyaiiii collector tegar...yg sy nmpak hanyalah $$$ bila jd collector ni huhuhu

    ReplyDelete
  4. wow banyaknya koleksi topi fairus!!! deno ada juga tapi satu je... hihihi^^

    ReplyDelete
  5. samalah kita geng...aku sendiri pun ndak suka pakai...kalau pakai pun terpaksa seperti hari sukan...hehehe...asal sukan beli yang baharu..yang lama entah simpan dekat mana...

    ReplyDelete
  6. nak topi agensi saya..kalau nak emailkan alamat, manalah tau kalau ada lagi boleh sy kirimkan. serius ni.

    ReplyDelete
  7. perhh banyak gak koleksi topi2 tu hehe
    ni karang bila topi tu jadi rare, konfem
    harga blh cecah riburiban hehe






    salam kenal,
    anamizu

    ReplyDelete
  8. wah ini sudah bagus!syabas! yehaa!

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.