Tuesday, August 6, 2013

BERSABAR ITU JUGALAH YANG TERBAIK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Sudah penghujung bulan Ramadhan ni mulalah kenderaan sesak dan memenuhi setiap jalan raya. Orang-orang yang bekerja dan menetap di bandar mula pulang ke kampung halaman untuk menemui ayah, bonda dan sanak saudara tercinta.

Apabila jalan raya mula sesak, maka kenderaan tidak mampu untuk bergerak dengan lancar. Sudah lumrahnya begitu, jadinya kita sebagai pemandu haruslah bersabar dengan terus memandu dengan mengikuti setiap peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.

Gambar sekadar hiasan. Sila KLIK ke laman rujukan gambar

Jangan kita jadi seperti segelintir pemandu yang tidak mengenal erti sabar. Kenderaan sudah padatpun namun mereka mahu juga menyelit sana-sini. Ada yang tidak sabar terus memandu laju dan memotong kenderaan lain ke kanan dan ke kiri. Kadang-kadang kesian juga melihatnya, sejauh manalah mereka boleh lepas, akhirnya akan tersangkut juga dalam kesesakan.

Itulah sebabnya pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dahulu memperkenalkan Ops Sikap (kini Ops Selamat) sebab sikap kurang bersabar pemandulah yang sering menyebabkan kemalangan. Kalaulah sikap semasa memandu di Malaysia ini baik, nescaya kemalangan dapat dielakkan lebih-lebih lagi di musim perayaan.   

Akhir kalam, bersabarlah... Ramai yang menunggu kita di kampung halaman di hari bahagia ini. Mereka bukan mahu menunggu ketibaan mayat kita. Sama-samalah kita tanamkan sifat bersabar semasa memandu. 

19 comments:

  1. sama-samalah kita menjaga keselamatan di jalan raya. pandu cermat jiwa selamat, saman tak dapat hihihi

    selamat hari raya buat abg sekeluarga. jemput datang raya pengkalan balak hehehe

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, pcl sekeluarga dah tiba dgn selamat...walau berada di kampung kena jugak bersabar dgn karenah adik beradik yg ramai...haha, kena sabar jugak tu kan fairus...Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SELAMAT HARI RAYA JUGAK BUAT PCL SEKELUARGA..

      Delete
  3. memang kena bersabar.. kadang-kadang bengang dengan pemandu2 yang tak reti bersabar ni..

    ReplyDelete
  4. hehe ramai yg x tahu sabar sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. Kadang kadang abg angin sahaja dijalan raya, lagi bila kenderaan depan banyak asap, kenderaan depan pandu berbahaya... 2 pekara ini pasti buat abg memotong sebolehnya. Kadang diorang pandu slow dan berbahaya sebab sambil memandu bergayut hp, malah ada yang sambil memandu main tablet.. entah apa-apa... .

    ReplyDelete
    Replies
    1. MEMANG MACAM2 PERANGAI PEMANDU DI MALAYSIA NI..

      Delete
  6. betul2.. bkn kita je yg nk cepat.. semua org pun nk cepat tp kena pikir juga keselamatan semua yer

    ReplyDelete
  7. Betul tu. Selamat hari raya maaf zahir batin... pandu cermat insya-Allah jiwa selamat.

    ReplyDelete
  8. sebenranya, pemandu sendirilah berlu beretika di jalan raya kan...

    p/s: deno raya kat hospital juga tahun ni,,,, sabo je la..

    ReplyDelete
  9. nasib baik masih ramai yg bersabar berbanding yg tak sabar.... sabar itu terbaik.

    ReplyDelete
  10. semua orang nak pun cepat so bersabarlah :)

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.