Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Inilah budaya masyarakat kita, sering menyalah dan mencari kesalahan orang lain. Bagaikan seorang ahli politik, apa yang dibuatnya semuanya betul manakala pihak yang bertentangan buat semuanya tidak betul sama sekali.
Kita sebenarnya kerap juga melakukan kesalahan namun kita tak perasan, tetapi apabila orang yang yang bersalah, kita cepat-cepat perasan malahan kita marah-marah lagi. Sepatutnya kita bermuhasabah diri kita dulu sebelum menuding jari terus ke arah orang lain.
Sebagai contoh, semasa di jalan raya, kita kerap akan marah-marah apabila pemandu lain di hadapan kita membelok tanpa menggunakan isyarat membelok, mulalah mulut kita mengumat-ngamit memarahinya. Kalau yang agak 'hardcore' mungkin terus menurunkan cermin lalu menyumpah seranah pemandu tersebut.
Namun, sebenarnya kita juga tidak sempurna, alpa atau buat-buat lupa. Baru 100 meter kita melepasi pemandu tersebut, kita pula yang membelok tanpa menggunakan isyarat. Lalu. pemandu di belakang pula yang memarah kita. Apa kita buat? Kita pula yang memarahinya. Kita tak sedar bahawa kita pun salah sebaliknya hanya menyalahkan pemandu lain.
Lain pula kisahnya pada seseorang yang suka membuang sampah merata-rata, kita kalau boleh nak saja meminta orang itu memungutnya kembali kerana kesalahannya itu. Namun, pada masa yang sama kita merokok yang mengetis abu rokok tak mengira tempat. Bukankah itu merupakan satu kesalahan yang serupa? Membuang sampah merata-rata. Oh! Itu bukan kesalahan aku, abu rokok mana nampak, tak bersepahpun. Ye... Kita memang pandai., pandai menjawab!
Begitulah penghidupan kita seharian. Sering dan nampak kesalahan orang saja walhal kita juga membuat kesalahan yang serupa. Ya.. Kita memang tidak sempurna. Tidak lari dari membuat kesilapan. Namun, apabila orang lain buat kesilapan, jangan pula kita lebih-lebih seperti kita tidak pernah berbuat salah.
Ps: Nasihat untuk diri aku sendiri juga.
Agak berkaitan dengan entri INI.

Gambar sekadar hiasan. Rujukan gambar sila KLIK |

benar.
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA MEMBENARKAN.. :)
DeleteBetul tu, yang penting kita utamakan keselamatan di jalan raya,nampak kesalahan jadikan pengajaran, kesalahan tetap kesalahan, dan juga tiada yang semuanya betul sahaja. walaupun kita guna visor waktu menunggang motosikal, namun kita tetap boleh terhidu bau asap rokok dan terkena abu rokok rider hadapan yang menunggang sambil merokok hingga abu rokok pun boleh termasuk mata kita. Pada puasa lepas pula, abg di himpit di selekoh bulatan oleh sebuah kereta,sudah begitu merokok pula sambil tangan pula diluar buang abu rokok, fokus rapat tengok budak 2 kita juga tidak berpuasa dalam kereta berbuka sebelum waktu, tak cukup dengan itu budak 2 di bahagian penumpang boleh buang sampah makanan keluar tingkap... yang jadi selepas itu dan apa yang abg buat seterusnya abg tak payah ceritalah kat sini lahkan? , keh! keh! keh!
ReplyDeleteHEHEHE.. MESTI BUDAK TU KENA BELASAH...
Deletea'ah...macamlah kita ni tak pernah buat silap kan, entah2 macam peribahasa nih.."menata dulang paku serpih, mengata orang kita yg lebih" ..
ReplyDeleteYA BETUL.. TEPAT SEKALI PERIBAHASA TU.
Deletemuhasabah diri deno juga.. terima kasih fairus :)
ReplyDeleteSAMA-SAMA..
DeleteKita memang tak penah lari dari melakukan kesalahan...
ReplyDeleteTapi sikap suka tunding jari kat orang tu tak elok...
BETUL TU AJ..
Deleteeveryone make mistakes =)
ReplyDeleteEXACTLY YES..
Deleteoleh itu..sama2 laa kita memperbaiki diri kita juga.. jangan hanya pandai cari kesalahan org lain sahaja...
ReplyDelete"selamat hari raya"
YE BENAR.. SELAMAT HARI RAYA JUGAK BUAT KAMU..
Deletenk puaskan hati sumerang mmg payah....
ReplyDeleteslmt hari ghaye ;)
SELAMAT HARI RAYA JUGAK BUAT ANDA..
DeleteAssalamualaikum. selamat hari raya fairus dan keluarga. alhamdullilah. terima kasih buat entri ni. kesedaran buat umum khususnya utk diri sendiri ini. semoga kita belajar daripada kesilapan dan tidak sentiasa menuding jari pada orang lain >_________<
ReplyDeleteWAALAIKUMUSSALAM.. SELAMAT HARI RAYA JUGA BUAT KAMU..
Delete