Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Berpeluang berlatih di Manchester United Soccer School (MUSS) mungkin menjadi idaman bagi budak-budak kaki bola. Begitulah nasib anak buah aku, Muhammad Nizarruddin Jazi @ Nizar yang telah berpeluang untuk berlatih di MUSS selama 3 minggu atas ganjaran yang diterimanya setelah berjaya menjadi RAMLI bersama 2 orang peserta lain.
Kalau dulu sudah puas dia mencuba nasib dalam beberapa rancangan realiti bola sepak seperti soccer kids, namun akibat dari saiz badannya yang tidak begitu besar, dia gagal untuk memasuki program tersebut. Namun kini, impiannya telah menjadi kenyataan apabila program Mencari Ramli musim ke-2 anjuran TV3 dengan sokongan TM telah membawa sinar baru bagi dirinya dalam bidang bola sepak.
Aku ada juga beri nasihat pada dia, saiz badan sebenarnya bukan halangan, yang penting ialah minat dan kesungguhan untuk berjaya. Kalau nak dilihatkan, Lionel Messi pun tidak mempunyai bentuk badan yang besar, namun dia mempunyai tahap skill yang tinggi.
Setakat ini, aku memang amat berbangga dengan apa yang telah dia capai. Harapan aku pada suatu hari dia dapat bermain dengan Harimau Muda seterusnya dapat bermain untuk Harimau Malaya.
Jom layan beberapa gambar dia yang telah berada di sana sejak 2 Ogos yang lalu. Gambar-gambar ini adalah dirujuk dari Facebook Team Malaysia...
Maaf tiada caption. Yang paling kecil itulah Muhammad Nizarruddin Jazi.
tahniah2... semoga anak buah fairus menjadi pemain bola sepak yg berjaya satu hari nanti.. insyaallah... malaysia boleh! eh2, tiba2 lak.. hehe
ReplyDeleteYE.. MALAYSIA BOLEH!! :)
Deletewah beraya makan spaghetti la dia nanti hihi
ReplyDeleteLONDON MESTI ADA KETUPAT PUNYA..
DeleteGo go Nizar!!!
ReplyDeleteGO.. GO..
Deleteyeahh..itu dia kaki bole huhu
ReplyDeleteMAKAN BOLA, TIDUR BOLA, MINUM MILO.. :)
Delete