Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Sebenarnya aku baru menyiapkan biodata YAB Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron, Ketua Menteri Melaka yang ke-10 untuk diletakkan di Galeri Ketua Menteri Melaka. Di sini aku ingin berkongsi biodata beliau sebagai pengetahuan kita bersama.
------------------------------------------------------------
Datuk Wira Ir. Haji.
Idris bin Haji Haron merupakan Ketua Menteri Melaka yang ke-10 yang telah
mengangkat sumpah pada 7 Mei 2013. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan
Negeri Sungai Udang.
Dilahirkan pada 13
Mei 1966 di Asahan, Melaka. Beliau dibesarkan sebagai anak yatim apabila
bapanya, Haron Hashim, seorang pesara Penghulu telah meninggal dunia semasa
usianya baru 6 tahun. Setelah kematian bapanya, beliau telah dijaga oleh
datuknya selama 6 bulan seterusnya dijaga oleh abangnya (berlainan ibu) yang
juga seorang guru besar.
Mendapat pendidikan
awal di beberapa sekolah seperti Sekolah Rendah Kebangsaan Simpang Bekoh,
Sekolah Rendah Kebangsaan Belading, Sekolah Rendah Kebangsaan Asahan dan
Sekolah Rendah Kebangsaan Kubu.
Kemudiannya mendapat
pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah dan telah mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Seterusnya, beliau ditawarkan
biasiswa ke Amerika Syarikat oleh Lembaga Letrik Negara (LLN). Akhirnya Datuk
Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron menamatkan pengajian di Universiti Texas dan
memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Elektrik (Kuasa).
Di dalam bidang
pekerjaan pula, Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron pernah bertugas di
Lembaga Letrik Negara (kini disebut TNB) sebagai jurutera dan juga pengurus
iaitu sebagai jurutera Pengguna LLN, Kajang (1989), Jurutera Operasi TNB,
Kajang (1991), Pengurus Struktur dan Perancangan TNB, Kajang (1993), Pengurus
Operasi dan Senggaraaan TNB, Jasin (1998) dan Pengurus Bisnes Daerah TNB
Distribution Sdn. Bhd., Melaka (1999). Manakala pada tahun 2000 beliau telah
dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Alor Gajah (MDAG) kini disebut
Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dari tahun 2000 hingga 2004.
Kini, beliau yang
berumah tangga bersama Fadilah binti Abdullah mempunyai dua orang anak iaitu
Luqman Hakim dan Amira.
Pembabitannya dalam
politik bermula pada tahun 1993 apabila dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO di
Klebang Kecil iaitu pada usia 28 tahun. Sangat aktif dalam penubuhan belia
sehinggalah beliau menubuhkan Gerakan Belia 4B bagi Klebang Kecil.
Pada tahun 2004 Datuk
Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron telah memenangi Piliharaya Umum bagi kerusi
Parlimen Tangga Batu. Pada tahun 2008 pula, telah melakar kejayaan yang besar
dengan memenangi kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Selain itu beliau juga
pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dari tahun 2008
hingga 2009.
Pada Pilihanraya Umum
tahun 2013, Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron telah memenangi kerusi di
Dewan Undangan Negeri Sungai Udang mewakili Barisan Nasional (BN) menewaskan calon
dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti besar iaitu sebanyak 9136
undi. Kemudiannya, pada tanggal 7 Mei 2013, beliau telah dilantik menjadi Ketua
Menteri Melaka yang ke-10.
Sepanjang
berkecimpung di dalam bidang belia, banyak anugerah dan pengiktirafan yang
pernah diterimanya seperti Tokoh Maal Hijrah Kategori Belia, Tokoh Belia Negeri
Melaka, Tokoh Belia Negara Peringkat Negeri Melaka Kategori Kepimpinan dan
Keusahawanan serta Tokoh Belia Negara Kategori Kepimpinan yang mana semuanya
diterima pada tahun 2003.
Antara amanah yang
pernah dan sedang dipikul oleh beliau ialah sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga
Batu, Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Melaka, Pengerusi Biro Agama
Pemuda UMNO Melaka, Naib Pengerusi Belia 4B Melaka, Pengerusi Belia 4B Tangga
Batu, Penasihat Pengasih Melaka, Pengarah Akademi Kemahiran Melaka Sdn. Bhd. dan
Ahli Jawatankuasa Penasihat Institut Kemahiran Belia Alor Gajah.
Di peringkat
kebangsaan pula beliau telah membarisi Jawatankuasa Ahli Majlis Tertinggi Exco
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Antidadah dan Gejala Sosial
Pemuda UMNO Malaysia, Penolong Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan (BNBC) dan
Pengerusi Sekretariat Pembangunan Belia Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI).
dapat satu ilmu hari ni.. terima kasih berkongsi :)
ReplyDeleteALHAMDULILLAH.. DAPAT AWAK ILMU JE..
Deletemacam orang sejarahwan sudah kau geng...apapun terima kasih kerana memberi ilmu kepada kami semua
ReplyDeleteDAH DUK MUZIUM, KENALAH TAHU SEJARAH..
Deletehidup tok deris ! hihi
ReplyDeleteHIDUP!!
Deletemenjawab kepada soalan bro tu.. ada event yang tak berbayar dan ada juga yang berbayar..tapi kebanyakannya memang saya akan tumpu pada event yang berbayar..
ReplyDeleteACUK ARR..
DeleteNice sharing....
ReplyDeletePengetahuan Am ni....
TERIMA KASIH..
Deletehjgfbfgbbbbb
Deletesalam saya mahu tanya apa alamat tempat tinggal idris bin harun daripada murid sekolah kebansaan sungai udang
ReplyDeleteW'SALAM..
DeleteSEKARANG YAB KETUA MENTERI TINGGAL DI SERI BENDAHARA, KEDIAMAN RASMI KETUA MENTERI MELAKA.
salam saya mahu tanya apa alamat tempat tinggal datuk idris bin harun daripada farhanah sekolah sungai udang .
ReplyDeleteW'SALAM..
DeleteSEKARANG YAB KETUA MENTERI TINGGAL DI SERI BENDAHARA, KEDIAMAN RASMI KETUA MENTERI MELAKA.
salam saya mahu tanya alamat tinggal dan umur datuk idris bin harun daripada farhanah sekolah kebangsaan sungai udang .
ReplyDeleteW'SALAM..
DeleteSEKARANG YAB KETUA MENTERI TINGGAL DI SERI BENDAHARA, KEDIAMAN RASMI KETUA MENTERI MELAKA.