Monday, April 1, 2013

AWAS... FITNAH BERLELUASA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
 
Fitnah berleluasa sama ada kita sedar yang kita menyebarkannya ataupun dalam keadaan tidak sengaja. Tak percaya? Cuba kita lihat gambar di bawah ini.
 
Sumber : Facebook
 
Kalau ada yang masih ingat, baru-baru ini, heboh di Facebook mengatakan sebuah pasaraya menjual daging khinzir secara terbuka dan berdekatan dengan daging lembu. Penulis dilihat tanpa sangsi terus mengata itu, ini tanpa membuat penelitian yang mendalam.
 
Namun, sehari dua selepas itu keluar penjelasan daripada pihak pasaraya berserta sesalinan laporan polis yang menyanggah status di Facebook tersebut dengan menyatakan gambar tersebut adalah daging kambing dan bukannya daging khinzir seperti didakwa.
 
Itulah, lain kali teliti terlebih dahulu sebelum menyebarkan sesuatu perkara. Lebih teruk lagi apabila lebih ramai yang mengongsikannya di Facebook. Bukankah fitnah tersebut terus berleluasa. Jadi siapa yang nak menanggung dosanya?
 
Sebenarnya peristiwa ini boleh dijadikan contoh agar kita tidak mudah dan sewenang-wenangnya mempercayai sesuatu perkara dan menyebarkannya kepada umum.
 
Lebih-lebih lagi kini musim pilihanraya, pelbagai berita disebarkan sama ada betul mahupun tidak. Oleh itu kita yang tidak mengetahui apa-apa ini adalah lebih elok berdiam diri dan membiarkan ianya pergi bagai angin lalu jika tidak dapat kepastian dan tidak mampu menyelidikinya. Takut nanti sekiranya kita menyebarkan berita yang mempunyai unsur fitnah, maka sia-sialah kita.
 
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala pekerjaan yang manusia lakukan sepertimana yang terkandung dalam ayat Al-Quran ini :
 
"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu"
 
Surat Al-Hujurat : Ayat 6 

10 comments:

  1. skrg ni mmg org sebarkan fitnah... sbb tu sya x berminat pun nk forward2 perkara yg blm tentu betul n salahnya. adalah lbh baik forward dan share perkara2 yg mendtgkan kebaikan kpd semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL TU QUEEN.. ADALAH LEBIH BAIK KITA BERKONGSI SESUATU YANG MENDAPAT KEBAIKKAN DARIPADA MEMBURUK-BURUKAN ORANG LAIN WALHAL DIA SENDIRI TIDAK MENGETAHUI KEBENARANNYA.. USAHLAH KITA MENAMBAH DOSA, SEDANGKAN DIRI KITA SENDIRI MEMANG SELALU BERGELUMANG DENGAN DOSA ANTARA SEDAR ATAU TIDAK.

      WALLAHUAKLAM..

      Delete
  2. Orang sekarang cepat nak tunding jari tanpoa kaji selidik..
    Amiki gambar pom terus dalam facebook.....
    Tak pasal ramai jadi penyebar fitnah...
    Takkanlah pasaraya besar tak sensitif isu ni kan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ITULAH... SIA-SIA SAJA MENJADI PENYEBAR FITNAH.. BAIK HENTIKANLAH..

      Delete
  3. Org melayu kan ke mcm tu...tipikal. Fitnah tu satu nikmat, katanye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAPI BUKAN SEMUA ORANG MELAYU YANG BERFIKIRAN SEPERTI ITU FARAH..

      Delete
  4. selalu mcm tu kan.. sbb tu deno tak berapa percaya kalau berita kuat kat fb tu... byk fitnah kan...

    p/s: buku CAPD deno dah banyak... tak kira pula berapa sbb yg lama ada yg hilang.. deno buat CAPD sejak tahun 2001... satu buku tu pula hanya boleh tahan untuk 2 tahun stgh^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. TULAH.. KALAU DAH BANYAK SANGAT KHABAR-KHABAR ANGIN BOLEH MEMBUATKAN KITA PERCAYA.. MOHONLAH DIJAUHKAN..

      Delete
  5. Assalammualaikum & salam ziarah ..

    Itulah kan .. tanpa siasat dengan lebih teliti, sewenang2nya fitnah ditaburkan .. hmmm ... sbb itu Fitnah ni lebih teruk daripada membunuh sebab kesannya akan berkekalan sampai bila2 .. walaupun sudah diterangkan kedudukan duduk perkara sebenar ... ~_~

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAALAIKUMUSLAM.. BENARLAH APA YANG AWAK KATAKAN..

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.