Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W
Terlebih dahulu cuba kita sama-sama perhatikan karya seni ini :
Karya seni di atas merupakan hasil tangan seorang artis bernama Allen Tan yang kini pameran lukisannya sedang berlangsung di Balai Syed Sheikh Al-Hadi, (Bastion House), Bandar Hilir, Melaka.
Sebenarnya karya ini memaparkan seorang ibu dan bayinya yang terperangkap dalam satu runtuhan (tidak pasti sama ada runtuhan rumah atau lereng bukit).
Kelihatan si ibu melindungi bayinya itu di sebalik runtuhan batu dan tanah dan ketika ini keduanya masih dalam keadaan bernyawa. Si ibu sempat menyusukan bayinya itu dengan susu badan supaya anaknya tidak kelaparan dan terus hidup. Semasa ini proses menyelamat oleh anggota penyelamat sedang dijalankan.
Si ibu tidak pasti sama ada mereka mampu bertahan sehingga diselamatkan atau akan meninggal dunia di bawah runtuhan tersebut. Kebetulan si ibu ada memegang telefon bimbit lalu beliau menulis sesuatu yang berbunyi "wahai anak, sekiranya kamu masih hidup, ketahuilah bahawa ibu sangat sayang pada kamu".
Ya Allah, betapa kasih dan sayangnya ibu terhadap seorang anak. Aku tidak pastilah sama ada karya ini dilukis berdasarkan pemerhatian sebenar atau hanya imiginasi pelukis, namun kesan kesedihan dapat dirasa dalam diri aku.
Inilah namanya karya seni yang bermutu. Kita dapat merasakan apa yang dilukis. Amat jarang sekali aku menemui suatu karya seni yang mampu memberikan kesan sedih dalam diri.
AJ penah baca cerita pasal ni.....
ReplyDeleteAda ek orang berkarya melalui cerita...
Sayu je tengok..
Kasihsayang ibu sampai ke syurga...
OO YE KE ADA KISAH SEBENAR.. SAYA TAK PERNAH PERASAN..
Deleteya ada baca kisah benar ini tapi tak ingat dimana,
ReplyDeleteOO..OK. SAYA YANG TERTINGGAL KAPAL RUPANYA.. ORANG LAIN SEMUA DAH TAU..
Deletekisah benar ni.. kat luar negara.. xsure negara mana.. kalau xsilap laa..kat china kot.. masa runtuhan bangunan...
ReplyDeleteOK.. NOTED.
Delete