Tuesday, March 5, 2013

MALAM INI JUGA NAK KE LAHAD DATU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
 
Nampaknya sudah agak lama pihak penceroboh yang mendakwa mereka adalah tentera kesultanan Sulu menceroboh ke negeri Sabah khususnya di Lahad Datu. Bermula dengan ingin mengadakan perbincangan sehinggalah kepada peristiwa pertumpahan darah, namun mereka masih enggan meninggalkan bumi Sabah.
 
Bermacam versi cerita dan berita yang kita dapat lihat dan baca dari pelbagai media terutamanya media baru (internet). Namun, kita perlu bijaksana meneliti sesuatu perkara dengan menentukan kesahihan sebelum menyebarkannya.
 
Aku tidaklah mahu mengulas apa-apa tentang peristiwa di Lahad Datu, namun aku tertarik dengan seorang pakcik yang begitu bersemangat untuk sama-sama kembali berjuang untuk melenyapkan petualang di negeri Sabah.
 
Berikut adalah perbualan aku dengan seorang pakcik semasa menjamu selera di surau setelah selesai kuliah Fardhu Ain.
 
Aku : Pakcik pencen polis ke?
 
Pakcik : Mana tau?
 
Aku : Saya tengok badan dah tau... (walaupun sudah berumur namun badannya masih 'smart' dan tegap). Apa cerita Lahad Datu?
 
Pakcik : Ye, pakcik pencen polis. Huh, pakcik memang geram mendengarnya. Kalau mereka beri pakcik 'uniform' dan senjata, malam ni juga pakcik terbang ke Lahad Datu. (dengan penuh semangat)
 
Sebenarnya aku terharu juga dengan semangat juang yang ada pada dirinya. Walaupun beliau sudah berpencen namun semangat untuk terus berbakti pada agama, bangsa dan negara masih kekal tersemat di dadanya.
 
Terfikir pula tentang anak-anak muda masa kini (Gen-Y), adakah mereka juga mempunyai semangat juang yang tinggi ataupun hanya sekadar pandai bercakap...

14 comments:

  1. mereka yang tua masih bersemangat tidak seperti segelintir orang muda yang mengutuk dan mencari pasukan keselamatan...tengok je di FB...orang dah meninggal dikutuk...sama macam penceroboh...polis sudah rebah..tetap dicincang...kesian dengan pemikiran segelintir anak muda kita...yang pasti mereka berani bercakap tetapi bila berlaku di situasi yang sama seperti di Sabah...merekalah yang lari lintang pukang...rasanya, pak cik tu rela mati syahid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAPI UM.. KALAU NAK PERGI BERJUANG PERLU ADA SENJATA. KALAU PERGI MACAM TU SAJA, MACAM MENYERAH BADAN PULAK.. BIARLAH MEREKA YANG BERKUASA BERHADAPAN INI SEMUA, KITA YANG TIADA KUASA NI ELOK MENDOAKAN.. :)

      Delete
  2. zaman sekarang ni...byk yg pandai cakap jer.... cuba kita hantar mereka yg suka menghina dan berlagak tu ke lahad datu.. mau terkencing2 nak balik rumah... huhuhu

    moon rasa...ada baiknya anak muda zaman sekarang nie, elok kita p hantar latihan cam askar.. biar dorang tau camne rasanya dan perasaan abg2 askar dan polis kita tu... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN PANDANGAN.

      Delete
  3. ramai yang pandai cakap melalui update status fb jer..

    *pencen polis/askar memang kita nampak penampilan mereka berbeza dari org awam...itulah disiplin yg masih melekat dalam jiwa mereka...sungguh respek!

    *terima kasih menjawab dgn berhati2 dientri sy tadi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN PANDANGAN.

      Delete
  4. kalau baca kat fb, macam2 orang komen. ada positif, negatif, cakap macam bagus. Tapi kita tak tau apa perasaan anggota keselamatan kita kat sana. mereka berjuang untuk negara. apa2 pon semoga mereka selamat di sana. may Allah protect our people in Sabah, today and beyond. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN PANDANGAN.

      Delete
  5. Semangat mereka yang beruniform ni memang lain.....
    Nak-nak orang lama...
    Sekarang, even beruniform pun ada yang tak beradap.....
    Cakap je gebang... Buatnya tak...
    Memang tak semua, tapi adalah segelintir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN PANDANGAN.

      Delete
  6. terlalu banyak cakap-cakap sekarang ni laman sesawang.. ramai yang berani hanya melalui keyboard sahaja.. tak ramai yang berani berdepan. Anggota keselamatan memang berdisplin dan teguh prinsipnya.. Bagi mereka, tugas adalah yang pertama sejak dari mereka melangkah ke alam itu.. Isteri, keluarga dan lain-lain semua dah jatuh ke tepi.. Respect dengan anggota keselamatan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN PANDANGAN.

      Delete
  7. Semangat betul pakcik tu yer. Saya pon sedih dgn keadaan kat LD tu. Semoga masalah ni dpt diselesaikan dgn cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN PANDANGAN.

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.