Monday, March 4, 2013

APA KHABAR LAHAD DATU

Apa khabar Lahad Datu?
hati di Semenanjung berombak laju,
mata tidak dapat dilena,
dengar perkhabaran ini itu,
apakah tenang di sana?
atau terus bersengketa.

Wira-wira negara tumbang,
mempertahan kedaulatan,
dari petualang,
bertandang tanpa diundang,
dengan laras senapang.

Ingatlah wahai petualang,
Ingatlah sejarah,
Kesultanan kamu sudah lama pupus,
tanah ini tanah berdaulat,
bukan hak kamu.

Pulanglah duhai petualang,
ruang kamu pulang aman,
usah seteru yang kuasa,
kelak badan rosak binasa,
hilang zuriat,
hilang pusaka.

Fairus Haji Mamat
4 Mac 2013

2 comments:

  1. sungguh bermakna puisi kamu nie geng..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. BIASA-BIASA SAJA BRO.. BUAT PUISI SUPAYA PERISTIWA NI AKU DAPAT KENANG KEMBALI PADA MASA AKAN DATANG.. BAGI AKU, PUISI JUGA MERUPAKAN CATATAN YANG MUNGKIN AKAN MENJADI BAHAN RUJUKAN BERSEJARAH.

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.