Thursday, February 7, 2013

JOM KE GALERI KETUA MENTERI MELAKA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kewujudan Galeri Ketua Menteri Melaka mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Mungkin kedudukannya agak berjauhan dengan muzium-muzium dan galeri-galeri di Bandar Hilir, Melaka, oleh itu ia kelihatan sedikit sunyi dari pelawat.

Tapi percayalah, terdapat banyak maklumat-maklumat berguna yang terdapat di galeri ini sesuai untuk rujukan pada pelajar dan pengkaji tentang sistem, sejarah, peranan dan banyak lagi berkenaan ketua-ketua Menteri Melaka bermula dari Ketua Menteri yang pertama hingga kini.

Terletak di Bukit Peringgit, Melaka memberikan pemandangan yang amat menarik serta udara yang segar dan dingin. Di lokasi ini juga bukan sahaja terdapat Galeri Ketua Menteri Melaka malahan terdapat juga galeri-galeri lain yang berdekatan seperti Galeri Melaka, Galeri Casa Cuba dan Galeri Macau. Jadinya, sekiranya hadir ke Bukit Peringgit ini, banyak juga tempat yang boleh dilawati.

Pokok menyerupai kalimah Allah ini boleh didapati di sekitar galeri ini


Untuk masuk melawat ke Galeri Ketua Menteri Melaka ini, pelawat dikenakan bayaran sebanyak RM2.00 sahaja. Manakala kepada kanak-kanak yang berusia antara 7 hingga 12 tahun, RM1.00 dikenakan.

Berikut beberapa gambar di dalam Galeri Ketua Menteri Melaka ini...

Pantun wajib negeri Melaka..

Ruang hadapan sebelum melngkah masuk ke dalam galeri

Ruang kerja Ketua Menteri

Koleksi cenderamata

Koleksi pakaian - pakaian Ketua Menteri

Bilik Ilham

Tangga yang menarik.. :)

Bilik tidur

14 comments:

  1. blm pernah lg sampai ke sini.. dan x tahu pula ada muzium ni.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. JANGAN LUPA SINGGAH KE SINI SEKIRANYA DATANG KE MELAKA..

      Delete
  2. saya berkenan melihat bilik tidurnya .. tentu nyenyak kalau dapat tidur di sini.

    ReplyDelete
  3. cantik oo tempatnya...macam mahu ke Melaka plak aku geng...minta kau jadi pemandu pelancong ku boleh ke?

    ReplyDelete
  4. Salam Fairus, betul ke selepas ni dah takda lagi jawatan Ketua Menteri Melaka,..khabarny Kesultanan Melaka akan ditabal semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WSALAM.. MANALAH PCL DENGAR NI. ORANG MELAKA PUN TAK TAU.. KAT MELAKA NI MEMANG ADA BEBERAPA ORANG YANG MENGAKU DARI KESULTANAN MELAKA.

      TAPI KALAU BETULPUN BAGAI DIKATA, TAKKANLAH TIADA KETUA MENTERI SEDANGKAN NEGERI LAIN YANG BERSULTAN PUN MEMPUNYAI MENTERI BESAR.

      Delete
  5. wah, ni kalau buat lwntn best ni,
    pengetahuan sejarah :D

    sy follow blog ini :)

    ReplyDelete
  6. hmm... ok, moon xpenah singgah sini sepanjang 4 thun duk melaka.. huhuhuhu...

    mgkin xtau tempat ni kat mana...

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.