Monday, January 7, 2013

SI BADAK BERENDAM DAN SI EPOK-EPOK SAYUR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Pada satu petang yang damai, nada dering telefon bimbit saya berbunyi. Oh, rupanya ada mesej dari Abang Ngah saya yang berbunyi :
 
"Abah dengan mak ada di rumah Abang Ngah. Sape-sape gase nak minum petang, datang le..."
 
Memang petang itu saya dan isteri tiada apa-apa aktiviti, jadinya saya pun bersama isteri dan anak-anak pergilah ke rumah abang saya.
 
Sampai di rumah abang, sudah ramai juga adik beradik beserta suami / isteri dan anak-anak mereka yang sudah sampai. Sudah macam ada kenduri pula.
 
Kami disajikan dengan dua jenis kuih ini iaitu :
 
 
Kuih Badak Berendam

Kuih Epok-Epok Sayur
 
Dua-dua kuih ini memang kegemaran saya. Lebih-lebih lagi dibuat oleh emak saya sendiri. Memang sedap.
 
Di tempat anda, adakah nama lain bagi kuih ini?

12 comments:

  1. epok2 tu macam karipap lah kan.., dan bila sy ke Alor Gajah rumah adik sy memang cari kuih badak berendam tu kat pasar2 malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YE PCL.. ADA ORANG PANGGIL KARIPAP SAYUR.. EPOK-EPOK NI DIMAKAN BERSAMA KUAHNYA.. MEMANG SEDAP.. KUIH BADAK BERENDAM JARANG BOLEH JUMPA..

      Delete
  2. Sy sorg jek yg x dpt msj dari abg ngah tue....=(

    ReplyDelete
  3. Badak berendam...sedapnya. Saya suka kuih nih. Epok2 tu macam karipap jer.

    Header baru, cute. Anak saya baru nak masuk 9 bulan.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. sedapnya epok2 sayur tu. mak sheila pun selalu buat dulu. campur su-un kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAALAIKUMUSSALAM.. TAK.. MAK SAYA BUAT TAK TARUK SU-UN..

      Delete
  5. hmmm family saya panggil badak berendam tu... puteri mandi..

    xtau plak sebab pe panggil gitu.. haha

    ermmm epok2 sayur tu...mcm karipap je yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. PUTERI MANDI KE..? ERM.. TAK PERNAH DENGAR LE PULAK..

      Delete
  6. dah lama x mkn badak berendam tu...

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.