Thursday, January 10, 2013

SEMAKIN HARI SEMAKIN MENGHAMPIRI LIANG LAHAD

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berapa umur kalian, 20-an, 30-an ataupun sudah usia warga emas? Saya baru menjangkau awal 30-an namun saya seperti merasa sudah menghampiri usia tua dan seterusnya amat rapat dengan liang lahad.

Ya.. Kalau boleh semua orang mahu hidup lama di muka bumi ini, namun apakan daya hidup mati itu benar. Apabila mengingat satu hari nanti kita tetap akan mati, terasa juga betapa amalan yang dilakukan adalah benar-benar cukup atau tidak. Diterima Allah atau tidak.





Kita tidak boleh menyangka yang kita akan hidup sehingga umur lebih 60 tahun. Tidak mustahil esok, lusa kita akan mati. Itu semua kerja Allah. Allah yang Maha Esa dan Maha mengetahui. Mungkin mati akibat kemalangan, akibat sakit, siapa tahu?

Justeru, saya berpesan kepada sahabat-sahabat dan juga pada diri sendiri agar selalu mengingati mati kerana mengingat mati itu akan menjadikan diri kita akan terus bertakwa kepada Allah. Insyaallah.

(Ps : Saya selalu membayangkan, tiba-tiba bangun tidur, di kiri dan kanan adalah tanah. Oh.. Sudah mati rupanya)

18 comments:

  1. sama2lah kita mempersiapkan diri kita menuju ke arah kita...

    ReplyDelete
  2. Mekasih atas peringatan. Sama² kita bersiap sedia...tambahkan amal ibadat.

    ReplyDelete
  3. takut nak bayangkan bila bangun dr tido, kita dlm kubur...huhu..tq abg ingatkan tentang mati..moga amalan kita diterima allah s.w.t..

    ReplyDelete
  4. Hi fairus,

    Lama xjengah blog nie!! br nak aktif blk bbloh..jgn lupa kunjung blog deela smula :D

    ReplyDelete
  5. itulah... mati tak mengenal usia... :)

    ReplyDelete
  6. sudah cukupkah amalan kita.. seram sejuk mikirkannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAHU2 KENA SEBAT DALAM KUBUR.. NAUZUBILLAH..

      Delete
  7. kerana hidup dan mati sama saja bagi ku telah ku lalui berulang kali

    ReplyDelete
  8. Saya pun dah tak tentu tidur sekarang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. NAPE BANG.. TAK TAK SEDAR-SEDAR KE.. HIHIHI..

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.