Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Baru cuba-cuba menggunakan 'smart phone' hadiah daripada isteri tercinta. Jadi, bermulalah satu peredaran baru dalam diri aku dari menggunakan telefon bimbit biasa kepada telefon bimbit generasi terkini walaupun ianya hanya yang biasa-biasa sahaja.
Oleh hal yang demikian (perghh... ayat karangan sekolah ni), aku akan wujudkan satu lagi corak entri di dalam blog aku ni iaitu INSTAGRAM ON BLOG.
Jom layan saja gambar Instagram aku ni. Gambar ni sebenarnya diambil di rumah mak, semasa kitorang membuat persiapan menyediakan minuman air buah kelapa muda.
|
Mula-mula jolok buah kelapa |
|
Kemudian, kasi tetak untuk mendapatkan air kelapa |
|
Air kelapa ditaruk di dalam jug |
|
Ini pula sesi mengorek isi buah kelapa menggunakan sudu |
|
Anak buah yang sedang gigih mengorek isi buah kelapa |
|
Habis isi buah kelapa dikoreknya... |
|
Jadilah air kelapa yang telah dibancuhkan dengan Gula Melaka |
sedapnya air kelapa.. bg ibu2 hamil yg dh semakin dekat nak melahirkan sgt bagus minum air kelapa ni.. org kata boleh mudahkan proses masa bersalin.. itupun dengan izin Allah SWT...
ReplyDeleteAAH.. BETUL TU... DENGAN IZIN ALLAH JUGA.. :)
DeleteSedapnya air kelapa. Tapi saya masih pantang minum air kelapa?
ReplyDeleteMenjawab pertanyaan kamu:
UEM NI SYARIKAT YANG BUAT LEBUH RAYA TU KAN..?
UEM Group ada byk anak syarikat. Yg buat lebuhraya tu PLUS. Saya UEM Land...property development.
SISTEM TU BERFUNGSI UNTUK APE?
PMS tu sistem penilaian untuk staff. Pencapaian dan kerja² yg dah dibuat untuk sepanjang tahun.
OOO... TERIMA KASIH DI ATAS INFO.. :)
Deletennt buat entry coconut shake..menu wajib dyh n the geng kalo outstesen sana..:)
ReplyDeleteMANA PUNYA. KLEBANG KE?
Delete