Friday, November 16, 2012

TAHUN BARU GAZA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Gaza diserang lagi!!! Begitulah "headline" pada awal Muharam 1434 yang diterima pada saudara kita di Palestin. Di kala umat Islam seluruh dunia menyambut kedatangan tahun baru dengan gembira, bercuti bersama keluarga atau berehat saja di rumah, tetapi bukan di Gaza. Mereka dalam ketakutan akibat menerima serangan dari Israel.
 
Ya, memang bukan sekali Gaza diserang, sudah banyak kali, namun serangan ini merupakan serangan yang terancang dan maha hebat dengan menggugurkan banyak nyawa sama ada pemimpin mahupun rakyat jelata.
 
Dari jauh, hanya doa dapat kuiringkan kepada semua saudara-saudara di Gaza, semoga mala petaka yang menimpa mereka sekarang ditukarkan kepada sesuatu yang lebih baik bagi mereka. Amin.
 
Teringat kembali puisi yang saya tulis pada tahun 2009 berkenaan Gaza. Masa itu, Gaza juga diserang.
 
IMPIAN GAZA ... PALESTIN
 
Terpekik Terlolong Pinta Perhatian
Tiada Siapa Jiran Peduli
Jiranku Hanya Memejam Mata Memekak Telinga

Anak Bangsa Seagamaku Berlumuran Darah
Darah Mengalir Membasahi Bumi
Jiranku Hanya Memejam Mata Memekak Telinga

Peluru Menghujani Tubuh Yang Tak Berdosa
Bom Bom Meledak Bangunan
Sekolah, Masjid, Hospital Menjadi Lapang Sasar
Jiranku Hanya Memejam Mata Memekak Telinga

Apa Yang Ku Ada
Tiada Senjata, Tiada Perisai
Hanya Ketulan Batuan Menjadi Senjata
Hanya Sekujur Tubuh Menjadi Perisai
Dengan Kalimah Allahuakbar Kulempar Batuan Menjadi Peluru
Dengan kalimah Allahuakbar Kutahan Tubuh Menjadi Perisai Syahid

Impianku Allah Menghulur Bantuan
Seperti Ababil Menghapus Latnatullah

F.B. Mamat
9 Februari 2009 (2.55 Petang)
Bandar Hilir, Melaka


LIHAT JUGA >>> Impian Gaza ... Palestin

10 comments:

  1. memang sengaja dan terancang, namun balasan tetapa ada....

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAJA HENDAK MENYEMARAKKAN API KEMARAHAN UMAT ISLAM..

      Delete
  2. al-fatihah kepada mangsa. orang yang tak bersalah jadi mangsa kekejaman manusia yg tak berhati perut

    ReplyDelete
  3. bro.. minta izin utk copy puisi di facebook ye...

    ReplyDelete
  4. sedih dgn apa yg berlaku sekarang... saya bagaikan tidak sanggup melihat dan membaca keratan akhbar yg menyiarkan gambar2 insan yg tak berdosa menjadi korban kezaliman israel..

    hanya doa yg mampu kita kirimkan supaya Allah melindungi saudara islam kita di sana...

    ReplyDelete
  5. CMA : SEMOGA ALLAH MEMBANTU MENUKARKAN KESENGSARAAN MEREKA KEPADA SESUATU YANG LEBIH BAIK.. AMIN, AMIN YA ALLAH..

    ReplyDelete
  6. dada aku nk pecah bila pk kan saudara kita kat sana...
    hanya doa yg mampu aku hulurkan...

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.