Tuesday, October 2, 2012

TEMAN ABADI

Hati Tersemat Gundah,
Tatkala Teman,
Di Khianati Bak Lawan,
Terfikir Dalam Jemala,
Apatah Salah,
Apatah Dosa,
Ditikam Bertubi,
Arah Belakang,
Tanpa Sempat Menoleh,
Dalam Senyap Sunyi.

Teman,
Semanis Madu Dihulur,
Pahit Hempedu Dipulang,
Akan Hatiku Teman,
Tanpa Sangsi,
Ku Abdi Diri,
Biar Kilat Berdentum,
Biar Langit Runtuh,
Ku Bina Ukhwah,
Ikat Silaturrahim.

F. B. Mamat
1 Oktober 2012
Bandar Hilir, Melaka

12 comments:

  1. pedih rasa hati kalau di tikam dari belakang... lebih pedih andai teman sendiri yg mengkhianati kita...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. TAKPE.. DIA MINTA JAUH, KITA DEKATKAN.. TENGOK DIA AMACAM KALU..

      Delete
  3. Malang klo dapat kawan macam nih kan.

    ReplyDelete
  4. sabar geng...kena kuatkan hati..yang sudah biarkan berlalu...yang penting ia tidak menyusahkan dalam banyak hal lagi

    ReplyDelete
  5. FIZA : TAK MENGAPA, PERKARA KECIK JE..

    ReplyDelete
  6. UMRAH : APA ADA HAL.. BIASA JE LE..

    ReplyDelete
  7. apa yang penting , kena banyak bersabar jika ditikam daripada belakang ni..

    ReplyDelete
  8. Sajak ini memang bermakna bagi org yang pernah rasa dikhianati oleh sahabat sendiri.

    ReplyDelete
  9. HAI CIKGU TIE.. LAMA BENAR TAK JENGUK SINI.. :) SELAMAT KEMBALI..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.