Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Nak dijadikan cerita, saya mempunyai seorang anak saudara (anak buah) yang sangat aktif dalam bidang sukan terutama sukan bola sepak. Umurnya tahun ini ialah 12 tahun. Banyak pertandingan bola sepak yang telah dia masuki sama melalui sekolah, kelab mahupun mewakili negeri.
Apabila banyak pertandingan yang dia masuk, maka banyak jugalah hadiah-hadiah yang dia perolehi. Satu daripadanya ialah Juara Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah anjuran Milo Play More Learn More yang telah diadakan pada 7 Oktober yang lepas.
Champ Milo Play More Learn More |
Johan Bola Sepak 7 Sebelah |
Saya yang sememangnya amat teruja dengan barangan Milo terasa ingin memilikinya. Dia pun tidak kisah kerana di dalam rumah dia penuh dengan pingat-pingat sedemikian rupa. Pingat dari Milo saja ada lebih kurang 8 - 10 buah.
Saya sedang mengeceknya untuk mendapat semua pingat-pingat Milo yang dia miliki. Saya beritahu bahawa saya akan menyimpannya, jika dia mahu tengok kembali pingat-pingat Milo yang dia perolehi, boleh datang ke rumah saya. :) Lagipun, budak-budak kadangkala tidak menghargai hadiah, habis bersepah-sepah ditaruknya. Daripada terus bersepah dan mungkin akan hilang, maka elok saja saya yang menyimpannya.
Erm.. Mungkin juga saya akan memberikan sedikit token buat anak buah saya nanti jika dia sanggup menyerahkan segala pingat-pingat Milo yang dia perolehi.
Akhir kata, Hidup Milo... :: Play More Learn More ::
hahahha.. gunakan kepakaran dalam menggoda bro..hehehe
ReplyDeleteHEHE.. MANA TAU NI..?
Deleteoleh itu persatuan budak2 milo mengumumkan bahawa pihak persatuan bersedia memberi saguhati kepada mereka yang sudi membuat tukaran bagi pingat pingat yang mereka menangi demi disimpan oleh ahli-ahlinya.
ReplyDeleteSila berhubung dengan kami pada bila-bila masa.
Senyum Selalu :)
( o.k tak ayat nie? )
HAHA.. MEMANG TERBAIK AYAT CAMTU.. :D
Delete