Monday, October 29, 2012

PINGAT MILO HIDUP BOLA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kalau ada yang perasan, baru-baru ini saya ada menerbitkan sebuah entri bertajuk Pingat Milo Play More Learn More, dan pada hari ini saya mahu berkongsi lagi 5 buah pingat Milo iaitu pingat Hidup Bola yang saya minta dari anak buah saya yang sememangnya aktif dalam sukan bola sepak.

Memang banyak piala di rumahnya, jadi saya pun mintalah jika dia tidak keberatan. Jadinya, dia memberikan  5 buah pingat Hidup Bola kepada saya sebagai koleksi Milo. Ada beberapa lagi masih tersimpan dalam simpanan dia. 

Bukan setakat pingat saja, akak saya turut hendak memberikan sijil-sijil Milo kepunyaan anaknya. Tetapi saya tidak mengambilnya, saya menyarankan agar disimpan saja untuk kegunaan masa hadapan. Sijil-sijil adalah sesuatu yang berharga.


Pingat-pingat Milo Hidup Bola


Pingat-pingat ini diperoleh pada tahun-tahun 2009 hingga 2011. Ada yang juara, tempat keenam dan ketujuh dan ada juga yang ke Grand Final. Hebat budak-budak sekarang bermain bola, saya dulu setakat main peringkat sekolah dan kampung saja. 

Umur dah mencecah 30-an sekarang saya masih juga bermain bola. Main biasa-biasa saja mewakili jabatan dalam perlawanan-perlawanan persahabatan. Minggu lepas baru saja ada satu perlawanan persabatan, kalah  4 - 2. Tapi yang pentingnya saya ada menjaringkan gol sebiji. Namun apakan daya, gol yang sebiji tu saya golkan di gawang sendiri. Hahaha.. Tanpa disengajakan. Masih ingat lagi, masa saya menjaringkan gol sendiri tu, saya pandang penjaga gol, penjaga gol pun pandang saya. Dua-dua kelu tanpa kata. :)

16 comments:

  1. hahaha nasib baik penjaga gol tu tak lesinggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEBELUM DIA LESING SAYA, SAYA LESING DIA DULU.. :D

      Delete
  2. Peh....rasanya mcm dah byk koleksi milo nie...

    ReplyDelete
  3. wah..memang epik pingat2 tu..hehehe

    p/s : dalam video tu, saya lah watak yang terakhir tu.hahaha

    ReplyDelete
  4. BONI : PATUTLAH MACAM KENAL JE WATAK TU.. HAHAA.. TERBAIK..

    ReplyDelete
  5. terbaiklah geng...siap ada pingat lagi tu...nasib je kita nie jauh...kalau ndak...sudah ku bergambar dengan kau geng...hehehe

    ReplyDelete
  6. haha..Fairus, yg jaringkan gol sendiri tu kena bagi pingat jgk tu...

    ReplyDelete
  7. dua2 kelu tanpa kata..

    tapi dalam hati penjaga gol..marah kut.. hahaha..

    bagusnya bebudak ni bagi pingat tu.. dia orang tak nak simpan ke?

    ReplyDelete
  8. FTR : SEPATUTNYA SAYA YANG MARAH KEEPER TU.. BOLA SAYA NAK CLEAR, DIA DATANG SAVE PASTU TERKENA KAKI SAYA YANG SEDANG SLIDING.. TERUS MASUK GOL.. GGOOOOLLL...

    ReplyDelete
  9. bersukan mmg bagus utk kesihatan kan.. selagi ada daya teruskan bersukan.. hehehe okla tu dpt golkan sebiji walau pun di gawang sendiri.. hehehe

    ReplyDelete
  10. Wah...kumpul pingat plak ker? ☺☺

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.