Wednesday, September 12, 2012

PROMOSI ALA GANGNAM STYLE


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Saya bukanlah seorang peminat K-Pop. Bukan juga peminat tegar muzik. Juga bukanlah pengemar hiburan. Saya cuma menjadi pemerhati dan membuat penilaian sendiri tentang kewujudan fenomena Gangnam Style yang menghantui dunia hiburan masa kini.
 
Ada pihak yang menganggap kewujudan Gangnam Style ini adalah suatu yang negatif. Dengan tariannya yang ntah apa-apa, wanita menari-nari dan berpakaian seksi dan pelbagai andaian negatif lagi.
 
Namun, cuba kita fikirkan di dalam aspek positif. Ada ke positifnya?
 
Pada pendapat saya ia boleh menjadi sebagai media PROMOSI bagi sesuatu tempat seperti negeri atau negara. Kita dapat lihat daripada fenomena Gangnam Style ini, ramai juga yang telah menghasilkan video "parody" yang masing-masing turut menari seperti video Gangnam Style dan seperti MEMPROMOSIKAN negeri atau negara masing-masing.
 
Kalau Gangnam itu bermaksud suatu tempat yang terdapat di Korea, video-video parody Gangnam Style pula masing-masing mempromosikan negeri dan negara seperti Singapore Style, Sabah Style, KL Style, Malaysia Style, malahan terdapat juga negara-negara Barat.
 
Sekiranya video asal Gangnam Style mampu mencapai hit sehingga 11 juta penonton di You Tube, video-video parody yang lain berkaitan Gangnam Style juga mendapat hit yang tinggi. Justeru, saya memikirkan ianya boleh dijadikan sebagai PROMOSI bagi satu-satu negeri atau negara, yang mungkin sebelum ini kurang dikenali masyarakat dunia. Dengan adanya video-video parody ini secara tidak langsung ia MEMPROMOSIKAN sesuatu tempat dan mungkin menjadi tarikan dalam industri pelancongan.
 
Kebiasaanya, dalam bidang pelancongan, usaha untuk MEMPROMOSIKAN sesuatu negeri bukanlah mudah. Kos untuk mengiklan juga adalah tinggi dan mungkin mencecah jutaan Ringgit. Bagi mereka yang kreatif, mungkin dengan cara membuat video parody Gangnam Style dengan cara tersendiri pastinya akan mendapat tempias populariti.
 
Kalau Melaka, saya cadangkan buat video parody OH MELAKA STYLE dengan penari-penari menari dengan berlatarbelakangkan bangunan-bangunan bersejarah dan lokasi tarikan utama. Penari pula berpakaian tradisional Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Chitti dan Potugis. Lagu Gangnam Style tetapi tariannya tarian tradisional.

 
 
Mungkin ada yang tidak bersependapat dengan saya, namun apa yang saya lihat, kita harus mengambil kesempatan di atas kepopularitian Gangnam Style untuk mempromosikan negeri atau negara secara percuma melalui You Tube.

8 comments:

  1. Hehehehe....Korea tu maybe sbb diorang mmg dah pemes dgn muzik dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MEMANG PUN.. ORANG MALAYSIA PUN SUKA MUZIK DIORANG.

      Delete
  2. ermm.. nak promosikan saya rasa tak perlulah kut nak menari macam tu.. agak tak sesuai.. kenapa mesti nak ikut budaya orang.. kita kan ada cara kita sendiri.. yang lebih sopan.. huhu..

    ReplyDelete
  3. FTR : SEKADAR CADANGAN SAJA.. :)

    ReplyDelete
  4. blog style, eh eh wah! blog style! eh eh wah!

    ReplyDelete
  5. Salam Kenal, dari segi positifnya, bagaimana cara dia dapat membuatkan diri dia terkenal dan juga lagu serta liriknya.

    Best jugak blog ni, Mummy nak followlah nanti singgah le blog Mummy dan follow back yea!

    ReplyDelete
  6. MUMMY AKMAR : SALAM KENAL JUGAK.. TERIMA KASIH KERNA SUDI FOLLOW..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.