Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin menyatakan bahawa, entri ini ditulis sebagai sedikit rujukan dan panduan kepada para pengkaji dan pelajar-pelajar yang memerlukan maklumat berkaitan Stadthuys. Saya juga mendapat maklumat ini melalui rujukan dan pembacaan. Jadinya, sama-samalah kita saling berkongsi ilmu.
------------------------------------------
Apabila ke negeri Melaka, pastinya ada teringatkan Bangunan Merah di Bandar Hilir, Melaka. Bangunan Merah ini sebenarnya ialah sebuah bangunan muzium di mana ia dikenali sebagai Muzium Sejarah dan Ethnografi.
Pada awalnya, ia merupakan sebuah Dewan Bandaran semasa pemerintahan Belanda di Melaka. Nama asal bangunan ini ialah Stadthuys. Bangunan ini telah dibina sekitar tahun 1650-an setelah Belanda mengambil alih Melaka daripada tangan Portugis pada tahun 1641.
Dengan mengikut teres Bukit St. Paul, bangunan Stadthuys ini mempunyai 4 tingkat. Keluasan bangunan ini pula adalah 49,200 kaki persegi.
Bangunan Stadthuys ini pernah menjadi tempat kediaman Gabenor Belanda sehingga awal kurun ke-18. Selain itu, ia juga merupakan pusat pentadbiran Belanda sehingga tahun 1824.
Pada zaman pemerintahan Inggeris, bangunan Stadthuys ini terus digunakan oleh pihak British sebagai pusat pentadbirannya. Terdapat juga penambahan struktur bangunan yang dilakukan oleh pentadbiran British, namun ia tetap mengekalkan seni bina Belanda seperti dinding batu yang tebal serta pintu-pintu dan tingkap-tingkap yang besar. Fungsi pintu-pintu dan tingkap-tingkap yang besar ini adalah untuk memberikan pengudaraan yang lebih kepada bangunan yang besar ini.
Selepas zaman kolonial, bangunan Stadthuys terus dijadikan pusat pentadbiran oleh kerajaan negeri Melaka sehinggalah ke tahun 1979. Warna asal bangunan ini ialah warna putih namun ia telah dicat warna merah sehinggalah kini bangunan ini dikenali sebagai Bangunan Merah. Adalah dipercayai bahawa bangunan ini mula dicat dengan warna merah pada tahun 1920-an.
Semasa kerja-kerja konservasi dijalankan di bangunan Stadthuys pada tahun 1985 yang mengambil masa 4 tahun, terdapat beberapa komponen dan jumpaan baru telah ditemui. Antaranya ialah sistem perparitan zaman Belanda di mana ia terletak di dalam bawah bangunan ini. Sekiranya dahulu, hanya dapat dilihat sistem perparitan zaman British di luar bangunan ini, setelah kerja-kerja konservasi dijalankan, barulah dijumpai sistem perparitan Belanda. Ia dipercayai berlingkaran di bawah bangunan ini hingga ke penghujung bangunan dan air terus disalurkan ke Sungai Melaka.
Terdapat juga jumpaan 2 buah perigi Portugis dan Perigi Belanda yang terletak di bahagian halaman bahagian dalam. Ia mungkin telah dikambus oleh pihak Belanda/British semasa kerja-kerja membina bangunan Stadthuys dan proses pengubahsuaian bangunan.Perigi ini dibina dengan menggunakan batu laterit yang sememangnya sinonim dengan binaan Portugis sepertimana mereka mendirikan Fortaleza De Malaca (Kota Melaka). Kini perigi ini dapat dilihat setelah kerja-kerja konservasi tersebut dijalankan. Namun, perigi ini telah kering dan tidak digunakan lagi.
Untuk memasuki kompleks Stadthuys ini para pelawat dikenakan bayaran sebanyak RM20.00 untuk dewasa manakala RM10.00 untuk kanak-kanak. Pelawat yang mempunyai Mykad (pelawat Malaysia) diberikan diskaun 50% menjadikan bayaran tiket hanya RM10.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak. Bayaran tiket ke kompleks ini bersekali dengan kemasukan ke Muzium Sastera, Muzium Pendidikan, Muzium Pemerintahan Demokrasi, Muzium Tuan Yang Terutama dan juga Galeri Laksamana Cheng Ho.
Like Facebook ini untuk maklumat lanjut >> KLIK <<
pun saya tak masuk lagi :)
ReplyDeleteSAYANGNYA TAK MASUK.. INI ANTARA MUZIUM YANG WAJIB DIKUNJUNGI KALAU DATANG MELAKA..
DeletePernah belajar di Melaka 2 tahun tetapi tak pernah pulak masuk ke bangunan tu. Haha
ReplyDeleteNANTI DATANG LAGI.. SAYA BOLEH JADI INHOUSE GUIDE..
Deletedh byk kali masuk..haha..kalo xpnh msuk mmg saje la..hihihi..
ReplyDeleteWARISAN KEBANGSAAN NI.. KALAU ORANG WARISAN TAK MASUK, TAK TAU NAK CAKAP APE.. AWAL TAHUN DEPAN IA AKAN DITUTUP UNTUK KERJA-KERJA KONSERVASI SEKALI LAGI.. MUNGKIN TUTUP SETAHUNN.
Deletedah lama tak pergi bangunan merah itu..
ReplyDeletekali terakhir jejak masa lawatan sekolah rendah je.. bila dah besar, tengok dari luar aje.. =)
FTR : JEMPUTLAH DATANG LAGI... :)
ReplyDeletenvr been thr though
ReplyDeletesape yg buat kerja2 konservasi tu bos?
ReplyDeleteNUR LAVENDER : DULU JKR YANG BUAT..
ReplyDeleteselalunya...kitorang berdiri kat luar dan bergmbar je... xpenah masuk...ngeeee~
ReplyDeleteLAIN KALI MASUK YE.. :)
Deletendak pernah masuk dan ndak tahu bila dapat masuk...hehehe
ReplyDeleteboleh bertanya ?
ReplyDeletepihak yang menguruskan stadthuys sekarang ni?pihak apa ya?
-terima kasih-
Yang menguruskan Stadthuys ialah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).
DeleteSiapakah yang menguruskan tempat tersebut?
ReplyDeletePerbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
Deletepemilik bangunan merah
ReplyDeletePerbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
DeleteTujuan dan kepentingan bangunan stadthuys ini ?
ReplyDeleteTujuan pembinaan bangunan Stadthuys adalah sebagai pejabat Pentadbiran pemerintah Belanda di Melaka yang menempatkan pejabat gabenor Belanda dan tempat penginapannya.
DeleteOuh..begitu terima kasih .. Bagaimanapula dengan bahan binaan membina bangunan merah dgn bentuk bangunan stadthuys ?
ReplyDeleteBahaan binaannya terdiri daripada batu dan kayu. lantai di aras bawah menggunakan batu granit dan teracotta manakala lantai di tingkat atas ada yang menggunakan simen dan ada sebahagiannya daripada kayu. Pintu dan tingkap dibuat daripada kayu. Dinding-dinding, tempok dibina dengan menggunakan batu bata belanda dan dikemaskan dengan simen diluarnya.
DeleteJenis bangunan ape ye?
ReplyDeleteBangunan pentadbiran Belanda di Melaka pada zaman pemerintahan Belanda di Melaka.
DeleteJenis bangunan?
ReplyDeleteBangunan belanda
DeleteFungsi dan keaadan bangunan stadthuys zaman dulu dan sekarang pula ?
DeleteDahulu : Fungsinya sebagai pejabat pentadbiran Belanda di Melaka. Menempatkan pejabat Gabenor Belanda dan kakitangan kerajaan Belanda.
DeleteSekarang : Ia dijadikan muzium iaitu Muzium Sejarah dan Ethnografi yang juga terdapat Galeri Laksamana Cheng Ho di dalam bangunan ini.
Jenis bangunan
ReplyDeleteBangunan bersejarah ..saya rasa
DeleteBangunan Pentadbiran kerajaan Belanda di Melaka. Sekarang merupakan Muzium Sejarah dan Etnografi.
DeleteApakah struktur bangunan stadthuys??
ReplyDeleteStruktur bangunan daripada batu-batan seperti di bahagian lantainya menggunakan batu granit, terracotta dan batu bata Belanda. Dinding-dinding dibina dengan batu bata Belanda dan disimen bahagian luarnya. Kayu-kayan yang keras juga digunakan di banyak bahagian seperti lantai, pintu, tingkap dan sebagainya. Bangunan Stadthuys merupakan bangunan hasil kepakaran dan pertukangan Belanda yang tertua di Timur.
Deletekos pembinaan bangunan merah
ReplyDeleteTidak catatan yang terperinci bagi kos pembinaan Stadthuys, cuma apa yang terdapat di dalam data, pada tahun 2013 telah dilakukan kerja-kerja membaik pulih bangunan ini dengan kos RM 4.5 juta.
Deleteberapa kos pembinaan?
ReplyDeleteTidak catatan yang terperinci bagi kos pembinaan Stadthuys, cuma apa yang terdapat di dalam data, pada tahun 2013 telah dilakukan kerja-kerja membaik pulih bangunan ini dengan kos RM 4.5 juta.
DeleteSebab bngunan stadhuys dibina?
ReplyDeleteDibina untuk dijadikan pejabat pentadbiran kerajaan Belanda di Melaka.
DeleteMengapa bangunan dicat berwarna merah?
ReplyDeleteWarna cat sebenar bangunan ini ialah putih. Tidak dapat dipastikan hal sebenar mengapa ia ditukarkan kepada merah (Melaka Red).
DeleteTujuan bgnn dibina dgn lebih teliti please
ReplyDeleteIa dibina untuk dijadikan pejabat pentadbiran kerajaan Belanda di Melaka.
Deletesiapakah yang membina bangunan dan mengurus pembinaan.
ReplyDeleteYang membinanya ialah Belanda sekitar tahun 1650-an. Sekarang yang menguruskan bangunan ini ialah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
DeleteMacam mana tulis rumusan bagi bangunan stadthuys. Harap dapat reply dengan secepat mungkin.
ReplyDeleteRumusan tu awak buatlah berdasarkan apa yang awak buat dalam folio tu.. Kalau awak beri saya copy folio awak, saya boleh beri rumusan.. Macam mana saya nak rumuskan sedangkan saya tak tahu apa intipati yang awak buat dalam folio tu?
DeleteCiri bangunan?
Delete6.0 RUMUSAN
ReplyDeleteKesimpulannya, bangunan Stadthuys ini perlu dikekalkan selama-lamanya untuk menjadikan sebagai sumber utama tentang penjajahan Belanda di Melaka. Walaupun negara kita mencapai kemerdekaan tetapi bangunan yang dibina oleh penjajah tetap membantu negara kita dari segi ekonomi dan juga pendidikan. Pihak kerajaan seharusnya memelihara dan memulihara bangunan-bangunan sejarah seperti ini dan tidak dipersia-siakan begitu sahaja. Bangunan Stadthuys masih digunakan sebagai Muzium Sejarah dan Ethnografi yang mengalakan bilangan pelancong untuk berkunjung ke negeri Melaka.
Bersyukur ke hadrat tuhan kerana dengan limpah kurniaNYA dapat saya sempurnakan kerja kursus ini bagi mata pelajaran SJH 3103 PENULISAN SEJARAH. Saya ialah Gokiladevi A/P Chandrakumar dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP Semester 5 2015 ). Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu EN. MOHD NOOR BIN CHIN diatas tunjuk ajarnya. Beliau telah banyak mendorong dan memberi pendedahan yang jelas tentang tugasan ini. Selain itu, rakan-rakan juga telah memberi banyak galakan untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Saya telah menghadapi beberapa kesulitan dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Pada mulanya , saya berasa agak kabur mengenai tugasan ini kerana taklimat yang diberikan pada peringkat awal tidak berapa jelas dan sukar bagi saya untuk memahaminya. Tambahan pula, saya merasakan tugasan kali ini agak berat dan rumit kerana memerlukan persediaan dan pengetahuan yang mendalam dalam penulisan sejarah. Selain itu , kesulitan untuk mencari maklumat yang tepat berdasarkan fakta melalui sumber – sumber yang boleh dipercayai. Namun demikian , saya amat berterima kasih kepada rakan saya yang sudi membantu saya. Bimbingan pensyarah dan perbincangan yang dijalankan bersama rakan – rakan yang lain membantu memudahkan saya melaksanakan tugasan ini. Walaupun buku yang terdapat di perpustakaan amat terhad saya mencari jalan penyelesaian dengan melawat tempat bersejarah di Melaka untuk mendapatkan maklumat melalui sumber pertama..
Banyak pengajaran yang saya perolehi dari tugasan ini. Antaranya , menjadi lebih sabar dan berdisiplin di mana kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk mencari maklumat dan menyiapkannya pada tempoh yang diberikan. Saya juga berjaya menjadi seorang yang menepati masa di mana saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masa yang ditetapkan juga lebih komited terhadap kerja yang diberi dan berjaya menjadi orang yang fleksibel untuk berada dalam apa jua keadaan.
Namun begitu, saya amat menyedari bahawa semua ini merupakan latihan awapi dikenali sebagai Muzium Sejarah dan Ethnografi kerjasama yang diberikan kepada saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali,saya berasa sangat bertuah kerana dengan adanya tugasan ini ianya dapat membantu saya sedikit sebanyak menambah pengetahuan saya. Apabila ditempatkan di sekolah nanti, saya akan mencuba untuk mengaplikasikan ilmu ini di sekolah nanti agar generasi pelajar mendapat manfaat.
Macam ni boleh tak
Seeloknya awak buat rumusan sendiri.. Ini rumusan dari pelajar universiti..
DeleteInggeris ada guna bangunan stadthuys sebagai pusat pentadbiran tak
ReplyDeleteYa.. Inggeris terus menjadikan bangunan ini sebagai pusat pentadbiran mereka di Melaka.
DeleteJenis bangunan pls esok nk hntr
ReplyDeleteBangunan ini merupakan senibina Belanda yang dibina untuk dijadikan pusat pentadbiran Belanda di Melaka. Bangunan ini menempatkan pejabat-pejabat kerajaan dan pejabat gabenor Belanda.
DeleteApakah latar belakang stadthuys ?
ReplyDeleteApakah latar belakang stadthuys ?
ReplyDeleteLatar belakang macam mana tu?
DeleteBoleh saya tahu selain dari sistem parit dan perigi..ada tak kesan peninggalan penggunaan telegraph dalam bangunan merah tu?
ReplyDeleteSaya kurang pasti. Macam tiada..
DeleteMemang ada sistem perparitan dalam bangunan ini.
DeleteSalam, betul ke kerja2 baikpulih untuk bangunan stadthuys ini dilakukan pada 2004 & 2013? sebab saya cari maklumat untuk recently work tak jumpa. tq
ReplyDeleteApakah bangunan ini memelihara memulihara
ReplyDeleteApakah bangunan ini memelihara memulihara
ReplyDeleteBangunan ini merupakan Warisan Kebangsaan. Memang dipulihara oleh kerajaan dengan kaedah-kaedah konservasi bangunan yang telah ditetapkan. Bangunan ini tidak boleh sewenangnya diubah dasarnya.
DeleteSiapakah yang membina bangunan ini
ReplyDeleteBelanda yang membina bangunan Stadthuys ini sekitar tahun 1650-an
Deletekak suka melihat tinggalan sejarah
ReplyDelete