Duhai Anak,
Terpancar Mesra Riak Mukaku,
Tanganku Hulur Selembut Sutera,
Ku Sambutmu Azan Di Kanan,
Ku Sambutmu Iqamah Di Kiri,
Ku Sambutmu Hati Girang Tak Terkira,
Lama... Lama, Duhai Anak,
Ku Tanggung Dua Keguguran,
Sebelum Kau Lahir Ke Bumi,
Amat Pedih Menanggung Rindu Padamu Duhai Anak,
Kini Kau Membesar Walafiat,
Seserasi Namamu Ainnur Afiah,
Selamat Datang Ke Dunia Duhai Anak,
Ingat!
Dunia Penuh Pancaroba,
Dunia Hanya Sementara,
Akhirat Kelak Baqa' Kekal,
Jaga Kesucianmu Seorang Wanita,
Jaga Solatmu, Jaga Islammu,
Itulah Pesanku Seorang Ayah.
F. B. Mamat
29 September 2012
Bukit Katil, Melaka
Lihat juga ---> Duhai Anak (Dedikasi Buat Anakku Muhammad Fahim)
Saturday, September 29, 2012
Thursday, September 27, 2012
TERIMA KASIH TENAGA NASIONAL BERHAD
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kadangkala, sesuatu yang dibuat dengan baik itu seharusnya diberikan pujian. Janganlah kita menafikan sesuatu kebaikan yang telah dilakukan. Ucaplah terima kasih, ia tidak sesukar mana pun.
Sebenarnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota Tenaga Nasional Berhad negeri Melaka kerana dengan pantas mengambil tindakan untuk membaiki bekalan elektrik yang telah terputus di beberapa kawasan terutamanya di taman perumahan tempat saya tinggal.
Nak dijadikan cerita, pada pukul 1 lebih pagi semalam saya tersedar dari tidur kerana terasa bahang akibat kipas tidak dapat berfungsi. Isteri dan anak-anak saya turut bangun kerana masalah yang sama. Akibat tidak mahu menanggung kepanasan dan sukar untuk tidur, saya telah mengambil telefon bimbit dan membuat aduan kepada Tenaga nasional Berhad (TNB) dengan hanya menaip mesej tentang masalah bekalan elektrik di taman perumahan saya dan terus menghantarnya pada nombor 15454.
Lebih kurang 15 minit selepas saya menghantar mesej tersebut, telefon bimbit saya berdering dan yang menghubungi saya ialah operator TNB yang mahu membuat pengesahan apakah masalah yang berlaku. Saya telah menjelaskan semuanya pada beliau dan beliau mengatakan bahawa pasukan mereka akan tiba dalam masa terdekat untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah tersebut.
Saya terus menanti dengan sabar, saja mahu mengetahui sama ada pihak TNB mengambil tindakan atau tidak akan aduan saya itu. Dalam jangkamasa 20 ke 30 minit setelah pihak TNB menghubungi saya, didapati bekalan elektrik di taman perumahan tempat saya tinggal kembali sempurna. Alhamdulillah, selepas itu kami sekeluarga dapat melelapkan mata dengan lenanya hingga ke pagi.
Apa yang saya cuba sampaikan ini ialah tentang kekaguman saya terhadap perkhidmatan TNB yang kian baik dan terus cemerlang. Dulu pernah sekali lampu jalan di hadapan rumah saya tidak menyala, dengan kadar segera saya lihat lori TNB datang dan membaikinya. Begitu pantas, saya amat gembira dengan perkhidmatan yang diberikan.
Kini pula, mereka membuktikan keprofesionalan dan kecemerlangan mereka dengan melayan aduan dengan pantas. Sebenarnya saya tidak berapa pasti sama ada saya merupakan pengadu tunggal pada hari tersebut namun kepantasan mereka bertindak atas aduan adalah teramat baik sekali. Mereka terus bertindak membaiki kerosakan walaupun ketika itu cuaca masih hujan dan kilat saling sabung menyabung. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan.
Terbaiklah TNB...
Saturday, September 22, 2012
INIKAH NAMANYA KEBEBASAN BERSUARA???
Kebebasan bersuara salah satu elemen dalam Sistem Pemerintahan Demokrasi. Perkataan Demokrasi berasal dari pekataan Yunani yang bermaksud "Rakyat" dan "Memerintah" ataupun dalam erti kata sebenar ialah "Rakyat yang Memerintah".
Kebanyakkan negara-negara Barat mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi dan tidak lupa juga negara kita yang tercinta inipun mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi. Kalau dahulunya Tanah Melayu ini diperintah oleh Sultan-Sultan Melayu, namun setelah kedatangan British, mereka menukar sistem pemerintahan kita dengan Sistem Pemerintahan Demokrasi, di mana sistem beraja tetap dikekalkan namun dikenali sebagai sistem Raja Berpelembagaan.
Apa yang saya nak sentuhkan di sini ialah tentang Kebebasan Bersuara. Kebebasan Bersuara seperti yang saya sebutkan di awal tadi ialah salah satu dari elemen di dalam Sistem Pemerintahan Demokrasi. Di Malaysia ini, dilihat Kebebasan Bersuara tetap diberikan namun ianya tetap dikawal oleh pihak kerajaan. Bagi saya Kebebasan Bersuara ini sememangnya perlu dikawal agar ia tidak menyentuh hal-hal yang sensitif seperti agama, kaum dan lain-lain perkara yang menyentuh sesitiviti.
Inilah berlaku di Amerika Syarikat apabila cerita Innocence of Muslim telah berjaya diterbitkan. Ini merupakan kejayaan besar dalam sistem Kebebasan Bersuara yang telah dicanangkan oleh Barat. Inilah yang mereka mahukan, mereka bebas untuk menerbitkan apa-apa filem yang menghina agama Islam demi kepentingan tertentu di atas tiket Kebebasan Bersuara.
Tak habis begitu sahaja, Kebebasan Bersuara ini terus berkumandang di negara Peranchis. Mereka bukan tampil untuk memprotes filem tersebut. namun mereka membarakkan lagi kebencian dengan menyiarkan pula karikatur yang dinamakan sebagai Nabi Muhammad. Inilah dikatakan kebebasan bagi mereka, Kebebasan Bersuara termasuklah Kebebasan Akhbar dan Penerbitan.
Pada pendapat peribadi saya, Kebebasan Bersuara memang perlu namun ianya harus dikawal juga. Sekiranya tidak dikawal maka terjadilah perkara-perkara sebegini. Tidak mustahil perkara seperti ini juga akan berlaku di bumi Malaysia sekiranya tiadanya kawalan dilakukan oleh pihak berkuasa.
HAMPIR KEMALANGAN AKIBAT PEMANDU BERMESRA BERSAMA PASANGAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pemandu di Malaysia ni memang berbagai-bagai ragam. Ada yang memang ikut peraturan, ada pula yang kadang kala ikut peraturan dan ada yang tidak mahu ikut peraturan langsung. Hendak dikatakan tiada kempen kesedaran keselamatan jalan raya, rasanya sudah berbuih mulut pihak kerajaan mahupun swasta mambantu memberi kesedaran kepada masyarakat peri pentingnya mengikuti undang-undang jalan raya. Namun, masih ramai yang mengendahkannya.
Nak dijadikan cerita, pagi tadi semasa dalam perjalanan hendak pergi kerja, hampir-hampir jugalah dilanggar oleh sebuah kereta. Saya kalau menunggang motorsikal dah memang berhati-hati kerana serik juga apabila pernah melanggar motorsikal lain yang main keluar sahaja dari persimpangan. Tetapi pagi tadi saya sempatlah mengelak sebuah kereta yang membelok ke simpang dengan tanpa memberikan lampu isyarat masuk.
Sebenarnya saya memang sudah bersedia, kerana tahu di hadapan ada simpang membelok ke kiri. Saya di bahagian kiri belakangnya sudah memerhati saja keretanya yang tidak memberikan isyarat ke kiri dan pemanduannya agak laju juga (seperti tidak mahu membelok ke kiri). Saya pun menyangka dia tidak akan membelok ke kiri.
Pemandunya juga jelas saya kelihatan, lelakinya botak licin linkungan awal 40-an dan seorang wanita di sisinya. Tangan wanita itu pula disandarkan ke bahu pemandu sambil jari jemarinya bermain-main di telinga lelaki tersebut. Pendek kata kemesraan memang terpancar pada kedua-dua pasangan ini.
Semasa pemandu tersebut terus membelok ke kiri, nasib baiklah saya sempat membrek. Dua kali saya tekan brek. Oleh kerana tekanan brek begitu mencengkam, meleret jugalah tayar. Nasib baiklah tidak kena langgar. Alhamdulillah.
Tak habis lagi.... Tak habis lagi... Saya yang sedikit bengang terus mengejar semula kereta tersebut. Saya memotong dan terus ke sisi sebelah pemandu. Saya duduk pandang sahaja pemandunya. Tapi dia pun tak perasan, asyik bermesra, tergelak-gelak bersama pasangannya. Hampeh betullah, saya rasa memang dia tak perasan langsung yang dia hampir melanggar saya.
Moral dari cerita ini, JADILAH PEMANDU YANG BERHEMAH. Jangan leka dan lalai sehinggakan tidak perasan yang kita melakukan kesalahan serta JANGAN MELANGGAR PERATURAN JALAN RAYA.
Kerana agak bengang, maka terhasillah status di dalamMuka Buku Facebook saya seperti di bawah ini. Amat jarang saya keluarkan status sedemikian rupa. Ada antara komen-komen berunsur 18 SX, harap dapat lepas tapisan minda para pembaca.. :)
Nak dijadikan cerita, pagi tadi semasa dalam perjalanan hendak pergi kerja, hampir-hampir jugalah dilanggar oleh sebuah kereta. Saya kalau menunggang motorsikal dah memang berhati-hati kerana serik juga apabila pernah melanggar motorsikal lain yang main keluar sahaja dari persimpangan. Tetapi pagi tadi saya sempatlah mengelak sebuah kereta yang membelok ke simpang dengan tanpa memberikan lampu isyarat masuk.
Sebenarnya saya memang sudah bersedia, kerana tahu di hadapan ada simpang membelok ke kiri. Saya di bahagian kiri belakangnya sudah memerhati saja keretanya yang tidak memberikan isyarat ke kiri dan pemanduannya agak laju juga (seperti tidak mahu membelok ke kiri). Saya pun menyangka dia tidak akan membelok ke kiri.
Pemandunya juga jelas saya kelihatan, lelakinya botak licin linkungan awal 40-an dan seorang wanita di sisinya. Tangan wanita itu pula disandarkan ke bahu pemandu sambil jari jemarinya bermain-main di telinga lelaki tersebut. Pendek kata kemesraan memang terpancar pada kedua-dua pasangan ini.
Semasa pemandu tersebut terus membelok ke kiri, nasib baiklah saya sempat membrek. Dua kali saya tekan brek. Oleh kerana tekanan brek begitu mencengkam, meleret jugalah tayar. Nasib baiklah tidak kena langgar. Alhamdulillah.
Tak habis lagi.... Tak habis lagi... Saya yang sedikit bengang terus mengejar semula kereta tersebut. Saya memotong dan terus ke sisi sebelah pemandu. Saya duduk pandang sahaja pemandunya. Tapi dia pun tak perasan, asyik bermesra, tergelak-gelak bersama pasangannya. Hampeh betullah, saya rasa memang dia tak perasan langsung yang dia hampir melanggar saya.
Moral dari cerita ini, JADILAH PEMANDU YANG BERHEMAH. Jangan leka dan lalai sehinggakan tidak perasan yang kita melakukan kesalahan serta JANGAN MELANGGAR PERATURAN JALAN RAYA.
Kerana agak bengang, maka terhasillah status di dalam
Klik untuk tumbesaran sempurna |
Tuesday, September 18, 2012
MUDAHNYA BERNIAGA SECARA DALAM TALIAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Zaman sekarang ramai orang suka meniaga. Meniaga sama ada secara konvensional mahupun secara dalam talian. Di dalam Muka Buku Facebook misalnya, pastinya kita dapat melihat kenalan-kenalan kita berniaga dalam talian seperti menjual tudung, pakaian wanita dan pakaian lelaki, jersi bola sepak dan sebagainya.
Bagi saya, tidak mengapalah rakan-rakan kita di Muka Buku Facebook itu hendak menjual apapun, sepertimana kita sering mengatakan ingin melihat Melayu maju, maka kita pun kenalah sokong rakan-rakan kita berniaga kecil-kecilan. Walaupun kita tidak membeli, sekurang-kurangnya apa yang mereka iklankan turut terpapar pada Dinding Muka Buku Facebook kita. Secara tidak langsung, kita turut mempromosikan apa yang rakan-rakan kita jual.
Melalui pengalaman dan pengamatan saya secara peribadi, saya lihat berniaga di dalam talian ini juga membolehkan sesuatu barang terjual dengan cepat. Pada suatu masa dahulu, saya ada meletakan satu barang terpakai berupa bluetooth headset dan headphone. Saya iklanlah di Mudah.my. Apa yang menariknya, tidak sampai satu hari, sudah ada orang yang membeli barang yang saya jual.
Ada satu lagi pengalaman, ada satu ketika dahulu saya ada menjual sebuah tin Milo lama keluaran 1960-an yang saya iklankan juga di Mudah.my. Sama juga, saya menyiarkan di Mudah.my pada sebelah siangnya kemudian disebelah malam sudah ada yang membelinya. Nampak begitu mudahkan berurusniaga di dalam talian?
Dan baru ini sahaja, seorang kenalan Muka Buku Facebook ada mengiklankan 6 buah Van Mini Milo dengan harga RM 300 ++. Saya lihat tidak sampai 1 jam ia sudah terjual. Lumayan bukan? Tidak sampai sejam mengiklankan sesuatu barang, ia sudah terjual.
Saya bukanlah seorang peniaga secara talian yang tegar. Sekiranya ada barang sahaja saya akan mengiklankan di Muka Buku Facebook atau di Mudah.my. Bagi mereka yang sememangnya berniaga di dalam talian, teruskanlah usaha anda, jangan putus asa. Bagi rakan-rakan lain, berilah sokongan pada rakan anda yang meniaga di dalam talian. Janganlah pula kita sekat mereka di dalam Muka Buku Facebook, kerana iklannya memenuhi Dinding Muka Buku Facebook kita. Kata sokong Melayu meniaga tetapi rakan baik kita meniaga dalam talianpun kita sudah irihati. Macam manalah Melayu mahu maju...
Apa-apapun, bagi yang bekerja, sekiranya sudah meniaga secara dalam talian, jadikanlah ianya sebagai pendapatan sampingan. Janganlah sampai kerja sampingan ini menjadikan kita terlupa yang kita mempunyai kerja yang hakiki. Jangan sampai ia menganggu masa bekerja kita.
I'M MUSLIM AND WHY ALWAYS ME!!!
Terlebih dahulu ingin dinyatakan bahawa entri ini menggunakan Bahasa Melayu, hanya tajuknya sahaja dari Bahasa Inggeris supaya kononya ia boleh dibaca oleh Mat Saleh terutamanya dari Amerika.
Innocence of Muslims. Inilah provokasi terbaru pihak kafir latnatullah dalam memperkecilkan Islam. Filem Innocence of Muslims ini digambar benar-benar menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengambarkan Nabi junjungan kita ini sebagai seorang yang bodoh, kaki perempuan, menipu agama dan sebagainya. Jelas, ini amat bertentangan dengan kefahaman kita dan ia sememangnya perlu ditolak dan dibantah dengan lantang.
Sejak dari peristiwa serangan 11 September 2001 lagi masyarakat Islam disalahkan kononnya ia berpunca dari kumpulan jihad Islam iaitu Al-Qaeda yang telah melakukan serangan terbabit. Kumpulan ini diketuai oleh Osama bin Laden dan beliau dikatakan bertanggungjawab di atas serangan di World Trade Center (WTC) dan juga di Pentagon. Selepas itu usaha memburu Osama bin Laden dijadikan lesen bagi Amerika Syarikat untuk mengebom Afganistan dengan amat dahsyat sekali.
Usaha Amerika memerangi keganasan di Afganistan bermula sepjak Oktober 2001 namun orang yang paling mereka kehendaki iaitu Osama bin Laden hanya berjaya dibunuh pada tahun 2011. Setelah hancur dibuatnya bumi Afganistan, setelah ramai nyawa muslimin yang terkorban dan mengambil masa hampir 10 tahun berperang akhirnya Osama bin Laden dapat dihapuskan. Mengapakah Amerika yang mempunyai peralatan dan senjata moden dan canggih agak sukar untuk menjejaki Osama bin Laden.
Why Always Me!!!
Tidak cukup dengan Afganistan, pada Mac 2003, negara Islam Iraq pula telah diserang oleh Amerika. Kerana apa? Hanya kerana mereka mengandaikan bahawa negara Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran. Namun setelah puas berperang, satu senjata pemusnah pun tidak dapat ditemui dan dikesan. Tiada apa bukti yang diperolehi dan Kumpulan Peninjau Iraq yang diketuai Amerika sendiri membuktikan bahawa Iraq tiada langsung senjata pemusnah. Malah Presiden Iraq yang ditangkap dan telah dihukum gantung sampai mati telah dijatuhkan hukum di atas kesalahan yang lain.
Why Always Me!!!
Berbalik semula kepada pembikinan filem menghina Islam, Innocence of Muslims. Satu dunia sudah kecoh akan hal ini. Demonstrasi membantah filem ini merata-rata negara, baik dalam bentuk aman mahupun dengan kekerasan. Malahan telah ada yang mengorbankan nyawa pihak kedutaan Amerika beserta pegawai-pegawainya. Namun, Amerika hanya berdiam. Tiada usaha untuk mereka menarik semula penayangan filem ini. Malahan di You Tube, thriller filem ini terus dimainkan.
Sekiranya orang dalam berfikiran waras. Apabila melihat bantahan diseluruh dunia yang mengutuk pengeluaran filem ini, mengapa ia tidak dihentikan serta merta? Mereka seperti mahu melihat masyarakat Islam terus marah dan mengambil tindakan yang keras. Adakah ini juga boleh dijadikan modal dan lesen untuk mereka untuk memerangi orang Islam?
Why Always Me!!!
Pelbagai lagilah peperangan terhadap Islam berlaku di muka bumi ini. Baik di dunia Arab dan juga tidak terlepas juga di Asia Tenggara sendiri iaitu di Myanmar. Masyarakat Islam Rohingya dibunuh dengan kejam hingga beribu-ribu orang Islam Rohingya dibunuh. Apa peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam hal ini? Seharusnya, mereka dengan pantas menghantar bantuan askar pengaman untuk mententeramkan keadaan untuk mengelakan pembunuhan terus berlaku. Kini dilihat pembersihan umat Islam di Myanmar sedang dilaksanakan.
Why Always Me!!!
Kita di Malaysia ini harus bersyukur. Kita hanya mendengar perkhabaran peperangan dan keganasan umat Islam ini dari jauh sahaja. Ia tidak terjadi di dalam bumi Malaysia ini. Namun, kita perlu ingat, panas tidak semestinya sampai ke petang, mungkin juga hujan akan turun di tengah hari. Justeru, umat Islam di Malaysia harus bersatu. Tidak kiralah apa lambang sekalipun, kita perlu rapatkan saf. Jangan biarkan ada ruang sekecil zarahpun untuk pihak kafir untuk menjatuhkan kita.
Ingatlah, apabila kita berpecah, ramai yang suka sebenarnya. Orang kafir memang takut apabila Islam bersatu. Apabila kita bersatu, kita akan kuat dan orang kafir sukar untuk menandingi kita. Bak kata perpatah Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh. Ibarat sebatang lidi, senang untuk dipatahkan, tetapi apabila lidi menjadi seberkas, ia amat sukar untuk dipatahkan. Bersatulah wahai muslimin...

Saturday, September 15, 2012
TIPS MENJADI PENGAWAL KESELAMATAN YANG CEMERLANG
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya hendak berperanan sebagai Ketua Pengarah Pengawal Keselamatan, pasal itu saya mahu memberikan Tips Menjadi Pengawal Keselamatan Yang Cemerlang. Bukan apa, ada cerita di sebalik tips yang saya mahu berikan ini. Hendak tahu apa ceritanya, bacalah hingga ke akhir perenggan.
Kalau sebut saja pasal pengawal keselamatan, semua orang tahu. Mereka berperanan untuk mengawal keselamatan premis seperti pejabat kerajaan dan swasta, bank, stadium, kawasan pembinaan dan pelbagai lagi. Di kalangan orang-orang biasa ia lebih dikenali sebagai Pak Guard.
Namun, pengawal keselamatan ini ada yang kerjanya baik dan ada yang sebaliknya. Tetapi dalam pengalaman saya berurusan atau mengenali pengawal keselamatan, kebanyakannya bermasalah. Baik dari masalah disiplin, moral, personaliti diri dan sebagainya. Jadi di sini saya sebagai pemerhati dan terlibat secara langsung bagi memantau aspek-aspek keselamatan ini ingin memberikan beberapa Tips Menjadi Pengawal Keselamatan Yang Cemerlang.
1) Hendaklah selalu berpakaian kemas dan segak.
2) Sentiasa memberikan senyuman kepada pelawat / tetamu.
3) Bertutur dengan tegas tetapi mengekalkan kesopanan dalam pertuturan.
4) Sentiasa menghormati pelawat / tetamu.
5) Tidak tidur semasa dalam bertugas.
6) Kerap melakukan rondaan untuk mengawal keselamatan.
7) Tidak meninggalkan pos kawalan sesuka hati.
8) Sentiasa patuh pada arahan ketua dan kakitangan tempat bertugas.
9) Selalu pastikan keadaan pos kawalan dan persekitarnnya bersih dan teratur.
10) Amalkan sikap memberi salam / hormat kepada pelawat / tetamu dan juga kakitangan tempat bertugas.
11) Melaksanakan segala tugasan di dalam prosedur yang telah ditetapkan.
Inilah sebahagian dari tips yang dapat saya berikan. Saya amat pasti, sekiranya mereka mengikut tips yang diberikan insyaallah profesion pengawal keselamatan akan menjadi lebih profesional dan martabat mereka sebagai pengawal keselamatan dapat diangkat tinggi.
Agaknya, sebab apakah yang membuatkan saya membuat entry mengenai Tips Menjadi Pengawal Keselamatan Yang Cemerlang ini???
Sebenarnya ada sesuatu yang berlaku pada kakak saya baru-baru ini apabila dia dalam proses menguruskan pertukaran sekolah bagi anak-anaknya. Perkara ini berlaku dalam satu hari di dua buah sekolah yang berbeza tetapi mempunyai pengawal-pengawal keselamatan yang seakan sama perangai mereka. Saya akan cerita satu persatu, dan sila gambarkan situasinya.
SEKOLAH A
Kakak dan anaknya pergi ke sebuah sekolah, kemudian dia memasuki ke kawasan sekolah untuk membuat urusan mendaftar anaknya ke sekolah tersebut. Selesai urusan lalu kakak saya keluar. Tiba di pos pengawal keluar seorang pengawal lalu berkata "kau ingat aku ni tunggul ke sesuka hati kau keluar masuk?"
Kakak saya yang awalnya memang tidak perasan adanya pengawal keselamatan di situ terus meminta maaf. Namun, permohonan maafnya dibalas dengan kata-kata yang keluar dari mulut pengawal itu, "sudah.. sudah.. berambus kau semua!!!
SEKOLAH B
Setelah selesai urusan ke sekolah A, kakak saya membawa pula anaknya seorang lagi ke sekolah B juga untuk urusan perpindahan anaknya ke sekolah itu. Kali ini dia lebih berhati-hati. Dia pergi ke pondok pengawal dan minta kebenaran untuk masuk ke pejabat sekolah. Kali ini pengawal keselamatan memberikan borang untuk diisikan dan menyuruh untuk mendapatkan tandatangan pegawai yang dia berurusan.
Hendak dijadikan cerita, setelah selesai berurusan, kakak saya pula terlupa untuk mendapatkan tandatangan pegawai yang dia berurusan bagi memulangkan semula borang yang diberikan oleh pengawal keselamatan. Semasa tiba di pos pengawal, pengawal keselamatan tersebut meminta borang yang telah diberikan pada awal tadi. Akibat terlupa, kakak saya menyuruh anaknya untuk ke pejabat semula untuk mendapatkan tandatangan. Namun, pengawal keselamatan itu berkata "dah.. dah.. tak perlu.." lalu meminta borang tersebut dan dikoyakkan di depan mata kakak saya.
Saya rasa, yang membaca ini juga berasa marah dengan perbuatan 2 orang pengawal keselamatan ini. Nasib baiklah ia berlaku pada kakak saya, sekiranya saya yang terkena begitu mahunya bertikam lidah juga rasanya atau saya terus laporkan kepada pengurusan sekolah itu.

Gambar sekadar hiasan |

BANGUNAN STADTHUYS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin menyatakan bahawa, entri ini ditulis sebagai sedikit rujukan dan panduan kepada para pengkaji dan pelajar-pelajar yang memerlukan maklumat berkaitan Stadthuys. Saya juga mendapat maklumat ini melalui rujukan dan pembacaan. Jadinya, sama-samalah kita saling berkongsi ilmu.
------------------------------------------
Apabila ke negeri Melaka, pastinya ada teringatkan Bangunan Merah di Bandar Hilir, Melaka. Bangunan Merah ini sebenarnya ialah sebuah bangunan muzium di mana ia dikenali sebagai Muzium Sejarah dan Ethnografi.
Pada awalnya, ia merupakan sebuah Dewan Bandaran semasa pemerintahan Belanda di Melaka. Nama asal bangunan ini ialah Stadthuys. Bangunan ini telah dibina sekitar tahun 1650-an setelah Belanda mengambil alih Melaka daripada tangan Portugis pada tahun 1641.
Dengan mengikut teres Bukit St. Paul, bangunan Stadthuys ini mempunyai 4 tingkat. Keluasan bangunan ini pula adalah 49,200 kaki persegi.
Bangunan Stadthuys ini pernah menjadi tempat kediaman Gabenor Belanda sehingga awal kurun ke-18. Selain itu, ia juga merupakan pusat pentadbiran Belanda sehingga tahun 1824.
Pada zaman pemerintahan Inggeris, bangunan Stadthuys ini terus digunakan oleh pihak British sebagai pusat pentadbirannya. Terdapat juga penambahan struktur bangunan yang dilakukan oleh pentadbiran British, namun ia tetap mengekalkan seni bina Belanda seperti dinding batu yang tebal serta pintu-pintu dan tingkap-tingkap yang besar. Fungsi pintu-pintu dan tingkap-tingkap yang besar ini adalah untuk memberikan pengudaraan yang lebih kepada bangunan yang besar ini.
Selepas zaman kolonial, bangunan Stadthuys terus dijadikan pusat pentadbiran oleh kerajaan negeri Melaka sehinggalah ke tahun 1979. Warna asal bangunan ini ialah warna putih namun ia telah dicat warna merah sehinggalah kini bangunan ini dikenali sebagai Bangunan Merah. Adalah dipercayai bahawa bangunan ini mula dicat dengan warna merah pada tahun 1920-an.
Semasa kerja-kerja konservasi dijalankan di bangunan Stadthuys pada tahun 1985 yang mengambil masa 4 tahun, terdapat beberapa komponen dan jumpaan baru telah ditemui. Antaranya ialah sistem perparitan zaman Belanda di mana ia terletak di dalam bawah bangunan ini. Sekiranya dahulu, hanya dapat dilihat sistem perparitan zaman British di luar bangunan ini, setelah kerja-kerja konservasi dijalankan, barulah dijumpai sistem perparitan Belanda. Ia dipercayai berlingkaran di bawah bangunan ini hingga ke penghujung bangunan dan air terus disalurkan ke Sungai Melaka.
Terdapat juga jumpaan 2 buah perigi Portugis dan Perigi Belanda yang terletak di bahagian halaman bahagian dalam. Ia mungkin telah dikambus oleh pihak Belanda/British semasa kerja-kerja membina bangunan Stadthuys dan proses pengubahsuaian bangunan.Perigi ini dibina dengan menggunakan batu laterit yang sememangnya sinonim dengan binaan Portugis sepertimana mereka mendirikan Fortaleza De Malaca (Kota Melaka). Kini perigi ini dapat dilihat setelah kerja-kerja konservasi tersebut dijalankan. Namun, perigi ini telah kering dan tidak digunakan lagi.
Untuk memasuki kompleks Stadthuys ini para pelawat dikenakan bayaran sebanyak RM20.00 untuk dewasa manakala RM10.00 untuk kanak-kanak. Pelawat yang mempunyai Mykad (pelawat Malaysia) diberikan diskaun 50% menjadikan bayaran tiket hanya RM10.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak. Bayaran tiket ke kompleks ini bersekali dengan kemasukan ke Muzium Sastera, Muzium Pendidikan, Muzium Pemerintahan Demokrasi, Muzium Tuan Yang Terutama dan juga Galeri Laksamana Cheng Ho.
Like Facebook ini untuk maklumat lanjut >> KLIK <<
Friday, September 14, 2012
LAYAKKAH TELEFON BIMBIT DIGELAR TELEFON???
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Teknologi telefon bimbit bergerak semakin laju. Bagi yang gilakan teknologi, pastinya akan kerap menukar telefon bimbitnya supaya sehaluan dengan teknologi terkini. Bagi yang tidak menitikberatkan teknologi seperti saya ini, gunalah saja telefon cabuk yang hanya boleh membuat panggilan sahaja.
Sekiranya dulu saya mula menggunakan telefon bimbit Erickson T10,hahahaha yang hanya boleh membuat panggilan dan beberapa aplikasi ringkas. Tetapi kini telefon bimbit sudah bukan sekadar telefon bimbit. Pelbagai aplikasi yang terdapat dalam telefon bimbit sekarang seperti kamera, video, internet, muzik, kalkulator, kalender, permainan, jam loceng dan pelbagai aplikasi yang kita tidak sangka ianya boleh berada di dalam telefon bimbit. Kadang terfikir, layakkah ia dinamakan telefon bimbit lagi sedangkan di dalamnya pelbagai aplikasi yang ada hingga menenggelamkan fungsinya sebagai telefon.
Begitulah hebatnya teknologi, kalau di zaman Nokia 3210 dan Erickson T10 dahulu, kita mungkin tidak menyangka bahawa telefon bimbit akan menjadi inovasi yang begitu hebat seperti sekarang. Sekarang ini pula, heboh orang berkata tentang iPhone 5. Kalau saya ni, setakat tahu begitu-begitu saja, tidak terlalu mengikuti teknologi, pasal iPhone 5yang hangat diperkatakan ini saya tidak peduli sangat.
Sekiranya dulu saya mula menggunakan telefon bimbit Erickson T10,
Begitulah hebatnya teknologi, kalau di zaman Nokia 3210 dan Erickson T10 dahulu, kita mungkin tidak menyangka bahawa telefon bimbit akan menjadi inovasi yang begitu hebat seperti sekarang. Sekarang ini pula, heboh orang berkata tentang iPhone 5. Kalau saya ni, setakat tahu begitu-begitu saja, tidak terlalu mengikuti teknologi, pasal iPhone 5yang hangat diperkatakan ini saya tidak peduli sangat.
Namun, saya tetap menaruh hati juga pada iPhone 5. Dalam diam-diam saya duduk menggosok-gosok telefon bimbit saya yang INI supaya ia bertukar kepada iPhone 5. :)
Seperti di awal perenggan saya katakan tadi, telefon bimbit sekarang sudah pelbagai aplikasi di dalamnya sehingga tidak tahu ianya masih boleh digelar telefon. Apatah lagi jika dikaitkan dengan iPhone 5, lagilah pening. Nak kata telefon, pelbagai aplikasi yang terdapat di dalamnya. Nak kata ianya PC / laptop tak boleh kerana ia mempunyai fungsi sebagai telefon. Jadi terpulanglah pada masing-masing menafsirkannya.
(Ps : Siapa yang belum tahu spesifikasi iPhone 5, bolehlah klik di SINI.)

Thursday, September 13, 2012
BANTULAH DIRIMU WAHAI MAHASISWA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bantulah dirimu wahai mahasiswa. Wah, nampak serius sahajakan tajuk entri saya pada hari ini. Ya, memang saya serius, lebih-lebih lagi yang melibatkan mahasiswa berbangsa Melayu.
Saya bertugas di muzium. Di muzium terdapat ramai pelajar universiti yang hendak membuat kajian dan tugasan yang telah diarahkan oleh pensyarah masing-masing. Di kompleks Stadthuys ini saya banyak menerima pelajar untuk membuat kajian berkenaan sejarah, senibina dan pelbagai lagi.
Selain suka menjadi pemandu pelancong di dalam muzium, saya juga memang gemar membantu para pelajar yang datang membuat kajian di muzium tempat saya bertugas. Terdapat mahasiswa pelbagai pusat pengajian tinggi dari politeknik hinggalah ke UPM, UiTM, UKM dan pelbagai 'U' lagi pernah datang bertandang dan saya sebolehnya memberikan maklumat yang cukup bagi mereka menyiapkan tugasan yang diberikan.
Ada yang datang dari jauh semata-mata untuk membuat kajian. Ada yang datang secara berkumpulan, dan ada juga secara individu. Ada yang menemuramah saya, ada yang menemuramah sambil merakam percakapan malahan ada yang merakam percakapan saya dengan video. Itu semua saya tidak kisah asalkan mereka mendapat maklumat secukupnya.
Namun, ada segelintir yang datang membuat kajian / tugasan seperti tidak bersungguh-sungguh. Ada yang datang menemuramah saya tidak sampai 5 minit lepas itu sudah selesai. Kadang saya bertanya juga, "berapa muka surat pensyarah awak surat buat assignment ini, sedikit saja tanya?" Lepas itu ada pula di kalangan mereka menjawab, "alaa, lecturer suruh buat assignment yang biasa-biasa sahaja..." Apakah maksud assignment yang biasa-biasa sahaja sedangkan mahasiswa tersebut merupakan mahasiswa peringkat Ijazah pertama.
Ada pula yang memberikan soalan yang entah apa-apa, lepas itu sekejab saja menanya sehingga saya berkata "dah, tu saja! Betul tu saja?" Mereka pula menjawab, "tidak mengapa, yang lain-lain ada di website kan, nanti kitorang copy kat situ saja". Oh, sekadar merujuk pada laman sesawang, pada hemat saya kalau merujuk pada laman sesawang maka banyaklah terjadinya plagiat iaitu copy and paste. Begitu mudah mahasiswa membuat tugasan sekarang. Tidak perlu work hard, hanya perlu work smart. I really hate orang yang work smart!!!
Kesungguhan para pelajar ini untuk mendapatkan maklumat semasa menemuramah boleh dilihat jelas dari memek muka mereka. Ada yang begitu teruja, bersungguh-sungguh dan ada sambil lewa bagai melepaskan batok di tangga.
Tolonglah wahai mahasiswa, bersungguh-sungguhlah dalam membuat apa-apa tugas sekalipun. Walaupun ianya sekadar tugasan biasa, namun ianya perlulah dilakukan dengan sempurna mengikut tahap pemikiran dan kewarasan seorang pelajar peringkat Ijazah pertama. Bantulah dirimu sendiri untuk mencapai satu tahap kejayaan yanag tertinggi, jangan sekadar ala kadar atau cukup-cukup makan.
Lebih-lebih lagi bagi peminjam wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), jika anda tidak mahu menanggung hutang selepas belajar, silalah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan. Dengan memperoleh ijazah kelas pertama, maka anda tidak perlu membayar walau sesen pun. Namun jika gagal, anda perlulah melunaskan hutang PTPTN tersebut.
Akhir kata WAHAI MAHASISWA BANTULAH DIRIMU KE ARAH KECEMERLANGAN, BUKAN UNTUK SAYA TETAPI UNTUK DIRIMU SENDIRI.
MARI MELAWAT MUZIUM TUAN YANG TERUTAMA (MUZIUM TYT)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Negeri Melaka telah dikenali sejak sekian lama sebagai negeri bersejarah. Banyak tinggalan sejarah dan monumen yang masih berdiri teguh di negeri ini tinggalan kuasa-kuasa besar seperti Portugis, Belanda dan British.

Melaka juga merupakan sebuah negeri yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Bandaraya Warisan Dunia sejak 7 Julai 2008. Sejak dari pengiktirafan itu, negeri Melaka terus mencatatkan peningkatan jumlah kedatangan pelancong dari tahun ke tahun.
Antara aspek yang ditekankan dalam pengiktirafan oleh UNESCO ini ialah terdapatnya bangunan dan monumen kolonial yang masih dikekalkan sehingga kini. Kesedaran untuk mengekalkan bangunan dan monumen kolonial ini melalui proses pemuliharaan dan pemugaran membawa erti besar pada negeri Melaka. Sekiranya dahulu Melaka dijajah oleh kuasa-kuasa besar, namun sekarang tinggalan mereka menjadi tarikan pelancong seantero dunia untuk melihat sejarah yang ditinggalkan ini.
Salah satu monumen yang masih tersergam indah di atas Bukit St. Paul, Bandar Hilir ialah Muzium Yang Di-Pertua Negeri Melaka atau lebih dikenali sebagai Muzium Tuan Yang Terutama (Muzium TYT). Bangunan muzium ini pada mulanya merupakan kediaman rasmi dan pejabat Gabenor Belanda di Melaka pada kurun ke 17.
Pada zaman pemerintahan Inggeris hinggalah selepas kemerdekaan, bangunan ini masih digunakan lagi sehinggalah pada September 1996, kediaman rasmi dan pejabat TYT berpindah dari Bukit St. Paul ke Istana Melaka di Bukit Beruang, Melaka.
Muzium ini memaparkan fungsi Institusi TYT sebagai Pemerintah Tertinggi Negeri, Sejarah Ringkas Institusi Kesultanan, Penubuhan Gabenor Negeri-Negeri hinggalah kepada Peranan dan Institusi TYT. Ia dipamerkan bagi mengimbas kembali kewujudan TYT sebagai pemerintah. Secara umumnya, turut dipamerkan ialah peranan Ketua Menteri Melaka yang mentadbir negeri ini sepanjang melaksanakan tugas bersama TYT.
Tumpuan utama diberikan kepada Gabenor / Tuan Yang Terutama telah berkhidmat di Melaka iaitu bermula dari Tun Leong Yew Koh (Gabenor Pertama), Tun Haji Abdul Malek bin Haji Yusuf (Gabenor Kedua), Tun Haji Abdul Aziz bin Abdul Majid (Gabenor Ketiga), Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan (Gabenor Keempat), Tun Syed Ahmad Al-Haj bin Syed Mahmud Shahabudin (TYT Kelima) dan Tun Mohd Khalil bin Yaakob (TYT Keenam hingga kini) dengan menampilkan pelbagai koleksi peribadi milik mereka.
Pameran di muzium ini juga mengekalkan sebahagian daripada kegunaan ruang asal bangunan. Antara ruang-ruang dipamerkan ialah ruang makan, ruang pejabat, ruang keluarga, sudut ilham dan banyak lagi.
Muzium ini juga mengetengahkan sumbangan TYT terhadap pembangunan negeri seperti perindustrian, pertanian, pelancongan, pentadbiran, keagamaan dan sebagainya yang berkembang dari masa ke semasa sambil dibantu oleh setiap Ketua Menteri di bawah pimpinannya dalam membangunkan Negeri Melaka.
Pelajar-pelajar yang membuat kajian tentang institusi pentadbiran negeri Melaka adalah digalakkan untuk membuat kajian di sini kerana terdapat banyak sumber yang boleh membantu mereka menyediakan kajian. Selain pelajar, masyarakat setempat dan warga Malaysia juga boleh melawat muzium ini kerana ia mempunyai banyak ilmu pengetahuan yang boleh diperolehi selain ianya menarik.
Tiket masuk ke Muzium ini ialah RM 10.00 bagi dewasa dan RM 4.00 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun. Namun bagi pemegang MyKad potongan diskaun 50 peratus akan diberikan menjadikannya RM 5.00 bagi dewasa dan RM 2.00 bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun. Dengan tiket ini pelawat turut boleh melawati Muzium Sejarah dan Ethnografi, Muzium Sastera, Muzium Pendidikan, Muzium Pemerintahan Demokrasi dan Galeri Laksamana Cheng Ho.
Mari layan gambar-gambar Muzium Tuan Yang Terutama :
Mari layan gambar-gambar Muzium Tuan Yang Terutama :
Muzium Tuan Yang Terutama |
Jemput masuk..... |
Ruang Keluarga |
Ruang Makan |
Sudut Ilham |
Ruang pameran |
Antara bahan yang dipamerkan |
Wednesday, September 12, 2012
PROMOSI ALA GANGNAM STYLE
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya bukanlah seorang peminat K-Pop. Bukan juga peminat tegar muzik. Juga bukanlah pengemar hiburan. Saya cuma menjadi pemerhati dan membuat penilaian sendiri tentang kewujudan fenomena Gangnam Style yang menghantui dunia hiburan masa kini.
Ada pihak yang menganggap kewujudan Gangnam Style ini adalah suatu yang negatif. Dengan tariannya yang ntah apa-apa, wanita menari-nari dan berpakaian seksi dan pelbagai andaian negatif lagi.
Namun, cuba kita fikirkan di dalam aspek positif. Ada ke positifnya?
Pada pendapat saya ia boleh menjadi sebagai media PROMOSI bagi sesuatu tempat seperti negeri atau negara. Kita dapat lihat daripada fenomena Gangnam Style ini, ramai juga yang telah menghasilkan video "parody" yang masing-masing turut menari seperti video Gangnam Style dan seperti MEMPROMOSIKAN negeri atau negara masing-masing.
Kalau Gangnam itu bermaksud suatu tempat yang terdapat di Korea, video-video parody Gangnam Style pula masing-masing mempromosikan negeri dan negara seperti Singapore Style, Sabah Style, KL Style, Malaysia Style, malahan terdapat juga negara-negara Barat.
Sekiranya video asal Gangnam Style mampu mencapai hit sehingga 11 juta penonton di You Tube, video-video parody yang lain berkaitan Gangnam Style juga mendapat hit yang tinggi. Justeru, saya memikirkan ianya boleh dijadikan sebagai PROMOSI bagi satu-satu negeri atau negara, yang mungkin sebelum ini kurang dikenali masyarakat dunia. Dengan adanya video-video parody ini secara tidak langsung ia MEMPROMOSIKAN sesuatu tempat dan mungkin menjadi tarikan dalam industri pelancongan.
Kebiasaanya, dalam bidang pelancongan, usaha untuk MEMPROMOSIKAN sesuatu negeri bukanlah mudah. Kos untuk mengiklan juga adalah tinggi dan mungkin mencecah jutaan Ringgit. Bagi mereka yang kreatif, mungkin dengan cara membuat video parody Gangnam Style dengan cara tersendiri pastinya akan mendapat tempias populariti.
Kalau Melaka, saya cadangkan buat video parody OH MELAKA STYLE dengan penari-penari menari dengan berlatarbelakangkan bangunan-bangunan bersejarah dan lokasi tarikan utama. Penari pula berpakaian tradisional Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Chitti dan Potugis. Lagu Gangnam Style tetapi tariannya tarian tradisional.
Mungkin ada yang tidak bersependapat dengan saya, namun apa yang saya lihat, kita harus mengambil kesempatan di atas kepopularitian Gangnam Style untuk mempromosikan negeri atau negara secara percuma melalui You Tube.
Monday, September 10, 2012
APA ADA DENGAN HARI MALAYSIA???
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
1963 - 2012 |
Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Malaysia yang ke-49. Sambutan ini diadakan untuk mengenang kembali pembentukan Persekutaun Malaysia yang telah dibuat pada 16 September 1963.
Berikut sedikit maklumat mengenai Hari Malaysia :
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
SUMBER : Jabatan Penerangan Malaysia
Marilah kita sama-sama menyambut Hari Malaysia ini dengan jiwa yang patriotik. Sama-samalah kita menjaga keharmonian antara kaum yang sedia terbina. Selain itu, marilah kita kekalkan Malaysia ini sebagai tanah tumpahnya darah kita, jangan biarkan ia dijajah sekali lagi oleh pihak asing.
Semoga Allah terus pelihara Malaysia. Insyaallah.

BACA DAN FAHAMKAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Apabila kita ingin mengetahui sesuatu maklumat atau berita, kita seharusnya membacanya hingga ke perenggan yang terakhir untuk memastikan kita benar-benar faham akan sesuatu maklumat yang cuba disampaikan oleh penulis.
Begitu juga dengan penulis blog. Kadang kala tajuk entri yang ditulis mungkin berlawanan dengan isi yang disampaikan atau penulis menulis isi penting yang hendak disampaikan di satu-satu perenggan. Justeru, kita sebagai pembaca perlulah membaca dengan teliti bermula daripada tajuk hinggalah ke perenggan akhir sesuatu entri atau maklumat.
Kita selaku pembaca perlulah membaca dan fahami apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh penulis. Jangan hanya membaca tajuk dan sebahagian sahaja isi lalu kita membuat penilaian sendiri dan memberi komen yang berlawanan tentang apa yang disampaikan sebenarnya.
Sememangnya sifat maklumat itu suka ditambah dan dikurangkan, sebab itulah sesuatu maklumat tidak dapat disampaikan dengan sempurna. Samalah dengan pepatah Mat Saleh yang menyatakan Don't Judge A Book By Its Cover, kita seharunya kena membaca keseluruhan buku tersebut, barulah tahu akan isi sebenarnya.
Di dalam arena blogging, kita kenalah membaca dan fahami betul-betul apa yang kita baca dan barulah kita dapat memberikan komen yang sepadan dengan apa yang dijelaskan dalam entri. Kita sendiri sebagai penulis blog akan mengetahui sama ada seseorang itu membaca entri kita secara keseluruhan atau tidak melalui komen yang telah ditinggalkan. Lalu kita akan membalas "bacalah sampai habis, barulah tahu apa yang hendak disampaikan..."
Sunday, September 9, 2012
REMPIT - SATU ANALISA RINGKAS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sebut sahaja perkataan rempit, pastinya terfikir di benak fikiran kita tentang suatu yang negatif. Rempit digambarkan kepada golongan bermotorsikal yang menunggang dengan cara merbahaya dan sering melanggar peraturan jalan raya.
Aktiviti rempit lazimnya dikaitkan dengan penunggang lelaki yang lebih dikenali sebagai Mat Rempit. Apabila dilihat dari penggunaan nama "Mat", ia menunjukkan bahawa kebanyakan Mat Rempit ini terdiri daripada kaum Melayu. Mereka biasanya berusia diantara umur belasan tahun sehinggalah lewat 20 tahun.
Aktiviti merempit ini dilakukan tidak kira waktu, tetapi ia lebih hebat apabila tibanya hujung minggu di mana mereka menghabiskan masa cuti sekolah atau cuti hujung minggu bagi yang bekerja untuk mempamerkan aksi-aksi berani mereka kepada khalayak.
Mat Rempit terbahagi kepada 2 golongan. Golongan pertama bolehlah dikatakan sebagai mereka yang hanya suka-suka atau hanya untuk berseronok bersama rakan-rakan rempit yang lain. Golongan yang kedua pula yang terlibat secara langsung dengan aktiviti lumba haram.
Bagi golongan yang pertama ini, walaupun mereka ini dilihat sekadar hanya mahu berseronok di jalan raya, namun mereka sebenarnya kerap menyusahkan pengguna jalan raya yang lain dan juga membahayakan penggunaan jalan raya dengan melakukan aksi-aksi yang merbahaya. Antara aksi yang sering dilakukan oleh Mat Rempit ialah willi, baring di atas motor, berdiri di atas motor dan sebagainya. Terdapat juga aksi "wikang" di mana penunggang akan brek secara mengejut dan menaikkan tayar belakang motorsikalnya.
Mereka ini mempunyai kumpulan-kumpulan tertentu. Setiap kumpulan pula mempunyai ahli-ahli yang agak ramai. Ini boleh dilihat sekiranya mereka keluar beramai-ramai, jalan raya akan dipenuhi oleh mereka. Apabila mereka ramai, maka masing-masing akan menunjukan aksi serta melanggar undang-undang jalan raya. Bagi mereka apabila diperhatikan dan melakukan kesalahan, ia adalah satu kebanggaan dan kepuasan bagi diri mereka.
Mereka ini kebiasaanya adalah terdiri daripada golongan muda dan masih bersekolah. Mereka juga lazimnya tidak mempunyai lesen memandu dan motorsikal yang ditunggangnya adalah kepunyaan bapa atau adik beradik lelaki yang lain. Namun, ada juga dikalangan mereka yang bersekolah ini mempunyai motorsikal sendiri sama ada ia pemberian ibu bapa dan ada juga diperolehi dari hasil curi.
Bagi golongan yang kedua, mereka adalah yang terlibat secara langsung dengan aktiviti lumba haram. Mereka juga berkumpulan dan mempunyai ahli yang ramai. Apabila sesuatu perlumbaan akan diadakan, biasanya ianya dirancang dengan teliti. Perancangan-perancangan melibatkan penyediaan motorsikal, penetapan tarikh, lokasi dan habuan kemenangan, pengumpulan dana untuk hadiah kemenangan dan sebagainya.
Kebiasaan aktiviti lumba haram diadakan pada malam minggu. Litarnya pula biasanya lokasi yang sedia "panas" dan ramai penonton akan menyaksikan perlumbaan ini di kiri dan kanan jalan raya. Kebiasaanya lokasi ini memang telah diketahui oleh pihak polis, namun bagi Mat Rempit itu tidak akan menjadi masalah, bagi mereka sekiranya ada polis sekalipun, perlumbaan akan menjadi semakin "menarik".
Selain daripada aktiviti bermotor, Mat Rempit juga mempunyai aktiviti "sampingan" lain iaitu menghisap ganja dan mencuri motorsikal. Bagi yang agak terdesak, mereka akan terlibat dalam gejala ragut. Ini jelas menunjukan bahawa dengan terlibatnya seseorang dalam aktiviti Mat Rempit, peratusan untuk mereka menjadi penjenayah juga adalah tinggi.
Aktiviti menghisap ganja amat senang menular di kalangan Mat Rempit yang gemar melepak sehingga larut malam di "port-port" yang mereka gemari sama ada di simpang jalan sunyi, tepi pantai, rumah sewa dan sebagainya. Mereka bermula dengan merokok, kemudiannya menghisap ganja. Amat malang lagi apabila ada di kalangan mereka yang menghisap dadah berat seperti syabu, pil khayal dan sebagainya. Ada juga di kalangan mereka turut meminum arak bagi mendapatkan keseronokan.
Mat Rempit dan mencuri motorsikal juga tidak dapat dipisahkan. Lazimnya motorsikal yang dicuri bukanlah untuk mereka gunakan. Mereka mencuri motorsikal untuk mendapatkan alat ganti. Alat ganti akan digunakan pada motorsikal mereka dan juga motorsikal untuk perlumbaan. Setelah mendapat alat ganti, rangka motorsikal yang dicuri biasanya akan dibuang ke dalam sungai, lombong dan juga di dalam hutan.
Dalam jenayah ragut, Mat Rempit juga turut terlibat. Namun, jumlahnya agak kecil. Kebiasannya penjenayah ragut adalah terdiri daripada mereka yang terlibat dalam penagihan dadah. Disebabkan mereka meragut dengan bermotorsikal, justeru orang ramai mengesyaki bahawa mereka ialah Mat Rempit.
Selain Mat Rempit, kita juga pernah mendengar perihal Minah Rempit. Minah Rempit dikenali sebagai teman bagi Mat Rempit, wanita bermotorsikal ataupun habuan hadiah bagi perlumbaan haram.
Sebenarnya, sejak sekian lama masalah rempit ini terus berlaku di negara kita Malaysia. Masalah ini dilihat seperti tiada penghujungnya. Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dilihat sering melakukan operasi pencegahan aktiviti rempit ini namun ia tetap berleluasa. Bukan sahaja di ibu kota, masalah ini dilihat berlaku di setiap negeri.
Jika dilihat di dalam kaca televisyen, pelbagai langkah pihak PDRM telah lakukan untuk mengatasi masalah ini. Dari operasi biasa hinggalah ke operasi besar-besaran. Dari tindakan yang biasa hinggalah ke langkah yang agak keras. Malahan ada berlakunya kematian dikedua-dua belah pihak namun masalah ini terus gagal diatasi sepenuhnya.
Di sini peranan ibu bapa adalah sangat penting. Mereka perlu perhatikan setiap langkah anak-anak mereka dan elakkan mereka terlibat dalam aktiviti merempit. Ibu bapa perlu melarang anak-anak menunggang motorsikal tanpa lesen dan juga perlu melarang mereka mengubahsuai motorsikal. Sekiranya nampak perubahan anak-anak ke arah aktiviti merempit, ibu bapa perlulah segera menasihati mereka agar tidak terlibat dalam dunia tersebut. Selain pemantauan terhadap anak-anak perlu dilakukan dengan sekerap yang mungkin. Perhatikan siapa kawan-kawan mereka, ke mana mereka pergi, apakah aktiviti mereka dan sebagainya.
Di sini dapatlah disimpulkan bahawa aktiviti rempit ini sememangnya tidak dapat diatasi sekiranya tiada usaha membasmi oleh semua pihak. Peranan ibu bapa amatlah penting dalam hal ini. Biarlah anak kita menangis tidak dapat menunggang motorsikal, janganlah kita menangis melihat anak kita ditangkap polis atau pun meninggal di atas jalan raya. Pihak polis juga perlu kerap dalam melakukan operasi menyeluruh bagi membendung masalah ini. Mana-mana yang benar bersalah, dendalah dengan setimpal atau kenalah denda yang lebih berat.
Orang ramai juga boleh memainkan peranan masing-masing. Mereka boleh segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya ada melihat kegiatan rempit berleluasa di kawasan mereka. Orang ramai juga perlu menjauhkan diri dari menjadi penonton perlumbaan haram. Sekiranya tiada penonton, tiada Mat Rempit mahu beraksi kerana bagi mereka, aksi yang dipamerkan adalah untuk tatapan orang ramai.
(Ps : Harap tiada yang bosan membaca penulisan saya yang sedikit berjela ini)
Saturday, September 8, 2012
BARTER TRADE MILO
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kalau suatu masa dahulu, negeri Melaka terkenal dengan pelabuhan barter trade, kini kaedah barter trade ini telah saya gunapakai untuk menukar barangan Milo dengan collector yang lain.
Baru-baru ini saya telah ditawarkan untuk menukarkan barangan Milo yang saya ada kepada barangan Milo yang masih lagi tiada dengan seorang collector wanita yang saya panggil Kak Rina. Beliau juga seorang collector barangan Milo disamping juga mengumpul pinggan mangkuk lama.
Kebetulan saya ada sejenis gelas Milo dalam koleksi saya mempunyai 12 biji dan Kak Rina ingin menukar barangannya dengan saya, maka saya pun saling bertukar dengan koleksinya yang masih lagi tiada dalam koleksi saya. Ini dikatakan win win situation di mana saya dapat barangan Milo yang masih saya tiada dan Kak Rina juga dapat barangan Milo yang dia belum ada.
Gambar di bawah ini merupakan koleksi terbaru saya di mana beberapa darinya ialah hasil barter trade dengan Kak Rina.
Barang-barang yang saya barter trade dengan Kak Rina :
Yang ini pula, ada seorang awek dari rakan bloggers yang memberi saya beg bola Milo ini. Kebetulan dia ada buat projek eskavasi Kota Melaka, jadi dapatlah berjumpa dan dia telah serahkan beg ini pada saya. Terima kasih banyak-banyak ya Cik Hidayah. :)
Selain itu, ada juga barangan baru yang saya beli yang diterbangkan dari negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Pos dari Sabah ke Melaka dengan Pos Laju hanya memakan masa 1 hari saja. Memang lajulah Pos Laju ni. Cayalah...
Okaylah... Siapa yang mahu layan koleksi Milo saya satu demi satu, bolehlah layari laman blog saya yang khusus untuk Koleksi Milo. Jom layan......... (klik pada gambar di bawah)
Thursday, September 6, 2012
GANGNAM STYLE = SAYA INGIN MENJADI YAHUDI
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sebenar-benar pada mulanya saya tidak tahu menahu langsung pasal Gangnam Style ini. Saya mula tahu wujudnya Gangnam Style setelah membaca entri di blog mommyfara. Itu hanya tahu kewujudanya saja, belum lagi saya betul-betul tahu apa itu Gangnam Style.
PSY, Gangnam Style |
Nak dijadikan cerita, satu malam saya cubalah melayari You Tube untuk mengetahui apakah itu Gangnam Style. Pada mulanya saya fikirkan ia merupakan "boyband" dari Korea, tetapi sebenarnya seorang penyanyi solo bergelar PSY yang tariannya yang agak luar biasa sehingga menjadi ikut-ikutan orang ramai.
Yang agak menakjubkan ialah sambutan yang tidak terhingga telah diterima oleh penyanyi ini sehinggakan di You Tube, jumlah hit yang menonton klip video Gangnam Style ini mencecah berjuta-juta hit.
Baru ni pula terdengar pula sesuatu yang negatif pasal Gangnam Style. Ada pula seseorang yang menyatakan bahawa maksud Oppa Gangnam adalah "Saya Ingin Menjadi Yahudi". Saya tidak pastilah samaada ada yang akan terus mempercayainya tanpa usul periksa.
Melalui apa yang saya baca di blog dan facebook, jelas menidakkan maksud Oppa Gangnam ialah Saya Ingin Menjadi Yahudi. Melalui apa yang saya faham maksudnya seperti berikut :
OPPA = Panggilan hormat kepada lelaki yang lebih tua seperti abang atau encik.
GANGNAM = Salah satu nama tempat yang terdapat di Bandar Seoul, Korea Selatan. Jika dilihat hasil dari carian saya menerusi Google Map, jelas menunjukan Gangnam itu terletak di Korea.
Lokasi Gangnam |
Oleh yang demikian, sekali lagi saya ingin katakan bahawa sila pastikan kebenaran sesuatu berita / khabar / kenyataan sebelum kita mengiyakannya. Walaupun niatnya mungkin baik supaya tidak mahu melekakan Orang Islam dengan Gangnam Style, namun dalam menyampaikan sesuatu hendaklah betul dan bukan dengan cara menipu.
Wednesday, September 5, 2012
Monday, September 3, 2012
MILO : SUDAH TAHAP ANTARABANGSA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu, maaflah sekiranya blog saya, di akhir-akhir ini banyak bercerita berkisarkan koleksi Milo. Saya dengan Milo sekarang sudah sampai ke tahap kronik. Ada sahaja benda yang hendak dibelinya. Nampak sesuatu barangan Milo di pasaran, pasti akan saya cuba perolehi walau apa cara sekalipun. :)
Kali ini saya tidak berhasrat untuk bercerita lebar, cuma saya mahu memaparkan koleksi terbaru saya yang datangnya ada dari Singapura dan Malaysia sendiri. Jom layan.... Zazzzzzz.....
Inilah koleksi terbaru saya |
Beg sandang ini saya beli. Murah saja RM +.++ |
Beg sandang juga. Coraknya saja berlainan |
Yang ini Abang Long saya yang beri. :))) |
Yang ini saya beli dekat rumah seorang "collector" |
Kotak Energy Snack dari Singapura |
Ini juga dari Singapura. Sepupu saya yang beri. |
Cap ini saya beli sama dengan "collector" yang jual gelas di atas |
4 EKOR DORAEMON
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sebut saja Doraemon, bukan sahaja kanak-kanak yang menyukainya, bapa-bapa budak pun ada yang menyukainya. Tidak dinafikan, dahulu masa zaman budak-budak saya memang gemar menonton Doraemon. Sudak masuk ke zaman budak budak-budak ini, saya juga menyukai Doraemon. Bukan dari aspek menonton cerita, tetapi mengumpul koleksi permainan. Tidak kiralah apa-apa karektor sekalipun.
Figura Doraemon yang saya dapat kali ini ialah dari Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC). Kegilaan untuk mengumpul figura karektor kartun bermula sejak saya mengumpul figura Upin dan Ipin. Namun malangnya saya tidak dapat mengumpul kesemua figura ini, hanya kekurangan satu unit untuk melengkapkan koleksi.
Selepas keluaran figura Upin dan Ipin, KFC mengeluarkan pula figura Spiderman. Sama dengan figura Upin dan Ipin, figura Spiderman juga mempunyai 4 unit figura yang amat menarik.
Dan kali ini saya dapat memperolehi 4 unit figura Doraemon yang agak comel. Sebenarnya ia lebih kepada alatan tulis bagi kanak-kanak di mana setiap figura ini ada berfungsi dan menyimpan alatan tulis seperti krayon, pembaris, protektor dan sebagainya.
Jom, layan saya koleksi Doraemon ini...