Monday, July 2, 2012

TERHARU TERIMA SUMBANGAN MILO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada hari Ahad yang lalu, bapa dan emak saudara saya (pakcik dan makcik) dari Kolumpo Kuala Lumpur telah datang ke Melaka kerana ada majlis kahwin rakannya. Apa yang agak mengembirakan saya ialah kerana mereka telah menyumbangkan beberapa jenis barangan Milo kepada saya untuk dijadikan sebahagian daripada koleksi saya.

Memang sangat gembira hari itu, sudahlah cerita berkenaan hobi saya terpampang di dalam Metro Ahad pada hari yang sama, digandakan kegembiraan dengan mendapat menambah koleksi barangan Milo.

Nak tau apa yang diberinya? Layan saja gambar di bawah ini :

Beg sandang Milo... Memang terbaiklah.

Botol air Milo. Ini saya sudah ada, tapi tidak mengapa, bertambah lagi rakannya.

Cawan bola Milo. Inipun sudah ada dalam koleksi saya.

Ha.. Ini belum ada. Cawan plastik Milo. Memang cun...
Hai.. Seronok rasa sekiranya hobi dikongsi-kongsi bersama. Memang rasa seronok saya belum habis lagi kerana seorang abang saya dengan rela hati telah memberikan sebuah bekas makanan Milo yang unik kepada saya untuk dijadikan koleksi. Yahoooooo.. Seronoknya tidak terhingga.

Inilah bekas makanan Milo tu... Cantik tak?

Apabila dibuka... jeng.. jeng.. jeng...

Perghh.. Siap ada ruang-ruang isi makanan yang berlainan.. Terbaik.
Terima kasihlah kepada Pakcik dan Makcik serta abang yang memahami hobi saya dan sanggup menyumbangkan barangan Milo kepunyaan mereka untuk saya. Terima kasih banyak-banyak..

Ada tak sesiapa lagi yang mahu menyumbang? :)

Pssst.. Ada sesiapa perasan ruangan ini di Metro Ahad? :)

30 comments:

  1. saya suka tengok bekas makanan yang ada banyak compartment tu .. kalau bawa nasi taklah bercampur-baur dengan lauk.

    ReplyDelete
  2. ahahhaa.. sebenarnya, koleksi2 milo ni comel la kan??

    ReplyDelete
  3. syabas! syabas! syabas! best kan berhobi :), bila orang dah kenal hobi kita maka mudah juga kita dapat buah tangan :), sayanglah tak beli metro semalam, kalau tak dapat simpan :) sebagai koleksi milo juga :)

    ReplyDelete
  4. heheeh..msk surat khabr ye...

    ReplyDelete
  5. ada baca Metro hari tu...rasanya macam kenal brader ni. ahaaa...dah agak dah, bro fairus nih. syabas bro, kini hobi yang diiktiraf sebagai suatu aktiviti mengumpul yang sihat.

    ReplyDelete
  6. Teringat zaman kecik2 dulu. Rata2 memang ada dalam koleksi. Tapi bekas compartment banyak tu macam rare jer. Kena cari nih. Thk sharing

    ReplyDelete
  7. AL: SAYA SUKA DAN SAYA SIMPAN SAJA.. :)

    ReplyDelete
  8. BONI : YA, MEMANG COMEL2 BELAKA..

    ReplyDelete
  9. IARYYLR : APESAL TAK BACA METRO.. PERGI CARI CEPAT.. :)

    ReplyDelete
  10. GEDEK : A'AH.. EHEM.. EHEM.. :)

    ReplyDelete
  11. SPALLAN : SIMPAN KERATAN AKHBAR TU.. KENANG-KENANGAN DARI SAYA.. :)

    ReplyDelete
  12. IRSYAH : MEMANG RARE.. ABANG SAYA BELI MILO DAPAT PERCUMA..

    ReplyDelete
  13. heheheheh terbaeeeekkk aaaa...

    ReplyDelete
  14. terbaikla masuk metro..tak beli pulak hari ahad ari tuh..tahniah

    ReplyDelete
  15. alamak.. ahad leps x baca metro la plak.. well tahniah masuk paper.. mcm retis dah tu satu malaysia kenal..

    ReplyDelete
  16. hari ini dah tempah metro terpakai, harap ada lagi di simpan kawan, tang koleksi tu beg sandang tu belum ada, memang cun!

    ReplyDelete
  17. terbaek lah...pernah makan talam milo? Anyway usaha anda dihargai...kawan dah join site ni...jomle join site kawan lak...

    ReplyDelete
  18. CT : HEHE.. MEMANG TERBAIK.. :)

    ReplyDelete
  19. DINEE : RUGI AWAK TAK BELI.. HEHE

    ReplyDelete
  20. FARAH : DAHSYAT SIKIT JE.. :p

    ReplyDelete
  21. QUEEN : APSAL TAK BACA PULAK NI.. RUGI.. RUGI.. :)

    ReplyDelete
  22. IARYYLR : JANGAN LUPA FRAME KALAU DAPAT.. KIRA KOLEKSI JUGAK TU.. :)

    ReplyDelete
  23. ANUAR : TAK PRNAH PULAK MAKAN TALAM MILO..

    ReplyDelete
  24. tahniah bang. glemer org kg kita masuk paper. hehe
    tak beli metro tu yg x tau. huhu
    botol air milo tu memang terbaik
    dulu masa skolah rendah pon ada botol milo. tak ingat dah design dia macam mana

    ReplyDelete
  25. LYA : KAT RUMAH KALAU ADA BARANG2 MILO, ROGERLAH..

    ReplyDelete
  26. tahniah bro masuk paper.Fairus boleh frame dan simpan,anak yang baru lahir tu nanti dia besar boleh tgk gambar bapanya kat surat khabar antik tu.

    syabas juga sebab dapat barang free.memang seronok kalau orang bagi barang yang kita suka apa lagi kalau berkait dengan hobi.Saya tak ada pn orang nak bagi barang hobi,isteri je yg faham.

    ReplyDelete
  27. NIKTHS : BANG, MEMANG TENGAH HANTAR FRAME TU.. :)

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.