Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pada hari Ahad yang lalu, bapa dan emak saudara saya (pakcik dan makcik) dari Kolumpo Kuala Lumpur telah datang ke Melaka kerana ada majlis kahwin rakannya. Apa yang agak mengembirakan saya ialah kerana mereka telah menyumbangkan beberapa jenis barangan Milo kepada saya untuk dijadikan sebahagian daripada koleksi saya.
Memang sangat gembira hari itu, sudahlah cerita berkenaan hobi saya terpampang di dalam Metro Ahad pada hari yang sama, digandakan kegembiraan dengan mendapat menambah koleksi barangan Milo.
Nak tau apa yang diberinya? Layan saja gambar di bawah ini :
|
Beg sandang Milo... Memang terbaiklah. |
|
Botol air Milo. Ini saya sudah ada, tapi tidak mengapa, bertambah lagi rakannya. |
|
Cawan bola Milo. Inipun sudah ada dalam koleksi saya. |
|
Ha.. Ini belum ada. Cawan plastik Milo. Memang cun... |
Hai.. Seronok rasa sekiranya hobi dikongsi-kongsi bersama. Memang rasa seronok saya belum habis lagi kerana seorang abang saya dengan rela hati telah memberikan sebuah bekas makanan Milo yang unik kepada saya untuk dijadikan koleksi. Yahoooooo.. Seronoknya tidak terhingga.
|
Inilah bekas makanan Milo tu... Cantik tak? |
|
Apabila dibuka... jeng.. jeng.. jeng... |
|
Perghh.. Siap ada ruang-ruang isi makanan yang berlainan.. Terbaik. |
Terima kasihlah kepada Pakcik dan Makcik serta abang yang memahami hobi saya dan sanggup menyumbangkan barangan Milo kepunyaan mereka untuk saya. Terima kasih banyak-banyak..
Ada tak sesiapa lagi yang mahu menyumbang? :)
|
Pssst.. Ada sesiapa perasan ruangan ini di Metro Ahad? :) |
saya suka tengok bekas makanan yang ada banyak compartment tu .. kalau bawa nasi taklah bercampur-baur dengan lauk.
ReplyDeleteahahhaa.. sebenarnya, koleksi2 milo ni comel la kan??
ReplyDeletesyabas! syabas! syabas! best kan berhobi :), bila orang dah kenal hobi kita maka mudah juga kita dapat buah tangan :), sayanglah tak beli metro semalam, kalau tak dapat simpan :) sebagai koleksi milo juga :)
ReplyDeleteWha! Masok metro ke?
ReplyDeleteheheeh..msk surat khabr ye...
ReplyDeleteada baca Metro hari tu...rasanya macam kenal brader ni. ahaaa...dah agak dah, bro fairus nih. syabas bro, kini hobi yang diiktiraf sebagai suatu aktiviti mengumpul yang sihat.
ReplyDeleteTeringat zaman kecik2 dulu. Rata2 memang ada dalam koleksi. Tapi bekas compartment banyak tu macam rare jer. Kena cari nih. Thk sharing
ReplyDeleteAL: SAYA SUKA DAN SAYA SIMPAN SAJA.. :)
ReplyDeleteBONI : YA, MEMANG COMEL2 BELAKA..
ReplyDeleteIARYYLR : APESAL TAK BACA METRO.. PERGI CARI CEPAT.. :)
ReplyDeleteGEDEK : A'AH.. EHEM.. EHEM.. :)
ReplyDeleteMAN :A'AH LE.. :)
ReplyDeleteSPALLAN : SIMPAN KERATAN AKHBAR TU.. KENANG-KENANGAN DARI SAYA.. :)
ReplyDeleteIRSYAH : MEMANG RARE.. ABANG SAYA BELI MILO DAPAT PERCUMA..
ReplyDeleteheheheheh terbaeeeekkk aaaa...
ReplyDeleteterbaikla masuk metro..tak beli pulak hari ahad ari tuh..tahniah
ReplyDeleteWow! Dasat! Da jdk selebriti. Heee~
ReplyDeletealamak.. ahad leps x baca metro la plak.. well tahniah masuk paper.. mcm retis dah tu satu malaysia kenal..
ReplyDeletehari ini dah tempah metro terpakai, harap ada lagi di simpan kawan, tang koleksi tu beg sandang tu belum ada, memang cun!
ReplyDeleteterbaek lah...pernah makan talam milo? Anyway usaha anda dihargai...kawan dah join site ni...jomle join site kawan lak...
ReplyDeleteCT : HEHE.. MEMANG TERBAIK.. :)
ReplyDeleteDINEE : RUGI AWAK TAK BELI.. HEHE
ReplyDeleteFARAH : DAHSYAT SIKIT JE.. :p
ReplyDeleteQUEEN : APSAL TAK BACA PULAK NI.. RUGI.. RUGI.. :)
ReplyDeleteIARYYLR : JANGAN LUPA FRAME KALAU DAPAT.. KIRA KOLEKSI JUGAK TU.. :)
ReplyDeleteANUAR : TAK PRNAH PULAK MAKAN TALAM MILO..
ReplyDeletetahniah bang. glemer org kg kita masuk paper. hehe
ReplyDeletetak beli metro tu yg x tau. huhu
botol air milo tu memang terbaik
dulu masa skolah rendah pon ada botol milo. tak ingat dah design dia macam mana
LYA : KAT RUMAH KALAU ADA BARANG2 MILO, ROGERLAH..
ReplyDeletetahniah bro masuk paper.Fairus boleh frame dan simpan,anak yang baru lahir tu nanti dia besar boleh tgk gambar bapanya kat surat khabar antik tu.
ReplyDeletesyabas juga sebab dapat barang free.memang seronok kalau orang bagi barang yang kita suka apa lagi kalau berkait dengan hobi.Saya tak ada pn orang nak bagi barang hobi,isteri je yg faham.
NIKTHS : BANG, MEMANG TENGAH HANTAR FRAME TU.. :)
ReplyDelete