Friday, July 20, 2012

MILO, MILO DAN MILO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Masih lagi bersiaran melalui perihal Milo. Baru-baru ini saya telah mendapat menambah koleksi Milo yang diperolehi daripada pembelian dan juga pemberian orang.

Apa yang seronoknya apabila mendapat koleksi Milo secara pemberian orang secara percuma. Iyalah, apa tak sukanya, barang percuma. Sejak kebelakangan ini, setelah hobi saya terpapar di surat khabar, rakan-rakan sekerja banyak bercerita tentang hobi ini dan sama-sama membantu sama ada memberi barangan Milo mereka secara percuma, ada juga yang mahu menjual apa-apa barangan Milo yang mereka ada.

Terima kasih tidak terhingga kepada mereka-mereka yang sanggup memberikan barangan Milo secara percuma kepada saya. Iyalah, hobi mengumpul ni memerlukan duit yang banyak. Saya ni bukanlah kaya sangat, nak belipun berpada-pada juga.

Seorang rakan telah memberi nasihat kepada saya, sekiranya nak jadi pengumpul, harus jadi penjual juga. Kalau mengumpul saja, banyak duit kena keluarkan. Sebaliknya kalau kita turut menjual, bolehlah kita menampung sedikit apa yang telah kita keluarkan.

Setelah mendapat nasihat daripada rakan tersebut, saya sudah mula menjual barangan saya. Alhamdulillah, sebuah tin Milo lama saya iklankan di Mudah.my telah terjual hanya dalam masa satu hari saja ia diiklankan.

Ok, cukup sudah bercerita tentang koleksi Milo. Jangan lupa layan koleksi terbaru saya ini...

Beg Milo ini diberi percuma oleh seorang rakan sekerja

Bekas makanan Milo ini diperolehi hasil pembelian Milo Nuggets

Tin Milo 100 Tahun Nestle, pastinya akan menjadi memori pada 20 tahun akan datang
Ini pula tin Milo 60-70-an yang berjaya saya jual di Mudah.my. Memang retro habis. Selepas menjual, saya merasa sayang pula.






14 comments:

  1. betul la bro.. rasa sayang pula jual tin milo tu.. rasanya dah tak ada dah koleksi tu sekarang

    ReplyDelete
  2. bro, barang yang sayang tak boleh di jual, kalau ada 2 ~ 3 oklah jual satu, tapi carilah beberapa pcs lagi dan start jual, kini ada kolektor jadi penjual ada juga penjual sudah jadi kolektor, lama kelamaannya dua bidang dengan minat yang sama, selain menjual kita boleh dapatkan barang dengan bertukar juga, jadi jika dapat barang bukan milo, sapu sahaja jika difikirkan di cari orang, nanti boleh juga buat tampung koleksi milo, terus terang abg dari dulu nak jual koleksi tapi tak pandai jual jual juga sampai sekarang keh! keh! keh! mungkin nak tunggu ada lebih barang agaknya :)...

    ReplyDelete
  3. tahniah geng...semoga berhasil juga usahamu...aku cadangkan kau buat muzium milo plak lepas nie

    ReplyDelete
  4. Klo nak jual, biarlah koleksi tu lebih dari satu.

    ReplyDelete
  5. sayang nye bos jual tin milo tu..hukhuk..rare tu..

    ReplyDelete
  6. BONI : DAH MENYESAL TAK SUDAH NI..

    ReplyDelete
  7. IARYYLR : SAYA MENJUAL KERANA MAHU CARI YANG BARU YANG LEBIH ELOK KEADAANNYA.. TETAPI RASA BERSALAH PULAK LEPAS JUALNYA... ADUHAI..

    ReplyDelete
  8. LYA : KIRA COLLECTOR LE JUGAK TU.. :)

    ReplyDelete
  9. KANCIL : KALAU BUAT GALERI BOLEH LA.. MUZIUM BESAU SANGAT..

    ReplyDelete
  10. FIZA : DAH BETULLAH TU.. SAYA DAH TERSILAP LANGKAH.. MAKLUMLAH, BARU J BERKECIMPUNG DALAM BIDANG NI..

    ReplyDelete
  11. NUR LAVENDER : MEMANG SUDAH MENYESAL NI..

    ReplyDelete
  12. tak apa bro, sebagai pengumpul, kita semestinya akan dan perlu melalui pelbagai pengalaman zahir dan batin, itu yang menariknya berhobi, suka duka semua akan dilalui,saya dah lalui pengalaman koleksi pecah, rosak , kemek... juga dapat jackpot hunting he he he, motor rosak time hunting, duit tak cukup nak beli barang, terlepas barang sebab lambat atau salah beri orang dan sebagainya... bak kata pepatah kerajaan tulang sejengkal "suka duka dalam berhobi" selamat berhobi dan berkoleksi ! yehaaaa!

    ReplyDelete
  13. IARYYLR : KIRANYA ASAM GARAM COLLECTOR LAH NI.. :)

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.