Pada malam semalam saya telah pergi ke rumah seorang kakitangan saya. Erm.. kiranya kawan-kawan jugalah. Saya pergi ke rumah dia kerana dia ada mengatakan dia ada cawan kopitiam Milo. Saya pun apa lagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya pergilah ke rumah dia.
Datang rumah dia, apa lagi, bukan cawan kopitiam Milo yang di tunjukkan dulu. Dia tunjukkan beberapa koleksi peribadi dia. Rupa-rupanya dia ni seorang pengumpul juga. Barang dia pula lagi dahsyat..., bukan murah-murah, mahal-mahal lagi. Daripada koleksi seluar Levi's tahun 80-an hinggalah baju-baju yang berusia puluhan tahun dahulu yang diperbuat dari Amerika yang harganya menjangkau ribuan ringgit, serta koleksi produk rokok Camel.
Selepas menunjukan koleksinya, barulah dia mengeluarkan 3 buah cawan kopitiam Milo. Erm.. Cawan jenis ini memang saya biasa terpandang di dalam internet. Orang yang menjualnya pun mahal-mahal harga diletakknya. Syukurlah saya dapat membelinya dengan harga yang berpatutan.
Apa yang menariknya cawan kopitiam Milo ini ialah bukan sahaja terdapat logo Milo malahan disebelahnya juga terdapat logo Nescafe. Erm.. memang padanlah tu, Milo dan Nescafe memang adik beradik yang emaknya bernama Nestle.
Cakap banyak tak guna, tikam tak kena, layan sajalah gambar cawan kopitiam Milo ini. sayang sekali hanya ada cawannya sahaja, piringnya tiada. Erm.. terpaksalah memburu piringnya pula nanti.
Cawan Milo tiga serangkai |
Nampak tu.., siap ada nama Nescafe disebelahnya |
pakai piring cawan biasa je. hehe
ReplyDeletesyabas! sangat menarik! yehaaa!
ReplyDeletepergh.. skrg layan milo saje.. tp memng terbaik bila dpt 2 in 1.. milo n nescafe.. terbaik!!
ReplyDeletesaya suka hobi kamu ..., kalau sy ada benda yg menarik ttg MILO , akan sy ingat kamu Fairus.
ReplyDeletewah.. ni koleksi antik ni.. da lama tak jumpa koleksi cawan milo yang ni
ReplyDeleteWah...bertambah koleksi ☺☺
ReplyDeletebertmabah koleksi.. sungguh comel ini cawan.. :)
ReplyDeleteermmm ada piringnya yg ada logo milo gak ke?? hehehe...
ReplyDeleteAssalammualaikum ...
ReplyDeleteWawawahh .. Fanatik si pengumpul ni .. Tapi, sanggup ke berhabis demi minat tu? Thehehee
syabas bro.Cawan ni memang mahal dan sentiasa jadi rebutan.Saya pun belum ada lagi.Dulu ada jual murah,terlepas sekali.Kalau cukup setengah dozen full set alangkah bagusnya.
ReplyDeleteLYA
ReplyDeleteIARYYLR
EDILELLY
PCL
BONI
FIZA
QUEEN
CMA
ADIALUZE
NIKTHS
TERIMA KASIH KERNA SUDI MENGOMEN.. :)
Cantek sgt..mmg rare ni..:)
ReplyDeleteNUR LAVENDER : MEMANG SANGATLAH RARE..
ReplyDeleteleh masuk muzium ni..haha
ReplyDeleteTAKLEH... NAK SIMPAN KAT RUMAH JE.. :)
DeleteKalu tak silap cawan ni sebelah muka milo sebelah lagi nescafe dan datang dengan pring. Saya ada piring tapi tak lengkap cawan. Boleh kita bertukar kot? Apa pun set ni agak lama juga 1990s - roslan_adam@yahoo.com
ReplyDeleteANON : MEMANG ADA PIRINGNYA, TAPI SAYA TAKDE PIRINGNYA.. RASANYA CAWAN NI ERA 70 - 80-AN
DeleteTuan Fairus, Tolong hubungi saya: roslan_adam@yahoo.com
DeleteOK.. INSYAALLAH..
DeleteTolong check, cawan tu jenis retak seribu ke? Piring yang ada kat saya retak seribu dan saya tercari-cari cawannya. Mungkin edisi lewat 60an atau awal 70an dan bukan 80an, sebab masih pakai logo lama milo
ReplyDeleteA'AH.. ADA KESAN RETAK...
ReplyDeleteBukan kesan retak, tapi corak retak seribu, saya baru saja check gambar besar cawan yang tuan ada tu, memang retak seribu juga. Sah, cawan kat tuan piring kat saya, bila cawan dan piring boleh bertemu semula? ada tiga tu, jomlah ejas swap dengan saya.
ReplyDeleteMEMANG CANTIK KALAU PASANGANNYA BERTEMU.. TAPI SAYA DAPAT CAWAN NI MAHAL TU...
DeleteTolonglah contact email saya pasal cawan tu, saya mungkin ada yang sesuai untuk tawaran swap. Terbaru cawan/piring 1970/80an teh cap singa ada 2 dozen. roslan_adam@yahoo.com atau 019-5720572
DeleteOK.. NANTI SAYA CONTAK..
ReplyDelete