Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Baru-baru ini Kementerian Pelajaran Malaysia ada menyatakan hasrat untuk membenarkan para pelajara membawa telefon bimbit dan "gadget" komputer di sekolah untuk kegunaan semasa pembelajaran. Hal ini dilihat ada disokong dan ada juga yang tidak sokong untuk perkara ini dilaksanakan.
Pada pandangan peribadi saya, saya juga tidak menggalakkan para pelajar untuk membawa telefon bimbit dan "gadget" komputer di sekolah. Namun, untuk bersikap berkecuali, saya dapat himpunkan beberapa kebaikan dan keburukan penggunaan telefon bimbit dan "gadget" komputer di sekolah.
KEBAIKAN
1. Pelajar dapat melaksanakan aktiviti P & P di dalam bilik darjah dengan penggunaan teknologi terkini.
2. Pelajar boleh mendapat maklumat dengan segera dengan pencarian maklumat di Internet.
3. Pelajar boleh menghubungi ahli keluarga pada bila-bila masa bagi hal-hal tertentu.
4. Melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan dalam teknologi tinggi dan maju seiring teknologi sedia ada.
KEBURUKAN
1. Penyalahgunaan kamera telefon bimbit untuk tujuan lain seperti merakam adengan seks di sekolah, mengintip dan sebagainya.
2. Tidak semua pelajar yang berkemampuan untuk mempuyai telefon bimbit dan "gadget" komputer yang lain. Ini akan menyebabkan keadaan berat sebelah.
3. Akan adanya aktiviti kecurian telefon bimbit dan "gadget" komputer yang lain secara berleluasa seandainya tiada tempat penyimpanan yang sempurna.
4. Komputer dan Internet mungkin akan digunakan sewenang-wenangnya sehingga laman-laman sesawang yang tidak sepatutnya dilayari dapat dicapai, lebih-lebih lagi dikongsikan bersama rakan sekelas.
Nampaknya saya dapati ada (4) kebaikan dan (4) keburukan. Dan seperti saya katakan di awal perenggan sebentar tadi, saya tidak bersetuju untuk perkara ini dilaksanakan. Kementerian seharusnya tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan perkara ini tanpa mendapat maklumbalas dari pihak-pihak yang berkenaan.
Apatah lagi, zaman dulu-dulu, orang-orang kita belajar pandai juga. belajar sehingga menara gading juga walaupun tidak menggunakan telefon bimbit, komputer dan sebagainya. Rasanya cukuplah sekadar makmal komputer di sekolah untuk membantu para pelajar untuk mempelajari dan mendalami teknologi terkini di pasaran.
Anda semua pula apa pandangannya? Bersetuju atau sebaliknya?
Setiap sesuatu itu berpasangan, ada baik dgn buruknya, ..fikirlah mana yg patut, mana yg baik tu ikut, dan sebaliknya jadikan sbg sempadan.
ReplyDeleteANAK-ANAK MISKIN NANTI PUN NAK TELEFON BIMBIT JUGA NANTI, MENYUSAHKAN IBU BAPA NAK BELI.. KALAU TAK BELI NANTI SELALULAH KENA PERLI DENGAN KAWAN-KAWAN..
DeleteBetul tu... sepatutnya telefon bimbit bukan satu keperluan utk pelajar... yg miskin pun nak juga.. telefon bimbit ada.. buku , pensel x da pula...
DeleteHAHA.. DAH BETULLAH TU..
Deletesetuju dengan kenyataan kamu tu geng...kekadang pelajar kita nie akal mereka luar di jangkaan kita...kalau arah baik ndak mengapa...kalau jahat...guru jugalah yang disalahkan...
ReplyDeleteBETUL TU CIKGU UMRAH... :)
Deleteapapun...kena fikir dulu sebelum buat keputusan...kesan bukan pada kita tapi pada generasi akan datang
DeleteAssalammualaikum ...
ReplyDeleteSalam Ramadhan !
Hmm .. Kalau telefon tu ok kot. tapi dengan syarat, dalam waktu pembelajaran, telefon tu kena kumpul dan letak dalam bakul atas meja guru ..
Lagipun, budak2 zmn skrg ni advance sgt .. Takut jadi bkn2 jee .. huhuhu
WAALAIKUMUSALAM..
DeleteORANG KITA, APA-APA PERATURAN SEKALIPUN DIBUAT, PASTI AKAN DILANGGAR.. INIKAN PULA BUDAK-BUDAK SEKOLAH.. MEROKOK DALAM TANDAS PUN MANA ADA HAL..
zaman kita dulu tak payah bawak telefon pon, elok je bleh blaja. huhu
ReplyDeleteLYA : DAH BETUL LAH TU..
Deletememang lagi banyak keburukan daripada kebaikan..
ReplyDeleteBETUL TU ENCIK BONI..
Deleteapapun..perlu minta pandangan guru di sekolah juga...jangan orang yang kerja di office beri pandangan...mereka senanglah cakap tapi yang mengalaminya ada guru tu sendiri..
ReplyDeleteBETUL TU CIKGU... KESIAN CIKGU KENA AMBIL GAMBAR MASA TIDUR NANTI.. :)
Deleteweina...ada lagi ke guru macam tu...
DeleteZAMAN P. RAMLEE JE ADE KOT..
Deletehehehe...
DeleteSelamat hari jadi geng..
ada entri khas untuk kamu
http://kancil8349.blogspot.com/2012/07/selamat-hari-jadi-kepada-pemilik-blog.html
MAKASIH UMM...
Deleteada baik dan ada buruknya kan...
ReplyDeleteperkara yg perlu dilakukan oleh kementerian pelajaran malaysia ialah membuat survey tentang hal ini..
bagi moon boleh je.. tapi syarat2 peru diperketatkan..
apa yg moon lihat, sekolah di High School Setapak, KL.. hanya membenarkan pelajar tingkatan 6 sahaja membawa gadget ke sekolah..
This comment has been removed by the author.
DeleteSAYA TETAP TIDAK BERSETUJU.. :)
Deletepengunaan fn x kira tua atau muda...dan kesannnya pn sma..jd pandai2 lh mengunakan fn dengan betul
ReplyDeleteSO, DARI MUDALAH KITA KENA CEGAH..
Deleteada baik dan buruknya juga...
ReplyDeleteSUDAH SAYA JELASKAN, MEMANG ADA BAIK DAN BURUKNYA..
Deletebagus sangat
ReplyDeleteYe..
Deletebjk
ReplyDeletebjk tu ape?
DeleteDi sekolah anak saya yang termasuk sekolah negeri (goverment owned), gadget dilarang. Even pakai jam tangan Imoo yang bisa dipakai menelpon , juga tak boleh. Saya sih agree, Krn mengurangi mereka saling pamer, tak ada cerita handphone hilang, dan mereka lebih fokus.
ReplyDeleteTapi di sekolah private, saya masih lihat para studentsnya diizinkan membawa gadget.