Tuesday, June 19, 2012

TIN MILO 50 TAHUN MERDEKA

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya saya sudah lama perhatikan Tin Milo 50 Tahun Malaysia Merdeka ini. Banyak dijual secara dalam talian tak kiralah dalam blog, Mudah.my mahupun Lelong.com. Harga yang ditawarkan agak tinggi juga sekitar RM 30 hingga ke RM 40.

Pada pendapat saya, tin yang baru berusia kira-kira 5 tahun tidaklah semahal itu, mungkin ada yang akan menjual murah lagi. Saya memang sentiasa memerhatikan pasaran tin Milo tersebut di pasaran dalam talian.

Pada satu hari saya dikenalkan oleh seorang rakan sekerja tentang pasar karat yang terdapat di Jonker Street, Melaka. Ya Allah... Berapa lama saya duduk di Melaka, saya tidak tahu akan kewujudan pasar karat tersebut. Ermm.. Mungkin boleh dimaafkan kerana saya baru saja berkecimpung dalam bidang kumpul mengumpul ini.








Erm.. Beginilah keadaannya pasar karat di Jalan Hang Lekir @ Jonker Street, Melaka. Kepada para pengumpul dari negeri lain bolehlah bertandang ke sini untuk 'memburu' apa yang patut. Ia dibuka pada waktu pagi setiap hari Ahad.

Dan hasil lawatan pertama saya ke pasar karat ini, saya perolehi Tin Milo 50 Tahun Malaysia Merdeka dengan harga RM 12 sahaja. Memang berbaloi. Tapi tiada barang Milo lain yang menarik, kalau ada pun, saya sudah memilikinya.





Akhirnya dapat juga saya tin ini. Erm.. yang bawah ini pula penanda buku Milo yang juga boleh berfungsi sebagai pembaris yang saya dapat dari 'promoter' di pasar raya 'biru'.... :)

14 comments:

  1. kalau dah peminat setia pengumpul mmg sanggup pergi ke mana saja utk dptkan brg yg mereka inginkan ye x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. QUEEN : DITAMBAH LAGI RAKAN2 YANG MEMBERI SEMANGAT.. :)

      Delete
  2. kat rumah saya milo sume dalam pek, bukan tin. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. LYA : LAIN KALI BELI TIN PUNYA.. LEPAS DAH HABIS BERI PADA SAYA.. :)

      Delete
  3. Sy pnh g Jonker St tu. Tapi sane brg mhl la...

    =(

    ReplyDelete
  4. FARA : SAYA TAK PERNAH MEMBELI DI SANA... PASAR KARAT NI PUN BARU PERTAMA KALI PERGI..

    ReplyDelete
  5. wah..lawa lagi tin..tin milo saya dah berkarat sket..penutup pun hilang..anak main

    ReplyDelete
  6. yeheee! patutlah dah masuk lalu lorong nie tak jumpa pula, rupanya ahad pagi mula, tak apa lain kali iaryylr singgah sini lagi

    ReplyDelete
  7. DINEE : ADA SEDIKIT SAJA KARATNYA.. 99% KEADAANNYA BAIK..

    ReplyDelete
  8. IARYYLR : JANGAN LUPA DATANG LAGI.. HEHE..

    ReplyDelete
  9. akan sy kunjungi tmpt tu nanti bila sy ke sana....best merayau di pasar karat..

    ReplyDelete
  10. ooooh....hari ahad pagi ka. biasa dok pi hari sabtu, kena adjust sikit la macam ni...hehehe. macamana pun, syabas bro, dapat juga tin milo idaman.

    ReplyDelete
  11. SPALLAN :NANTI JANGAN LUPA DATANG..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.