Tuesday, June 12, 2012

BERMANJA DAN BERMESRA DI TAMAN BUNGA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Saya bercuti 3 hari mulai semalam. Saja mahu rehatkan badan. Sudah lama tidak bercuti. Saya bercuti pun tidak pergi ke mana, hanya duduk di rumah sahaja. Kebetulan isteri saya pun bercuti kerana hendak menunggu kelahiran bayi kedua kami.

Pagi tadi, saya menghantar anak ke Taska. Selepas menghantar anak, saya singgah ke Taman Seribu Bunga di Ayer Keroh, Melaka. Niat di hati hendak berjoging, saya sudah siap berkasut sukan. Tetapi, saya leka mengambil gambar bunga-bungaan di taman itu. Walau tidak berjoging, berpeluhlah juga kerana meronda sekitar taman tersebut yang luas menghijau dan berwarna-warni dengan bunga-bungaan.



















Sekiranya datang melawat ke Melaka, jangan lupa bertandang ke sini. Masuk percuma. Bagus untuk menghirup udara segar dan menikmati pemandangan hijau dan bunga-bungaan yang berwarna-warni.

10 comments:

  1. kt mne tmn ni..kt area tmn rempah ke..

    ReplyDelete
  2. Wow! Cantik je bunga2 tu. Sy ni selalu je plan nak ke Melaka dgn suami. Tp tak capai2 lagi hajat tu. Aisehhhh!

    ReplyDelete
  3. NUR LAVENDER : BUKAN.. DI AYER KEROH. BERDEKATAN SERI NEGERI.

    ReplyDelete
  4. FARA : BUKAN JAUH PUN MELAKA TU..

    ReplyDelete
  5. wah...banyaknya bunga...ko ada petik satu ke...hehehe

    ReplyDelete
  6. KANCIL : TAK SEMPAT MEMETIK.. LEKA MENGAMBIL GAMBAR.. TAPI RASANYA MEMANG TIDAK DIBENARKAN MEMETIK BUNGA DI SITU..

    ReplyDelete
  7. wah ini kalau iaryylr disini memang lama ambil gambar, boleh berkelah kat situ ke?

    ReplyDelete
  8. BERKELAH TAK PASTI PULAK.. JALAN-JALAN, BERJOGING, AMBIL GAMBAR BOLEH LE..

    ReplyDelete
  9. sebelah mana erkk? tempat ni dah lama ada ke? dulu masa 4 thn belajar kat melaka.. xpasan plak tempat nie.. ke saya yg xhabis merayap? hehehe

    ReplyDelete
  10. CMA : DEKAT AYER KEROH LE.. DEKAT DENGAN PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI.. NAMA TAMAN NI TAMAN SERIBU BUNGA..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.