Wednesday, May 30, 2012

WAJARKAH SEORANG SULTAN TERPAKSA TURUT SAMA MEMBIDA (VERSI KEDUA)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terpanggil sama untuk memberi sekata dua terhadap isu hangat berkaitan kemenangan Sultan Johor dalam membida nombor pendaftaran WWW 1 dengan harga RM 520,000.00. Saya namakan ini versi kedua setelah membaca ulasan versi asal di blog Wadah Panglima bertajuk Wajarkah Seorang Sultan Terpaksa Turut Sama Membida?

Satria Neo WWW1
Saya agak bersependapat dengan Wadah Panglima, sebenarnya pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) harus menilai kembali sistem pembidaan nombor pendaftaran kenderaan yang sedia ada.

Mengapa perlu Sultan malahan DYMM YDP Agong turut membida bagi mendapatkan sesuatu nombor pendaftaran kenderaan? Tidakkah baginda merupakan ketua negeri dan negara? Malahan tempat mereka adalah tertinggi dalam negeri dan negara. Sepatutnya mereka ini diberikan keistimewaan sepertimana mereka mempertahankan keistimewaan orang-orang Melayu dalam Perlembagaan.

Bernasib baik baginda-baginda memang dalam bidaan. Sekiranya kalah, bukankah satu penderhakaan terhadap Sultan dan DYMM YDP Agong telah berlaku di mana hanya rakyat biasa yang kaya raya mengalahkan bidaan baginda.

Sehubungan dengan itu, saya sarankan agar pihak JPJ menyemak kembali sistem pembidaan ini. Elok rasanya, nombor-nombor yang dimahukan oleh DYMM YDP Agong dan Sultan-sultan tidak dibuka untuk dibida.

Ini nampak seolah-oleh berat sebelah bagi mereka yang tidak bersetuju dengan saya. Tetapi haruslah kita ingat, DYMM YDP Agong dan Sultan-sultan adalah payung bagi negara dan negeri. Lebih-lebih lagi kita yang berbangsa Melayu. Siapa lagi yang mahu menunjukkan taat setia kita kepada DYMM YDP Agong dan Sultan-sultan kalau bukan kita.

* Tiba-tiba darah Tuah yang taat setia mengalir dalam badan

12 comments:

  1. darah aku darah Jebat bro, tapi ni bukan isu raja adil raja disembah... raja zalim raja disanggah!

    inilah akibat apabila bangsa kita terlupa asal usul mereka sendiri, hilang dalam terang... hinggakan payung agama dan bangsa yang sepatutnya melindungi dan menjaga hak agama dan bangsa diperlekehkan...

    malunya melihat Melayu yang kini semakin LAYU

    ReplyDelete
  2. PANGLIMA : JANGAN RISAU.. HANYA LAYU DI MATA, TIDAK DALAM HATI..

    DARAH HANG LEKIU, HANG KASTURI DAN HANG LEKIR SIAPA MAHU AMBIL?

    ReplyDelete
  3. saya pula berpandangan sebaliknya. pemberian nombor kenderaan adalah urusan kerajaan persekutuan. kalaulah semua orang berkenan dengan nombor itu termasuk semua raja, alangkah elok dan adil kalau ia dijual secara bidaan terbuka. semua orang tak boleh komplen di samping ia mendatangkan hasil kepada negara.

    syaratnya semua orang kena guna duit sendiri seperti yang dilakukan oleh sultan johor itu.
    kalau main beri2 sahaja, selain tak mendatangkan hasil, nanti akan timbul pula isu lobi melobi dan pilih kasih.

    ReplyDelete
  4. Nasib baik darah saja yang mengalir, kalau air mata yang mengalir tu yang parah... he he he,

    ReplyDelete
  5. Aku darah Cheng Ho .... taat pada maharajanya. Alhamdulillah, YDP Agung dan sultan Johor berjiwa rakyat, sanggup sama2 membida untuk mendapatkan nombor pilihan mereka. Daulat Tuanku. Tak semestinya apabila mereka kalah dalam pembidaan menunjukkan penderhakaan berlaku ...

    Walau bagaimanapun .... ketuanan Melayu dan Islam, YDP Agung dan Raja2 Melayu tetap kita pertahankan. Hidup Melayu ... janganlah layu!

    * tak boleh nak komen panjang le pulak pasal kejap lagi nak bertugas

    ReplyDelete
  6. Klu mrk yg berfahaman sosialis, mst menentang pendapat awak. Heheheheh...

    SUltan Johor adalah Sultan sy. Walau mcm ne pun mrk, tetap Sultan sy. Manusia sesama manusia pun tak baik mencerca, apatah lagi Sultan kite, ye tak?

    ReplyDelete
  7. Sultan bida dgn duit sendiri..tak apa lah kalau kalah atau menang yg membida akur dgn syaratnya.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..

    aku pun berpandangan sebaliknya kerana nombor ini bersifat peribadi dan bukannya nombor rasmi..jadi rasanya tidak salah peraturan dan pekeliling yang JPJ tetapkan ini..walau bagaimanapun, ia boleh ditambah baik. terpulang pd JPJ memikirkannya

    ReplyDelete
  9. Saya tertarik dengan pendapat awak tu..Tak terfikir pula akibat kalau Sultan kalah bida..huhu..Ok juga kalau no plat kereta Sultan dah *dikhaskan* untuk mereka.Contohnya ada tulis nama negeri ke.Tak payahlah mereka beli2 nombor plat..huhu

    ReplyDelete
  10. AL-LAVENDARI

    IARYYLR

    ELLMAMAT

    FARA

    RIZKI PRADANA

    PCL

    SAHROM

    AIRANIEZ

    TERIMA KASIH KERANA MEMBERI PENDAPAT MASING-MASING..

    ReplyDelete
  11. pendapat moon lain plak.. hehe

    kenapa perlu membida utk no plat yg dianggap istimewa atau unik yer..

    rasa sgt membazir.. hmmm mgkin dah terlalu kaya..sehinggakan wang sanggup berhabis utk mendapat no plat yg dianggap istimewa.. alangkah baiknya andai wang yg dimiliki itu dimanfaatkan dengan perkara yg lebih baik..

    hehe lari topik asal..

    ReplyDelete
  12. C.M.A : ITU SUDAH MINTA BAGINDA.. BAGINDA MINAT DALAM PERMOTORAN, TAK SALAH KALAU DIA BERHABIS DUIT KERANA BAGINDA MINAT.. MACAM SAYA MISALNYA, SUDAH BANYAK JUGA DUIT KELUAR UNTUK MEMBELI KOLEKSI-KOLEKSI MILO.. ITU DINAMAKAN MINAT. TAK KIRA BERAPA HARGANYA, PASTI AKAN DIBELI..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.