Mira Edora... Sungguh cantik namanya. Secantik orangnya juga. Berkacukan Melayu dan Mat Saleh. Memang cantik, bak kata orang-orang muda sekarang, memang cuuuuunnnn. Kasihan kamu Mira Edora, ayahmu telah dahulu meninggalkan alam fana dan kamu. Mamamu saja yang menghempas pulas membesarkan kamu.
Kamu cantik, memang cantik. Ramai lelaki yang cuba mendekati kamu. Fauzi.., Fauzi yang kamu cintai. Hubungan kamu begitu erat. Habis sekolah berjumpa bersama, di rumah dijemput keluar. Begitu juga dengan Dali dan Gary. Indah sungguh kamu bercinta di zaman sekolah. Memang tidak dapat dipastikan adakah cinta kamu itu cinta monyet atau sebaliknya.
Kini, cikgu baru pula yang kamu syok. Cikgu Nordin, seorang duda. Mantan teman baik mamamu, Mira Edora. Begitu lama kamu memendamkan perasaan kepadanya. Tidak tahukah kamu bahawa dia seusia arwah ayah kamu? Begitu tinggi citarasa kamu Mira Edora.
Mamamu pula, juga sama-sama memendam perasaan terhadap kekasih lamanya, Cikgu Nordin. Bagai sirih pulang ke gagang, mamamu menyambut mesra kepulangan Cikgu Nordin kepangkuan. Kini terjadilah cinta tiga segi antara ibu dan anak.
Mira Edora, harap kamu memahami. Cikgu Nordin ialah bekas teman lelaki mamamu. Mereka sudah nyaris berkahwin pada suatu masa dahulu. Namun, oleh kerana bangkangan dari keluarga, masing-masing telah membawa diri. Biarlah mereka bersatu kembali, Mira Edora. Kamu tidak padan dengan Cikgu Nordin. Cikgu Nordin menyayangimu sebagai anak, bukan sebagai kekasih. Harap kamu mengerti.
Mira Edora... Terimalah kembali mamamu. Terimalah Cikgu Nordin sebagai ganti arwah ayahmu.
---------------------------------------------------------
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sebenarnya saya baru selesai membaca sebuah novel yang ditulis oleh seorang novelis terkenal iaitu Khadijah Hashim bertajuk Mira Edora. Monolog yang saya hasilkan di atas adalah sebagai pemahaman yang saya perolehi daripada membaca novel tersebut dan saya terjemahkan dalam bentuk tulisan.
Khadijah Hashim... siapa tidak kenal beliau. Seorang novelis terkenal. Beberapa karya beliau telah dijadikan Filem seperti Mira Edora dan Bicara Hati. Kini, beliau juga merupakan seorang pelukis. Karya-karya lukisan beliau sedang dipamerkan di Balai Seni Lukis Melaka sehingga 31 Mei 2012.
Novel Mira Edora yang saya baca ini juga merupakan pemberian daripada beliau... :)
Novel setebal 180 muka surat
Telah ditandatangani oleh penulisnya
owh minat jg baca2 novel nih ye...klu aku 1st page dah mata layu...kecuali dlm blog..hahaha.
ReplyDelete@fairus: mggu depan sepupu kawen kak tg kling...aku tak dpt pi kot (bertandang).
he he he, dah lama sangat tak baca novel :)
ReplyDeletePCL : SAYAPUN DAH LAMA TAK BACA NOVEL.. KALAU DAPAT DATANG, ROGER2 LA.. BOLEH JUMPA..DAH DEKAT SANGAT TU..
ReplyDeleteIARYYLR : NOVEL / BUKU JUGA BOLEH DIKUMPUL.. YANG LEBIH BERHARGA IALAH ADANYA TANDATANGAN PENULIS DI BUKU TERSEBUT.. :)
ReplyDeleteHarap version aka cerita terbaru mira edora pulak :)
ReplyDeleteKIKI : HARAP BEGITULAH..
ReplyDeleteSalam. Saya sedang mencari novel mira edora untuk tujuan pembelajaran di kolej. Kalau ada sesiapa tahu di mana boleh saya beli buku ini, atau pun berminat untuk menjual, sila beritahu ya. Email saya: nadrazlan@gmail.com
ReplyDelete