Wanita Jiwanya Diisi Tabah
Wanita Hatinya Punya Tulus
Wanita Kulitnya Licin Halus
Wanita Hidupnya Amat Tuah
Dia Dicintai
Dia Dilindungi
Dia Penyejuk Hati
Dialah Mahligai Sanubari
Dialah Penyeri Tatkala Sepi
Tidak... Tidak...
Wanita Bukan Perhiasan
Bukan Juga Barang Mainan
Usah Dibuat Ikut Suka Tuan
Kelak Punah Binasa Badan
Kelembutan, Keayuan Bukan Alasan
Sedang Tangan Lagi Membuai
Mampu Mengoncang Dunia
Mampu Duduk Tengadah
Sama Tinggi Sama Rendah
Bukan Lagi Mimpi
Wanita Bukan Kebelakang Zaman
Wanita Punya Azam Kedepan
Hormat, Kasihlah Wanita Itu
Kerna Itu Asal Usulmu
F.B. Mamat
19 April 2012
Bandar Hilir, Melaka
Lagi sajak-sajak F.B. Mamat --->
KLIK
nice..
ReplyDeleteLYA : TERIMA KASIH..
Deletewah...pandai ko bersajak bro?aku bab2 susun ayat ni fail..hehe
ReplyDeleteAMRY : BIASALAH.. SENIMAN JALANAN.. :)
Deleteharus sesekali puji mereka , ...aku juga bangga kerana ibuku juga dikalangan mereka.
ReplyDeletePCL : YA.. HARUS DIPUJI WANITA INI..
ReplyDeleteTersentuh hati dgn puisi nie....
ReplyDeleteFARA : YE KE TERSENTUH NI..? WAH, DAH BOLEH JADI SASTERAWAN LA SAYA NI.. :)
ReplyDelete