Saturday, April 14, 2012

PROTON PREVE : KEKURANGAN @ KELEMAHAN





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Proton... Proton merupakan satu jenama besar pengeluaran automobil negara kita, Malaysia. Baru-baru ini satu lagi model kenderaan kebanggaan Malaysia iaitu Proton Preve akan menembusi pasaran. Ianya pasti ditunggu-tunggu keluarannya kerana mempunyai reka bentuk yang menarik dan kuasa enjin yang hebat.





Sebenarnya saya tidak pernah melihat kenderaan ini dan tidak juga pernah memandu ujinya. Namun, saya melihat kekurangan kereta Proton Preve ini adalah dari aspek 'namanya'. Melalui apa yang saya tahu, nama Preve adalah olahan dari bahasa Inggeris iaitu 'proof' bermakna bukti.

Persoalannya, mengapa tidak menggunakan bahasa Melayu? Rasanya di Proton lebih ramai pegawai-pegawai Melayu berbanding bangsa lain. Lagi satu, bukankah dalam Perlembagaan Persekutuan pada Artikel 152 ada menyatakan bahawa Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan. Siapa lagi yang mahu memartabatkan Bahasa Melayu melainkan kita sendiri dengan mengangkat produk utama negara dengan dinamakan dengan Bahasa Melayu. Silaplah kita sekiranya tidak yakin jenama dengan Bahasa Melayu tidak mampu bersaing di mata dunia.

Satu ketika dahulu, kita berasa bangga apabila Proton memperkenalkan kereta konsep dengan dinamakan Proton Tuah, Proton Jebat, Proton Lekir, Proton Lekiu dan Proton Kasturi. Namun kini, ia hanyalah sekadar konsep dan tidak diimplementasikan ke pasaran sebenar. Bukankah elok menggunakan Bahasa Melayu dan saya yakin, mereka di luar sana lebih suka sekiranya sesuatu negara menggunakan bahasa sendiri untuk menaikkan nama satu-satu produk.

Saya bukanlah mahu menghentam Proton. Saya cuma mahu mengkritik 'mesra'. Saya bangga kerana Malaysia mampu bersaing dalam industri automobil. Namun, cubalah utamakan Bahasa Melayu. Siapa lagi yang mahu memartabatkan Bahasa Melayu kalau bukan kita sendiri. Sekiranya tidak, maka sia-sia sahajalah pihak kerajaan membuat itu ini untuk memartabatkan Bahasa Melayu.

41 comments:

  1. setuju .. dua tahun lepas saya pernah membuat entri mengenai nama2 kereta ini di sini ..

    http://al-lavendari.blogspot.com/2010/05/terkenang-semasa-dulu-istana-di-korea.html

    sudikan baca !

    ReplyDelete
  2. AL : YE.. SAYA SUDAH BACA ENTRI TERSEBUT DAHULU..

    ReplyDelete
  3. saya rasa depa nak cuba pasarkan keluar negara..tapi saya sokong nama Melayu...Proton Jebat!

    ReplyDelete
  4. mungkin proton dah buat kajian tentang nama tersebut untuk pasaran antarabangsa kut... kalau pasaran malaysia ok .. la

    ReplyDelete
  5. motif name tu mungkin sbb kali ni proton target international market..tapi name melayu ok gak..

    ReplyDelete
  6. mungkin diorang target dapat bawa kereta tu ke pasaran yang lebih luas dengan nama 'preve' tu.....tapi aku rasa bukan nama yang penting tapi kualiti. Tapi sedih juga la, produk sendiri, tapi bahasa asing dibangga2 kan :(

    ReplyDelete
  7. saya punya poton itu brek drum masih munyi ooo, kali kali service bulum tukar tukar tunggu sapai munyi munyi poton cakap... balu tukar... getah pintu pun sudah kena claim baru oooo ayaaa balu bulan bulan olang cakap takda ong maa oo...

    ReplyDelete
  8. h.o.t.a.p : Nama Melayu pun boleh bawak ke antarabangsa...

    ReplyDelete
  9. faiz : kena yakin, nama Melayu juga boleh ke peringokat antarabangsa..

    ReplyDelete
  10. amry : mentaliti mereka perlu diubah..

    ReplyDelete
  11. iarrylr : itu macam ka.. kasi beli baru saja maa..

    ReplyDelete
  12. bangga sbb ia di bawak keluar negara tpi tu lah...nama lak tak best... apa salahnya maintain kemelayuan kita kan... tak kan malu kot!

    ReplyDelete
  13. lawa gak preve nih..aku rasa preve tu dari singkatan ayat priviledge la...rasa2 nya la..

    ReplyDelete
  14. FAIZ FAKHIRIN : KERETANYA MEMANG TIP TOP. SEPERTI YANG SAYA TULIS DI ATAS, PREVE ITU ADALAH DARI PERKATAAN PROOF BERMAKSUD TERBUKTI..

    ReplyDelete
  15. haruskah aku tukar keta baru jenama Malaysia ?

    ReplyDelete
  16. PCL : KALAU RASA NAK TUKAR, TUKAR SAJA..

    ReplyDelete
  17. Sokong sangat!Beberapa tahun lepas saya pernah masuk pertandingan bagi nama kereta proton yang sekarang dinamakan *Exora*. Masa pertandingan dah kata jangan bagi nama pokok,binatang,etc.Sekali nama Exora yang dekat2 nama bunga *Ixora* pula yang menang.Lepas tu Proton coverline kata Exora tu takde maksud pun.Nampak sangat Proton ada masalah nak bagi nama kereta.

    P/s:Kalau bukan kita yang memartabatkan Bahasa kita,siapa lagi kan?

    ReplyDelete
  18. AIRANIEZ : HARAP2 PIHAK PROTON DENGARLAH RINTIHAN ORANG2 YANG SAYANGKAN BAHASA KEBANGSAAN INI.. :(

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum..aku setuju dengan hang..

    malangnya, org proton ramai yg dpt pendidikan dari barat..cuba bayangkan kalau ia dieksport ke perancis..tak ke org perancis akan mendakwa itu krete mereka kerana dah namanya diambil dari bahasa perancis..

    tolonglah proton, ikutlah cara sonata pasarkan keretanya..masih lagi nama korea kan???

    ReplyDelete
  20. SAHROM : WAALAIKUMSALAM.. MEREKA SENDIRI TIDAK PERCAYA NAMA MELAYU MAMPU BERSAING..

    ReplyDelete
    Replies
    1. YAKINKAN MEREKA, dan inilah masanya.

      Bahasa IBUNDA, TETAP dikotakan.

      Delete
  21. Kete nie cantikk tp seramm jer nk beli sbb kete teknologi ptama malaysia..huhuhu

    ReplyDelete
  22. Saya setuju. Usul ini ramai dah bangkitkan lama sudah pada awal kereta nasional Gen.2 diperkenalkan dan telah menjadi debat yang hangat.

    Kita lihat kereta-kereta kontinental, model mereka semua asal dari bahasa mereka sendiri. Kita pula terkial-kial nak tiru bahasa orang lain, macam HEBAT sangat bangsa orang lain.

    Setuju juga, saya amat yakin negara seberang laut mahu mengenali bahasa kita menerusi jenama model kita supaya orang kenal "Oh! Ini bahasa Malaysia!" daripada "Oh! Ini model kereta apa ya? Nama pula bahasa Inggeris..".

    Masa inilah yang terbaik untuk memperkenalkan Malaysia dan saya rasa, sebagai syarikat yang sudah matang seperti Proton ini patut tahu hujah ini.

    Dimanakah X-Factor model kereta Proton?

    ReplyDelete
  23. METRO.... : TERIMA KASIH KERANA TURUT BERSETUJU..

    ReplyDelete
  24. dlm dilema : preve , vios trd , city

    ReplyDelete
  25. sampah malaysia.harga mahal,kualiti rendah.mahu manyak untung maaaaaaaa........

    ReplyDelete
  26. Drive it to belive it.,dude,name x kesah janji power doe

    ReplyDelete
  27. ANON 1 : JANGANLAH SAMPAI KATA SAMPAH MALAYSIA..

    ReplyDelete
  28. klau benar sygkan bangsa melayu, bukan takat pelihara bahasa melayu, makanan tradisi melayu, pakaian melayu dan apa apa sahaja yang melambangkan orang melayu perlu dijaga... kita sibuk mempertikaikan nama preve tidak melambangksn bangsa melayu, tapi kita lupa, seluat jeans, baju kemeja, tshirt yg kita pakai juga tidak melambangkan identiti melayu. begitu juga dgn pizza hut, chicken cop, spgeti dan sebagainya juga tidak melambangkan msykt melayu. kita pakai pakaian dan makan mkanan yg tidak melambangkan bangsa melatu kerana peredaran zaman. mungkin itu juga yg difikirkan oleh proton.kekadang kita mudah nampak kelemahan org lain drpd kelemahan diri sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEDAP LAGI NAMA WIRA, KELISA, KENARI, DSB... :)

      Delete
  29. saya sangat menyokong komen yang last ( 25 oktober )
    komen yg sangat bagus
    kalau kt fb sy dah like dah
    bagus
    teruskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA TIDAK MARAH PUN ANDAINYA KAMU TIDAK BERSETUJU DENGAN SAYA.. MEMANG ADA PRO AND CON..

      Delete
  30. Salam, maaf mencelah..Syarikat gergasi Jepun pun tak pakai nama jepun..contoh,Honda Accord,Stream,civic,jazz,Insight.semuanya bahasa inggeris...ok jer.Ok ler..Proton...Preve rupa cantik secantik namanya...CVT lg...jom beli,,

    ReplyDelete
  31. maybe memang target nak bawak luaq negara and ya preve dengar sdp jugak. takkan nak letak nama Proton Bukti?

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.