Friday, March 16, 2012

KATA SPONTAN NO. 6 : TERIMA KASIH





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terima kasih... Sukarkah untuk mengucapkan perkataan ini? Mengapa kita mesti ego dan sukar untuk mengucapkan terima kasih kepada seseorang sedangkan mereka telah memberikan segala yang terbaik untuk kita?

Misalannya, para pekerja telah melaksanakan kerja sehabis baik untuk menaikkan nama organisasi sehinggakan organisasi tersebut mendapat kedudukan yang tinggi. Sebagai majikan, haruslah mengucapkan terima kasih kepada pekerja, kerana merekalah organisasi tersebut mendapat nama. Ini tidak, kerana ego yang besar dalam diri sendiri, majikan menganggap segala apa yang dikecapi adalah atas usaha beliau seorang diri yang pandai menguruskan segalanya.

Sudah-sudahlah tu... Ketepikan ego. Berilah sedikit ruang penghargaan kepada mereka yang layak. Jangan biarkan mereka terus tidak dihargai selama bertahun-tahun.

Ucaplah... Terima kasih.. Terima kasih dan Terima kasih. Bukan susahpun.

2 comments:

  1. alhamdulillah so far mulut saya x berat nak cakap terima kasih. paling senang "thanks". pendek je. sebab surrounding saya keje, macam semua org ringan mulut nk say thanks. so kita pon mcm terikut2. benda yg baik ikut takpe kan =)

    ReplyDelete
  2. LYA : YA.. MEMANG BUKAN SUKAR UNTUK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.